13/10/2026
ππ TAHNIAH KEPADA 10 PEMENANG CABARAN KEKAL AKTIF 5KM SEHARI 2026! ππ
Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada 10 orang pemenang Cabaran Kekal Aktif 5 Kilometer Sehari 2026 atas komitmen, kesungguhan dan usaha berterusan dalam membudayakan gaya hidup aktif dan sihat! ππ»πͺπ»
πΆπ»ββοΈππ»ββοΈ Cabaran yang berlangsung selama tiga bulan, bermula dari 1 April 2026 hingga 30 Jun 2026 ini telah menggalakkan peserta untuk kekal aktif dengan sasaran sekurang-kurangnya 7,000 langkah sehari, bersamaan kira-kira 5 kilometer.
π₯ SENARAI PEMENANG CABARAN KEKAL AKTIF 5KM SEHARI 2026
1οΈβ£ Nasrun Nizar bin Yusuf β 2,696,455 langkah
2οΈβ£ Nurulnaβim binti Nazri β 2,369,159 langkah
3οΈβ£ Afierul Shahril bin Sahidin β 1,732,242 langkah
4οΈβ£ Luqman bin Mohamed Taher β 1,669,812 langkah
5οΈβ£ Herlina binti Mohd Zin β 1,505,187 langkah
6οΈβ£ Iffat Irfan bin Rosman β 1,351,534 langkah
7οΈβ£ Fajilah binti Abdullah β 1,307,745 langkah
8οΈβ£ Herda bt Selamat β 1,253,423 langkah
9οΈβ£ Munirah binti Abdullah β 1,214,630 langkah
π Dr. Fudhla binti Mohd Kamal β 1,194,854 langkah
π MAKLUMAN SESI PENYAMPAIAN HADIAH
Sesi penyampaian hadiah kepada para pemenang akan diadakan seperti ketetapan berikut:
π
Tarikh: Khamis, 15 Oktober 2026
β° Masa: 8.00 pagi
π Tempat: Klinik Kesihatan Tanjung Sepat
Program ini merupakan anjuran Wellness Hub Kuala Langat di bawah kendalian Unit Promosi Kesihatan, dengan kerjasama Kelab Kebajikan dan Sukan PKD Kuala Langat bagi menyokong Teras 1 Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS), iaitu mempromosikan pembudayaan hidup sihat dalam kalangan masyarakat Malaysia, khususnya di daerah Kuala Langat.
Terima kasih kepada semua peserta atas penyertaan dan komitmen yang diberikan sepanjang cabaran ini berlangsung. Semoga usaha ini menjadi inspirasi kepada lebih ramai warga kerja untuk menjadikan aktiviti fizikal sebagai sebahagian daripada rutin harian.