15/08/2026
💧 CABARAN MINUM 8 GELAS AIR KOSONG SEHARI 💧
Tahukah anda? Kekal terhidrat bukan sahaja membantu menyegarkan badan, malah penting untuk memastikan tubuh berfungsi dengan baik setiap hari.
Jadikan amalan minum 8 gelas/ 2 liter air kosong sehari sebagai rutin harian. Ikuti jadual yang disyorkan dalam infografik ini dan capai sasaran 8 gelas/ 2 liter dengan lebih mudah! 💙
✨ Mulakan hari dengan segelas air kosong.
✨ Minum secara konsisten sepanjang hari.
✨ Jadikan air kosong sebagai pilihan utama.
Sedikit demi sedikit, lama-lama jadi kebiasaan. Ayuh, sahut cabaran dan kekal sihat bersama! 💦