17/08/2026
Mula-mula cuma sakit sikit bila nak bangun dari kerusi.
Lama-lama, setiap kali turun tangga tangan automatik cari railing.
Nak bangun selepas duduk lama pun kena berdiri kejap… baru rasa yakin nak melangkah.
Sampai satu tahap, nak berjalan jauh pun dah mula fikir dua tiga kali.
“Biasalah kot… dah berumur.”
Tapi bila sakit lutut dah mula mengubah cara kita bergerak dan buat aktiviti harian, jangan terus anggap ia sekadar faktor usia.
Salah satu puncanya boleh jadi osteoarthritis lutut.