31/01/2025
Gara2 Tiramisu “Viral”. Makin geram bila fyp asyik tunjuk dessert ni. Padahal dessert classic yg dah lamaaaa oiiii. Tapi dia punya viral mcm benda baru. Ni gara2 late Gen Z ngan Gen Alpha tak pernah rasa eik? Baru kenal apa itu Tiramisu?
Apa2 pun, dah tak pasal2 kita teringin since last month. Time tu plak tgh puasa, then kita pun mencari la bahan. Skali bahan UTAMA…iaitu, Ladyfinger Biscuits SOLD OUT! Camne nak buat?? Nak buat sendiri bake? Oh tak kuasa sis. Nak beli tiramisu kat kedai? Takmau! Nak gak buat sendiri (except baking the ladyfingers). Ngada2 kan? 🤣
Conclusion, kita pun tenung lah kuih bahulu kat kedai. Dlm hati “technically rasa dia sama. Cuma thickness tu la jauh tebal. Boleh ke eik? 🤔”…Maka tangan ni capai lah 2 packet kuih bahulu. Beli bahan2 dh lebih 2 weeks. Tapi finally harini baru sempat nak buat. And now…kena la tunggu esok baru boleh makan. Kena set overnight baru sedap. Tapiiiii tgk texture cream tadi mcm cair sgt. Oh well…let’s wait and see tomorrow k 😅