16/10/2026
π«οΈ KENYATAAN MEDIA KKM: PEMAKAIAN PELITUP MUKA SEMASA JEREBU
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
π’ Waspada Jerebu, Utamakan Kesihatan Diri dan Keluarga!
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa situasi jerebu masih melanda beberapa kawasan di negara ini. Berdasarkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada 15 Oktober 2026, sebanyak 35 stesen pemantauan merekodkan bacaan pada tahap Tidak Sihat.
Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan untuk mengambil langkah-langkah berikut bagi melindungi kesihatan daripada kesan jerebu:
β
Kurangkan aktiviti di luar sekiranya bacaan IPU melebihi 100.
β
Gunakan pelitup muka N95 sekiranya perlu melakukan aktiviti di luar. Pelitup muka tiga lapis boleh dipertimbangkan sebagai perlindungan tambahan jika N95 tidak tersedia.
β
Sentiasa peka dengan bacaan IPU dan perkembangan semasa kualiti udara di kawasan masing-masing.
β
Utamakan kesihatan diri dan keluarga, khususnya golongan kanak-kanak, warga emas serta individu yang mempunyai masalah pernafasan.
π Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai langkah pencegahan dan perlindungan kesihatan semasa jerebu melalui laman sesawang Info Sihat KKM:
π https://infosihat.moh.gov.my/isu-semasa/51-jerebu.html
Marilah kita bersama-sama mengambil langkah berjaga-jaga dan mengurangkan pendedahan kepada jerebu demi menjaga kesihatan diri, keluarga dan komuniti.
Cegah sebelum parah, kesihatan tanggungjawab bersama! π