Permai Polyclinics Kota Marudu 24 Jam

Permai Polyclinics Kota Marudu 24 Jam Klinik perubatan 24 jam di Bandau Commercial Centre, Kota Marudu. Klinik Beroperasi 24 jam.
(1)

Permai Policlinics Kota Marudu 24 Jam dahulu dikenali Poliklinik Nusantara Kota Marudu merupakan sebuah klinik perubatan yang terletak di pekan Kota Marudu, Sabah. Klinik menyediakan servis rawatan perubatan, ujian darah, ujian scan ultrasound dan scan xray serta ujian kesihatan dan kecemasan bagi keluarga, ibu dan anak.

good morning 😁
08/09/2026

good morning 😁

NEGERI MANA PALING TINGGI OBESITI DI MALAYSIA?Kalau anda teka Selangor atau Kuala Lumpur kerana kawasan bandar, jawapann...
07/09/2026

NEGERI MANA PALING TINGGI OBESITI DI MALAYSIA?
Kalau anda teka Selangor atau Kuala Lumpur kerana kawasan bandar, jawapannya bukan.
Berdasarkan NHMS 2023, prevalens obesiti dewasa di Malaysia ialah 21.8%.
Maksudnya, lebih kurang 1 daripada 5 orang dewasa di negara ini hidup dengan obesiti.
Untuk perbandingan negeri dan Wilayah Persekutuan, menggunakan definisi WHO iaitu BMI ≄30 kg/m²:
šŸ”“ 3 PALING TINGGI
1. Perlis — 32.8%
2. Negeri Sembilan — 28.9%
3. WP Putrajaya — 25.8%
🟢 3 PALING RENDAH
1. WP Kuala Lumpur — 18.2%
2. Selangor — 19.1%
3. Sabah — 19.5%
Menariknya, kawasan yang kita selalu anggap ā€œurbanā€ tidak semestinya mencatat prevalens obesiti paling tinggi.
Dan satu lagi perkara penting: angka ini tidak bermaksud penduduk sesebuah negeri ā€œlebih malasā€ atau ā€œlebih kuat makanā€.
Obesiti jauh lebih kompleks.
Ia dipengaruhi oleh banyak faktor seperti corak pemakanan, tahap aktiviti fizikal, persekitaran, akses kepada makanan sihat, pekerjaan, tidur, stres, faktor sosioekonomi dan juga genetik.
Jadi isu obesiti bukan sekadar masalah individu.
Ia juga isu kesihatan awam..
Kalau 1 daripada 5 orang dewasa sudah berada dalam kategori obesiti, intervensi tidak boleh bergantung kepada nasihat ā€œmakan kurang, bersenam lebihā€ semata-mata.
Kita perlukan persekitaran yang memudahkan orang ramai membuat pilihan lebih sihat.
Makanan sihat yang mampu milik.
Lebih banyak peluang untuk bergerak.
Tidur yang mencukupi.
Saringan awal.
Dan rawatan obesiti yang tidak diselubungi stigma.
Obesiti boleh dicegah dan dirawat.
Yang penting, kita berhenti melihatnya sebagai kegagalan disiplin semata-mata.
Sumber: National Health and Morbidity Survey (NHMS) 2023, Institut Kesihatan Umum, Kementerian Kesihatan Malaysia.

credit to Public Health Malaysia

Good Morning😊
06/09/2026

Good Morning😊

06/09/2026

Ini fakta ya 🄰

Selamat Pagi😊
05/09/2026

Selamat Pagi😊

selamat petang ini jadual dr 7.9.2026 - 13.09.2026
05/09/2026

selamat petang ini jadual dr 7.9.2026 - 13.09.2026

PINK, PUTIH, KASAR, HALUS… MASIH GARAM.Ramai sangka garam bukit, garam laut atau Himalayan pink salt jauh lebih ā€œsihatā€ ...
04/09/2026

PINK, PUTIH, KASAR, HALUS… MASIH GARAM.

Ramai sangka garam bukit, garam laut atau Himalayan pink salt jauh lebih ā€œsihatā€ daripada garam putih biasa.

Hakikatnya, semuanya masih membekalkan natrium.

Memang ada perbezaan dari segi rasa, tekstur, warna dan kandungan mineral surih. Tetapi mineral itu biasanya terlalu sedikit untuk menjadikan satu jenis garam sebagai ā€œgaram sihatā€ yang boleh digunakan sesuka hati.

Masalah sebenar bukan sangat warna garam.

Masalahnya ialah berapa banyak natrium yang kita ambil sepanjang hari — daripada garam yang ditambah ketika memasak, kicap, sos, perencah segera, makanan proses, makanan jeruk dan makanan di luar.

Pengambilan natrium berlebihan boleh meningkatkan tekanan darah dan seterusnya meningkatkan risiko penyakit jantung serta strok.

Jadi kalau anda tukar garam putih kepada pink salt tetapi masih tabur banyak-banyak…

…ia bukan upgrade kesihatan yang besar.

Yang lebih penting ialah kurangkan jumlah keseluruhan garam dan perasa masin.

Sedikit tip:
Gunakan bawang, limau, cili, serai, halia, herba dan rempah untuk tambah rasa tanpa perlu bergantung terlalu banyak pada garam.

Dan satu lagi perkara yang ramai terlepas pandang — untuk kegunaan harian, garam beriodin mempunyai kelebihan kerana membantu membekalkan iodin, nutrien penting untuk fungsi tiroid.

Jadi bila nampak garam mahal, cantik, pink dan nampak ā€œpremiumā€, jangan terus anggap ia lebih sihat.

Kadang-kadang yang berubah cuma warna dan harga.

Natriumnya… masih ada.

cc: Public Health Malaysia

04/09/2026

Apa yang lawak kakak ? 😩

03/09/2026

Address

Lot 1, Blok D1, Bandau Commercial Centre
Bandau Kota Marudu
89100

Telephone

+60149262186

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Permai Polyclinics Kota Marudu 24 Jam posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Permai Polyclinics Kota Marudu 24 Jam:

Shortcuts

Share