21/03/2026
Pesakit terakhir sebelum beraya pada esok hari. Asalnya pesakit ini mengadu sakit pada bahagian tulang belikatnya akibat salah bantal.
Walaupun di rumahnya ada kerusi urut yang berharga ribuan ringgit dan berkali2 malahan berhari2 membuat rawatan dengan kerusi tersebut kesakitannya masih sama sahaja.
Bila aku mengdiagnos sistem saraf pesakit tersebut, dia mengalami masalah pada saraf peparu, pinggang dan hati. Bila aku menstimulasi di antara saraf dan organ dalaman baru kesakitannya berkurangan. Bukan sembuh secara total tetapi lebih baik dari sebelumnya.
Alhamdulillah aku berjaya mengatasi kecanggihan kerusi urut ribuan ringgit dengan kaedah rawatan alternative yang bermodalkan minyak urut dan ilmu sahaja.
Semoga pesakit tersebut menjaga pemakanan dan gaya hidupnya di sepanjang musim perayaan yang akan di sambut sepanjang bulan syawal nanti dengan pelbagai aneka juadah yang semestinya berkalori tinggi.
**syukur Alhamdulillah di sepanjang bulan puasa untuk tahun ini jumlah pesakit yang menerima rawatan daripada aku agak baik dari 6 tahun sebelumnya yakni dari pasca covid19 melanda.**