Pusat Kesihatan Universiti Malaysia Perlis

Pusat Kesihatan Universiti Malaysia Perlis Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pusat Kesihatan Universiti Malaysia Perlis, Medical Service, Pusat Kesihatan Universiti, Universiti Malaysia Perlis, Kampus Alam UniMAP, Pauh Putra, Arau.

🩺 PROGRAM BASIC LIFE SUPPORT (BLS) YOUNG MERCY UNIMAP 🩺Pada 9 Mei 2026 (Sabtu), staf Pusat Kesihatan Universiti (PKU) te...
11/05/2026

🩺 PROGRAM BASIC LIFE SUPPORT (BLS) YOUNG MERCY UNIMAP 🩺

Pada 9 Mei 2026 (Sabtu), staf Pusat Kesihatan Universiti (PKU) telah dijemput untuk menyampaikan perkongsian dan latihan sempena Program Basic Life Support (BLS) anjuran Young Mercy UniMAP.

Program ini bertujuan memberi pendedahan asas berkaitan bantuan kecemasan awal serta meningkatkan kesedaran tentang kepentingan tindakan pantas dalam situasi kecemasan.

Sepanjang program berlangsung, para peserta turut didedahkan dengan teknik asas pertolongan cemas dan kemahiran yang boleh membantu menyelamatkan nyawa. 🚑✨

Terima kasih kepada pihak penganjur atas jemputan dan kerjasama dalam menjayakan program yang bermanfaat ini.

TAKLIMAT: “AWAS CHARLIE – KAWALAN DAN PENCEGAHAN DARIPADA PERSPEKTIF ENTOMOLOGI” DENGAN KERJASAMA JABATAN KESIHATAN NEGE...
05/05/2026

TAKLIMAT: “AWAS CHARLIE – KAWALAN DAN PENCEGAHAN DARIPADA PERSPEKTIF ENTOMOLOGI” DENGAN KERJASAMA JABATAN KESIHATAN NEGERI PERLIS

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Pusat Kesihatan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Perlis akan menganjurkan satu sesi taklimat khas berkaitan serangga “Charlie” bagi meningkatkan kesedaran serta pengetahuan warga kampus mengenai risiko, langkah pencegahan dan tindakan yang perlu diambil.

Butiran program adalah seperti berikut:

📅 Tarikh: 6 Mei 2026 (Rabu)
🕙 Masa: 10:00 pagi – 12:00 tengah hari
💻 Platform: Google Meet
🔗 Pautan: https://meet.google.com/bdf-kotm-zhv

🎤 Penceramah: En. Shamsudin bin Abdul Rahman (Pegawai Sains Kaji Serangga), Pejabat Kesihatan Daerah Kangar

Sehubungan itu, semua pelajar dan staf dijemput untuk menyertai sesi ini bagi mendapatkan maklumat yang bermanfaat dalam menangani isu serangga “Charlie” di persekitaran kampus.

Kerjasama dan penyertaan tuan/puan amatlah dihargai.

📲 PAUTAN MEDIC ON WHEELS (MoW) KINI DIBUKA! 🚑Berita baik buat semua pelajar UniMAP!Kini anda boleh membuat tempahan janj...
05/05/2026

📲 PAUTAN MEDIC ON WHEELS (MoW) KINI DIBUKA! 🚑

Berita baik buat semua pelajar UniMAP!

Kini anda boleh membuat tempahan janji temu di Pusat Kesihatan Universiti (PKU) dengan lebih mudah serta mengatur pengangkutan ke klinik atau hospital melalui pautan Medic On Wheels (MoW).

👉 Mohon di sini:
https://sites.google.com/unimap.edu.my/mediconwheel/permohonan

Antara kemudahan yang disediakan:
✅ Tempahan janji temu PKU secara dalam talian
✅ Permohonan pengangkutan ke klinik / hospital

Inisiatif ini bertujuan untuk memudahkan akses rawatan serta memastikan kebajikan dan kesihatan pelajar sentiasa terjaga. 💚

Jangan lepaskan peluang untuk menggunakan kemudahan ini!

⚠️ MAKLUMAN TINJAUAN KES SERANGAN “SEMUT CHARLIE” ⚠️28 April 2026Pusat Kesihatan Universiti (PKU) bersama Unit Entomolog...
30/04/2026

⚠️ MAKLUMAN TINJAUAN KES SERANGAN “SEMUT CHARLIE” ⚠️
28 April 2026

Pusat Kesihatan Universiti (PKU) bersama Unit Entomologi, Pejabat Kesihatan Daerah Kangar telah menjalankan tinjauan berhubung kes serangan “semut Charlie” di Kolej Kediaman Pauh Putra.

Tinjauan ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap keterukan kes serta menentukan langkah kawalan yang bersesuaian bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan penghuni kolej kediaman.

Sehubungan itu, pihak PKU ingin menasihatkan pelajar di kolej kediaman agar mengambil langkah berjaga-jaga seperti berikut:

1️⃣ Menutup tingkap pada waktu malam.
2️⃣ Menutup lampu yang tidak digunakan.
3️⃣ Tidak memicit atau menghancurkan serangga tersebut kerana toksin daripada badannya boleh menyebabkan alahan dan luka lepuh pada kulit.
4️⃣ Membunuh serangga tersebut dengan menyembur ubat serangga seperti Baygon ke atas badan serangga berkenaan.
5️⃣ Segera mendapatkan rawatan di PKU sekiranya mengalami alahan, iritasi kulit atau lepuh yang semakin serius.

Kerjasama semua penghuni amat dihargai dalam memastikan persekitaran kolej sentiasa selamat dan selesa.

– Unit Kesihatan Awam, Pusat Kesihatan Universiti UniMAP

27/04/2026
Liputan media sempena lawatan kerja YB Menteri Pendidikan Tinggi ke Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
27/04/2026

Liputan media sempena lawatan kerja YB Menteri Pendidikan Tinggi ke Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

UniMAP, FKC, komputeran cerdas, Zaliman Sauli, Zam

27/04/2026
27/04/2026
27/04/2026
🎉 MAJLIS PERASMIAN PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI (PKU) UNIMAP 🎉25 April 2026 | Kampus Alam Pauh Putra, PerlisSatu detik ber...
27/04/2026

🎉 MAJLIS PERASMIAN PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI (PKU) UNIMAP 🎉
25 April 2026 | Kampus Alam Pauh Putra, Perlis

Satu detik bersejarah buat Universiti Malaysia Perlis apabila YB Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir telah menyempurnakan Majlis Perasmian Pusat Kesihatan Universiti (PKU) UniMAP sempena lawatan kerja rasmi ke UniMAP.

Bangunan tetap Pusat Kesihatan Universiti (PKU) di Kampus Alam Pauh Putra telah siap dibina sepenuhnya pada 17 Ogos 2024 di bawah projek pembangunan Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) dengan kos pembinaan sebanyak RM12,336,476.00 di atas tapak seluas 3.4 hektar.

Perkhidmatan kesihatan di bangunan baharu ini mula beroperasi sepenuhnya pada 26 Ogos 2024, menghimpunkan pelbagai perkhidmatan kesihatan di bawah satu bumbung demi kemudahan seluruh warga kampus.

Sebagai fasiliti moden dan inklusif dengan ciri mesra OKU, PKU menyediakan pelbagai perkhidmatan komprehensif merangkumi:
🩺 Perubatan
🦷 Pergigian
🚑 Kecemasan
🏥 Kesihatan Awam
💊 Farmasi
🩻 X-Ray
🔬 Makmal
🧘‍♂️ Fisioterapi

Perkhidmatan ini memberi manfaat kepada pelajar, staf, tanggungan staf serta pesara UniMAP.

Turut menjadi kebanggaan ialah inisiatif Medic On Wheels (MOW) yang memperluaskan akses kesihatan melalui klinik bergerak ke kolej kediaman, perkhidmatan luar waktu bekerja bagi kes kecemasan pelajar serta pasukan tunggu sedia untuk program universiti. Bagi tempoh 2025/2026, inisiatif ini telah memberi manfaat kepada 2,869 pesakit.

Melalui MoW , PKU juga telah melaksanakan 16 program komuniti yang memberi manfaat kepada 987 ahli masyarakat, sejajar dengan komitmen tanggungjawab sosial universiti.

Selain itu, bangunan PKU turut menempatkan BrewLab@UniMAP, sebuah ruang niaga di bawah program MySiswa Job on Campus yang diuruskan pelajar sebagai platform pembangunan kemahiran keusahawanan, kepimpinan dan pengalaman kerja sebenar.

Semoga perasmian rasmi PKU ini menjadi pemangkin kepada penyampaian perkhidmatan kesihatan yang lebih cemerlang, efisien dan berdaya saing demi kesejahteraan seluruh warga UniMAP.

Address

Pusat Kesihatan Universiti, Universiti Malaysia Perlis, Kampus Alam UniMAP, Pauh Putra
Arau
02600

Opening Hours

Monday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 13:00
Thursday 14:00 - 17:00
Friday 08:00 - 12:15
14:45 - 17:00

Telephone

+6049885068

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Kesihatan Universiti Malaysia Perlis posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Pusat Kesihatan Universiti Malaysia Perlis:

Share