06/01/2021
Khasiat Hajar Jahanam.
Nama Hajar Jahanam, apa fungsinya?
Namanya mungkin agak menyeramkan kerana terdapat perkataan 'jahanam' yang bermaksud 'neraka'. Namun, nama tersebut digunakan kerana khasiatnya yang ampuh. Tapi sebenarnya, seperti apa bentuk dan khasiat ubat herba ni? Jom, baca lebih lanjut!
Apa itu Hajar Jahanam?
Diambil dari pelbagai sumber, Hajar Jahanam adalah getah dari tumbuhan tertentu yang hanya ada di negara Mesir dan India. Getah tumbuhan yang ini akan berbentuk menyerupai batu berwarna hitam sehingga ada p**a yang menyebutnya dengan nama 'Black Stone'. Kemudian, dari getah tersebut, dijadikan ubat tradisional yang khusus untuk lelaki.
Khasiat Hajar Jahanam
Hajar Jahanam asalnya telah wujud dan digunapakai sejak zaman dahulu kala, yaitu pada masa Mesir Kuno. Khasiat Hajar Jahanam yang terkenal adalah membantu menjaga stamina lelaki dalam bercinta dengan mengurangkan tahap sensitiviti organ intim lelaki. Dengan itu, sesi bercinta bersama pasangan jadi lebih tahan lama dan membantu memuaskan pasangan.
Bukan hanya itu, manfaat Hajar Jahanam juga membantu mengatasi ejakulasi dini dan lemah syahwat, yang menjadi kebimbangan para suami dan pasangannya. Jadi, pemakaian produk ini dapat membantu menjaga kualiti hubungan seksual agar tetap mesra dan intim.
Menariknya lagi, Hajar Jahanam diyakini mengandung antiseptik yang dapat mencegah penularan jangkitan seksual dari aktiviti bercinta. Maka selain menjaga kualiti hubungan seks, minyak herbal ini dapat membantu menjaga kesehatan organ intim lelaki, terutama untuk mereka yang aktif berhubungan seksual.
Khasiat Hajar Jahanam dapat menjadi solusi alternatif jika mengalami keluhan dalam kehidupan seksual, terutama buat kaum lelaki. Generally, kualiti bercinta yang baik dapat meningkatkan kepuasan pasangan dan menjaga hubungan selalu mesra.