Poliklinik Dr. Velu - Chai Leng Park, Perai

Poliklinik Dr. Velu - Chai Leng Park, Perai Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Poliklinik Dr. Velu - Chai Leng Park, Perai, Medical and health, 61. Jalan Gan Chai Leng, Chai Leng Park, Bukit Mertajam.

10/05/2026

Ramai yang bertanya, jadi PHM sediakan jawapan berkenaan perbezaan Leptospirosis & Hantavirus.

Dua-dua memang boleh berkait dengan tikus, tetapi cara jangkitan dia sangat berbeza.

Leptospirosis biasanya dikaitkan dengan air atau tanah yang tercemar dengan kencing haiwan. Sebab itu risiko lebih tinggi bila terdedah kepada air banjir, longkang, lumpur, atau kawasan kotor, terutama kalau ada luka kecil pada kulit.

Hantavirus p**a lebih dikaitkan dengan habuk atau udara tercemar daripada najis, kencing atau air liur tikus yang sudah kering. Sebab itu najis tikus tak boleh terus disapu atau divakum, kerana partikel halus boleh berterbangan dan masuk ke saluran pernafasan.

Senang cerita, kalau leptospirosis, kita lebih risau tentang air tercemar. Kalau hantavirus, kita lebih risau tentang habuk tercemar. Nampak macam sama, tapi bahayanya datang melalui jalan yang berbeza.

Kalau ikut Malaysia, leptospirosis jauh lebih common.

Ia memang penyakit yang kita lebih biasa jumpa, terutama selepas banjir, aktiviti air terjun, sungai, longkang, lumpur, kawasan kebun atau tempat yang ada air/tanah tercemar. Leptospirosis juga memang penyakit yang dipantau dan dilaporkan di Malaysia.

Hantavirus p**a jauh lebih jarang di Malaysia.
KKM memaklumkan risiko jangkitan hantavirus di Malaysia ketika ini rendah, walaupun orang ramai tetap dinasihatkan berhati-hati dengan tikus, najis dan air kencingnya.

Rawatan pun berbeza.

Leptospirosis disebabkan bakteria, jadi ia boleh dirawat dengan antibiotik. CDC menyatakan antibiotik seperti doxycycline atau penicillin digunakan, dan rawatan awal boleh membantu mengurangkan risiko penyakit menjadi teruk. Kes yang serius mungkin perlukan antibiotik melalui IV di hospital.

Hantavirus p**a disebabkan virus. Antibiotik tidak membunuh virus ini. Rawatan utama ialah sokongan badan sementara badan melawan jangkitan, terutama menjaga pernafasan, tekanan darah, cecair badan, buah pinggang dan komplikasi lain.

Jadi kalau jumpa tanda-tanda kehadiran tikus di rumah atau tempat kerja, jangan ambil mudah. Jaga kebersihan, kawal tikus, elak sentuhan dengan air tercemar, dan bersihkan najis tikus dengan cara yang betul. Ilmu kecil macam ini kadang-kadang boleh melindungi nyawa.

Selamat Hari Buruh! # WeAreOpenAsUsual
01/05/2026

Selamat Hari Buruh!
# WeAreOpenAsUsual

🤍 A Healthy Pregnancy Starts With the Right CareEvery journey into motherhood deserves guidance, reassurance, and expert...
29/04/2026

🤍 A Healthy Pregnancy Starts With the Right Care

Every journey into motherhood deserves guidance, reassurance, and expert medical support.

At Poliklinik Dr. Velu, we provide comprehensive antenatal check-ups to ensure both mother and baby stay healthy every step of the way.

👩‍⚕️ What we focus on:
✔️ Regular pregnancy monitoring
✔️ Early detection of potential complications
✔️ Nutritional & lifestyle guidance
✔️ Safe, evidence-based care

Your peace of mind matters — because a safe pregnancy today builds a healthier tomorrow.

📍 Visit us at Chai Leng Park, Perai
📞 013-337 7682

💬 Walk in or contact us to schedule your check-up today.

17/02/2026

We are Open as Usual

🩸❤️ KEMPEN DERMA DARAH & KARNIVAL KESIHATAN 2026 ❤️🩸Terbuka kepada orang ramai | Kemasukan Percuma📅 Sabtu, 14 Mac 2026⏰ ...
14/02/2026

🩸❤️ KEMPEN DERMA DARAH & KARNIVAL KESIHATAN 2026 ❤️🩸
Terbuka kepada orang ramai | Kemasukan Percuma

📅 Sabtu, 14 Mac 2026
⏰ 9.00 pagi – 1.00 petang
📍 Dewan Kuil Arulmigu Karumariamman
1548, Jalan Todak, Seberang Jaya,
13700 Perai, Pulau Pinang



✨ Aktiviti & Saringan Kesihatan Percuma:

✅ Kempen Derma Darah
✅ Pemeriksaan Kesihatan Asas & Saringan Kesihatan Percuma PeKa B40 ( Pendaftaran awal digalakkan untuk mengetahui kelayakkan )
✅ Saringan Mata & Penglihatan (oleh Pakar Optometri )
✅ Pemeriksaan Kesihatan Mulut dan Gigi oleh Penang International Dental College
✅ Konsultasi Pemakanan & Diet oleh Dietitian
✅ Saringan Kesihatan Mental
✅ Pemeriksaan & Penilaian Sakit Belakang oleh Fisiotherapist
✅ Analisis Tapak Kaki
✅ Sesi Kecergasan “Box & Burn” oleh Shino Boxing Academy (8.30 pagi)
✅ Ceramah Kesihatan
✅ Demonstrasi CPR & AED
✅ Saringan Kanser Serviks (HPV DNA)
✅ Saringan Pangkal Rahim (Cervix)
✅ Saringan Kanser Payudara (Mammogram)



👨‍👩‍👧‍👦 Bawalah keluarga dan rakan-rakan anda!
Marilah bersama-sama menjaga kesihatan dan menyumbang untuk menyelamatkan nyawa.

📲 Pendaftaran Awal (Digalakkan):
https://forms.gle/LPrCE35jmVmjC3Nx8

📞 Sebarang pertanyaan:
Telefon: 04-3842995
WhatsApp: 019-837 9003

💖 Penyertaan anda amat bermakna dalam membina komuniti yang lebih sihat dan prihatin.

Jumpa anda di sana!

Apakah itu Anemia and Bagaimana nak ubahsuai makanan untuk Anemia?
14/02/2026

Apakah itu Anemia and Bagaimana nak ubahsuai makanan untuk Anemia?

https://www.facebook.com/share/17W8PPUMjN/?mibextid=wwXIfr
16/11/2025

https://www.facebook.com/share/17W8PPUMjN/?mibextid=wwXIfr

Produk ini nampak macam gula-gula.
Rasa manis. Warna pink. Label pun tulis “glow”.
Tapi apa yang disembunyikan, jauh lebih besar daripada itu.

KKM mengesahkan bahawa ASGG Gluta GenC Glow Gummies mengandungi Glutathione, satu bahan yang tidak pernah dibenarkan sebagai ramuan makanan di Malaysia.

Jika bahan ini digunakan, ia perlu berada di bawah kategori ubat, bukan makanan.
Bukan vitamin.
Bukan snek.
Bukan “gummy kecantikan”.

Masalahnya, produk seperti ini disusun cantik di platform e-dagang.
Iklannya kemas.
Naratifnya meyakinkan.
Dan akhirnya, pengguna makan tanpa sedar bahan itu tidak sepatutnya berada dalam mana-mana makanan.

KKM telah mengarahkan semua penjualan dihentikan.
Tidak boleh dijual.
Tidak boleh diiklankan.
Tidak boleh dipromosikan.

Dan buat peniaga yang masih mahu ambil risiko, undang-undang sudah jelas:

Denda boleh mencecah RM100,000 atau penjara sehingga 10 tahun.

Jika anda telah membeli atau menggunakannya, hentikan sekarang.

Kesihatan bukan taruhan yang kita patut ambil semata-mata kerana warna botol yang cantik.

Sumber
Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM

31/08/2025
30/06/2025

CONDOLENCE MESSAGE: PULAU PERHENTIAN BOAT TRAGEDY

We at Poliklinik Dr.Velu are deeply saddened by the tragic boat accident that occurred near Pulau Perhentian on 28th June 2025, which claimed the lives of three individuals and left several others injured. Among the victims were a 40-year-old father and his 3-year-old daughter from Teluk Air Tawar, Penang. Another individual also lost their life in this heartbreaking incident.

We extend our sincere condolences to all the grieving families. Our thoughts and prayers are with them during this time of unimaginable loss. We also pray for a swift and complete recovery for those who were injured.

We hope the relevant authorities will carry out a thorough investigation and take necessary steps to enhance safety measures for sea transport to avoid such tragedies in the future.

May the souls of the departed rest in peace.

Address

61. Jalan Gan Chai Leng, Chai Leng Park
Bukit Mertajam
13700

Opening Hours

Monday 08:30 - 21:00
Tuesday 08:30 - 21:00
Wednesday 08:30 - 21:00
Thursday 08:30 - 21:00
Friday 08:30 - 21:00
Saturday 08:30 - 21:00

Telephone

+60198221610

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Poliklinik Dr. Velu - Chai Leng Park, Perai posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Poliklinik Dr. Velu - Chai Leng Park, Perai:

Share