28/09/2022
KENAPA JEMAAH PERLU MEMAKAI REHLA SEMASA DI TANAH SUCI
Kebanyakan Jemaah yang menggunakan REHLA di Tanah Suci, berpuas hati dengan set lengkap REHLA Skincare & Bodycare yang memberikan perlindungan menyeluruh dari hujung rambut sampai hujung kaki.
REHLA adalah solusi kepada pencarian kelengkapan set penjagaan diri untuk kegunaan ke Tanah Suci. Kulit terlindung sihat serta ibadah terjaga.
REHLA adalah produk penjagaan diri yang diiktiraf Halal dari JAKIM & patuh syariah berkonsepkan 3M iaitu MESRA HARIAN, MESRA IBADAH (Mesra Solat, Mesra Wudhuk) dan MESRA IHRAM. Produk REHLA terdiri daripada 2 rangkaian set produk iaitu SET PENJAGAAN WAJAH (SKINCARE SET) dan SET PENJAGAAN BADAN (BODYCARE SET).
Produk yang selamat, halal, mesra ibadah & mesra ihram membawa maksud, kita boleh memakainya sewaktu kita menunaikan ibadah seperti solat, umrah dan haji tanpa was-was disebabkan Rehla di formulasikan tanpa pewangi dan alcohol serta bahan kimia terlarang.
MESRA IBADAH (Mesra Wudhuk, Mesra Solat)
Syarat sah wudhuk ialah tiada sesuatu yang menghalang air daripada sampai ke kulit dan tiada sesuatu pada anggota wudhuk yang mengubah air untuk sampai kepada anggota wudhuk.
Jadi, jika terdapat pada anggota wudhuk suatu bahan kosmetik yang menghalang air wudhuk daripada sampai ke kulit, atau yang mengubah air wudhuk itu, maka wajib ditanggalkan dengan sempurna sebelum berwudhuk.
REHLA menepati konsep Mesra Ibadah iaitu Mesra Wudhuk & Mesra Solat. Produk REHLA mudah ditanggalkan dan dibersihkan daripada kulit dengan hanya menggunakan air biasa kerana sifatnya yang berasaskan air. Tidak perlu menggunakan pencuci muka setiap kali ingin berwudhuk, melainkan anda memakai kosmetik lain yang mempunyai warna & mempunyai kandungan yang bersifat kalis air. Anda mesti membersihkannya dengan betul menggunakan pencuci muka yang sesuai sevelum berwudhuk.
Sebagai seorang Islam, wuduk yang sempurna adalah penting dalam solat. Tak sempurna wuduk, maka tak sempurnalah solat kita!
Sebuah hadis Nabi, yang mana "SOLAT KITA AKAN DICAMPAK SEPERTI KAIN BURUK DI AKHIRAT KELAK KERANA TAK SEMPURNA".
Jadi, pastikan skincare atau produk yang anda gunakan setiap hari MESTI mengikut syariat iaitu MESRA IBADAH, SELAMAT dan semestinya HALAL.
Kulit sihat berseri tanpa mengabaikan ibadah.
MESRA IHRAM - ELAKKAN LARANGAN SEMASA IHRAM (WANGIAN)
Salah satu larangan ihram ialah Jemaah dilarang sama sekali untuk memakai wangi-wangian sama ada di badan, rambut, janggut dan sebagainya .
Jadi, semasa didalam larangan ihram, jangan ambil mudah tentang penggunaan produk penjagaan diri. Perlu ambil tahu & periksa terlebih dahulu terutamanya dari segi kandungan bahan dalam produk yang digunakan ketika dalam ihram.
Tidak semua produk HALAL sesuai digunakan semasa dalam ihram. Jika mempunyai kandungan pewangi dan alkohol, produk HALAL tersebut tidak boleh digunakan ketika di dalam larangan ihram.
Jika terguna secara tidak sengaja, maka perlulah orang itu menghilangkan kesan wangian atas badannya dengan kadar segera. Jika tidak menghilangkannya dengan segera sedangkan sudah mengetahui, maka perbuatan itu telah dikira berdosa serta perlu menyempurnakan Dam.
Sejak berada dalam pasaran bermula pada tahun 2020, produk REHLA telah banyak memberi manfaat kepada ribuan Dhuyufurrahman. Selain daripada persediaan rohani, mental dan fizikal sebelum berangkat ke tanah suci, persediaan barang kelengkapan juga adalah keperluan yang perlu dititikberatkan.
Tidak terhad kepada pakaian dan ubat-ubatan, kelengkapan penjagaan diri juga sangat penting untuk memastikan kebersihan, keselesaan & kesihatan kita sepanjang berada di Tanah Suci.
Produk REHLA dirumus khas dari bahan-bahan semulajadi dan dijamin bebas kandungan pewangi dan alkohol yang semestinya pilihan produk penjagaan diri terbaik kepada bakal Dhuyufurrahman untuk digunakan di Tanah Suci dengan yakin tanpa was-was.
https://rehla.onpay.my/order/form/ORDER_REHLA/RHL11
www.wasap.my/60192289278