Klinik Kesihatan Laka Temin

Klinik Kesihatan Laka Temin Government Health Clinic
Bukit Kayu Hitam
Official FB Page

PROGRAM IMUNISASI INFLUENZA UNTUK WARGA EMASAdakah anda atau ahli keluarga berumur 60 tahun ke atas dan mempunyai masala...
17/05/2026

PROGRAM IMUNISASI INFLUENZA UNTUK WARGA EMAS
Adakah anda atau ahli keluarga berumur 60 tahun ke atas dan mempunyai masalah kesihatan seperti kencing manis, penyakit paru-paru kronik, penyakit jantung, obesiti, tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi atau penyakit buah pinggang?
💉 Anda adalah layak untuk menerima vaksin influenza di bawah program yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
📌 Cara mendapatkan vaksinasi:
1️⃣ Buat janji temu melalui aplikasi MySejahtera
2️⃣ Hadir ke klinik kesihatan untuk janji temu
3️⃣ Walk-in ke klinik kesihatan KKM terpilih (bergantung kepada ketersediaan stok vaksin)
✨ Penting untuk diketahui:
✔️ Imunisasi ini adalah PERCUMA
✔️ Diberikan secara SUKARELA
💙 Lindungi diri anda dan orang tersayang daripada jangkitan influenza.
JOM DAPATKAN VAKSIN INFLUENZA DI KK LAKA TEMIN...STOK VAKSIN TERHAD!!


See less

28/04/2026
|25/12/2025|Telah berlansung Majlis Tahlil & Khatan Perdana anjuran Masjid Al-Muhajirin, Bukit Kayu Hitam dengan kerjasa...
29/12/2025

|25/12/2025|

Telah berlansung Majlis Tahlil & Khatan Perdana anjuran Masjid Al-Muhajirin, Bukit Kayu Hitam dengan kerjasama KRT Taman Seri Temin dan Panel Penasihat Klinik Kesihatan Laka Temin. Majlis ini telah berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang baik daripada masyarakat setempat. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.

Aktiviti Kelab Warga Emas harini bersama Puan Dinah, Pegawai Psikologi PKD Kubang Pasu. Aktiviti mewarna dan bermain cla...
18/12/2025

Aktiviti Kelab Warga Emas harini bersama Puan Dinah, Pegawai Psikologi PKD Kubang Pasu. Aktiviti mewarna dan bermain clay, aktiviti santai tapi bermakna. Menariknya, setiap warna yang dipilih dan setiap objek yang dibentuk sebenarnya mempunyai maksud yang tersirat, mencerminkan perasaan, kenangan dan ekspresi diri masing-masing.

Aktiviti ringkas, tetapi penuh nilai untuk kesihatan emosi dan minda 😉

Assalamualaikum dan salam sejahtera,🌹🌹🌹PERHATIAN KEPADA SELURUH PENDUDUK BUKIT KAYU HITAM!!!JOM KE MAJLIS TAHLIL DAN KHA...
17/12/2025

Assalamualaikum dan salam sejahtera,🌹🌹🌹

PERHATIAN KEPADA SELURUH PENDUDUK BUKIT KAYU HITAM!!!

JOM KE MAJLIS TAHLIL DAN KHATAN PERDANA

Tarikh: 25 Disember 2025
Tempat: Perkarangan Masjid Al-Muhajirin Bukit Kayu Hitam
Masa :7.30pagi hingga 2.30petang

Pelbagai aktiviti menarik:

🌹Saringan kesihatan (tekanan darah, paras gula dan kolestrol)
🌹Saringan Kesihatan Mental
🌹Saringan Peka B40 (untuk golongan B40)
🌹Saringan kanser serviks (ujian pap smear)
🌹Saringan kanser usus
🌹Pemeriksaan mata oleh optometrist
🌹Derma darah
🌹Pameran kesihatan
🌹Berkhatan

🎈Pameran dari pelbagai agensi kerajaan
🎈Sukaneka
🎈Cabutan hadiah🥳🥳

Jom hadir beramai2😍
Sila war2kan ya 🤩

Alhamdulillah, pada 22/11/2025 telah berlangsung Program Kesihatan anjuran Panel Penasihat KK Laka Temin iaitu Hari Bers...
23/11/2025

Alhamdulillah, pada 22/11/2025 telah berlangsung Program Kesihatan anjuran Panel Penasihat KK Laka Temin iaitu Hari Bersama Komuniti KD T**i Kerbau. Dengan kerjasama daripada semua pihak, program dapat berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan hangat walaupun cuaca hujan. Pelbagai aktiviti berjaya diadakan antaranya saringan kesihatan NHSI, saringan pap smear, mammogram dan saringan kolorektal. Aktiviti sukaneka, senamrobik , pertandingan mewarna dan pameran kesihatan turut mendapat sambutan meriah . Cabutan bertuah wajib ada. Terima kasih kepada semua pihak yang telibat..Stay tuned for next program😎

22/11/2025

💉𝐈𝐌𝐔𝐍𝐈𝐒𝐀𝐒𝐈 𝐓𝐀𝐌𝐁𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐀𝐒𝐋𝐄𝐒 𝐑𝐔𝐁𝐄𝐋𝐋𝐀

Berikut merupakan senarai Klinik Kesihatan di negeri Kedah yang memberikan vaksin imunisasi tambahan Measles Rubella.

Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan imunisasi tambahan Measles Rubella secara PERCUMA di bawah Program Imunisasi Kebangsaan untuk kanak-kanak berumur 6 hingga 59 bulan (bawah 5 tahun).

Tarikh:
Dilanjutkan sehingga 1 Disember 2025

Cara dapatkan vaksin:
1️⃣Janji temu melalui MySejahtera
2️⃣Janji temu di klinik kesihatan KKM
3️⃣Walk-in ke mana-mana klinik kesihatan KKM





10/10/2025

Selamat Hari Kesihatan Mental Sedunia 2025 dari kami Warga KKLT 💚

Dengan tema tahun ini iaitu "Akses kepada Perkhidmatan: Kesihatan Mental dalam Krisis dan Bencana".
Fasiliti kami sentiasa menyediakan perkhidmatan kesihatan mental kepada semua🤗

Jom kunjungi Laman Minda Sihat KKLT!!🤩



Jom dapatkan slot temujanji untuk si kecil anda!!
07/08/2025

Jom dapatkan slot temujanji untuk si kecil anda!!

Address

Jalan Bukit Kayu Hitam
Bukit Kayu Hitam
06050

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6049222560

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Kesihatan Laka Temin posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share