07/06/2023
Ramai juga akak jumpa dok komen janganla beli produk peeling sebab akan rosakkan kulit.
Hmm....janganla sampaikan ilmu yang salah.
Skin peeling ni salah satu cara skin exfoliation jugak. Sama macam korang guna scrub muka tu. Cuma akak memang tak recommend korang guna scrub. Tapi adakah salah? Tidak.
Peeling kulit ni jadi salah bila guna ingredients yang tak selamat macam merkuri / hydroquinone sebab perlu guna dalam pantauan dan atas nasihat pakar sahaja. Bukan beli sembarangan produk kat luar tu ye.
Jadi betul ke salah peeling kulit ni? Takdak apa yang salah kalau guna produk yang ada ingredients selamat.
Kalau mintak advise akak memang akak highly suggest buat peeling guna acid. Sebabnya kita boleh control dan lebih mudah control dari guna scrub.
Sebabnya acid ni ada banyak dos. Nama je acid. Tapi janganla dok bayang acid macam dalam filem Saw tu. Aiseh.
Sebagai beginner, gunalah acid yang low percentage dahulu then gradually tambah percentage kalau perlu dan mahu.
Exfoliating/peeling ni bagus untuk buang sel kulit mati. Jadi dia bantu juga bila korang guna produk lain penyerapannya lebih optimum sebab takde gangguan dari sel kulit mati. Lagipun sel kulit mati ni lah yang dok buat kulit korang nampak kusam, nampak tua dan mudah breakout.
Dan apa-apa pun dalam skincare routine ni kena sabar. Nak cantik ambik masa, no shortcut. Even produk brand mahal pun takdenya guna 3 hari terus bam! helok. It doesn't work that way honeh.
So kuncinya kat sini fahamkan ingredients, guna ingredients selamat dan sabarrrrr.....
Dapat sesuatu harini?
Perlu further advise? Marilah piyem sistur di fb atau telegram - MeraLuna
Oh ya, nak tahu ke kenapa akak tak recommend guna facial scrub? 😁
p/s: nak beli Lactic Acid The Ordinary mehla pm atau komen ye. Tak mahal pun. Siap free advise lagi.