Klinik Perubatan Raudhah 24 Jam Besut

Klinik Perubatan Raudhah 24 Jam Besut Kami sedia membantu menjaga kesihatan anda sekeluarga dengan doktor yang berpengalaman, persekitaran klinik yang bersih dan selesa, serta layanan penuh mesra.

🌙 *MAKLUMAN OPERASI KLINIK SEMPENA HARI RAYA AIDILADHA* 🌙Sempena sambutan Hari Raya Aidiladha, beberapa cawangan Klinik ...
25/05/2026

🌙 *MAKLUMAN OPERASI KLINIK SEMPENA HARI RAYA AIDILADHA* 🌙

Sempena sambutan Hari Raya Aidiladha, beberapa cawangan Klinik Perubatan Raudhah akan ditutup sementara bagi memberi ruang kepada staf kami menyambut hari raya bersama keluarga tercinta 🤍

📍 *Cawangan terlibat:*
* Padang Midin
* Kuala Berang
* Seberang Takir
* Besut

🕙 *Penutupan bermula:*
Selasa, 26 Mei 2026 — 10.00 malam

🕗 *Beroperasi semula:*
Jumaat, 29 Mei 2026 — 8.00 pagi

━━━━━━━━━━━━━━━

🏥 *CAWANGAN MANIR MASIH BEROPERASI*
Dengan waktu operasi khas sepanjang raya ✨

📅 27 & 28 Mei 2026
🕝 2.30 petang – 10.30 malam

✅ Kembali beroperasi seperti biasa pada
🧡 29 Mei 2026

Terima kasih atas sokongan anda ❤️
Selamat Hari Raya Aidiladha daripada warga Klinik Perubatan Raudhah 🌙

BAHAYA TERSEMBUNYI MENJELANG MUSIM PERAYAANMuka nampak sihat, tak batuk atau selsema, tapi sedar tak kita mungkin sedang...
21/05/2026

BAHAYA TERSEMBUNYI MENJELANG MUSIM PERAYAAN

Muka nampak sihat, tak batuk atau selsema, tapi sedar tak kita mungkin sedang bawa virus bahaya tanpa disengajakan?

Bila berkumpul ramai-ramai, keterujaan nak jumpa sanak-saudara memang membuak-buak.

Tapi tolong beringat bila nampak bayi comel.
* Bayi belum ada sistem imuniti yang kuat macam orang dewasa.
* Penyakit seperti RSV dan Influenza boleh bermula sekadar selsema biasa tapi berisiko buat bayi sesak nafas.
* Jangkitan boleh masuk ke tahap kritikal sehingga terpaksa warded di hospital. Kasihan tengok tubuh kecil menanggung sakit yang sepatutnya boleh dielakkan.

Kasih sayang itu tak perlulah sentiasa dibuktikan dengan ciuman atau pelukan rapat. Jadikan pendidikan kesihatan keutamaan kita.

Mari sama-sama jadi masyarakat yang prihatin. Hubungi Klinik Perubatan Raudhah untuk info lanjut mengenai pencegahan penyakit hari ini!

MI SEGERA, FAST FOOD, MINUMAN BERGAS MEMANG SEDAP DI MULUT, TAPI PERASAN TAK TUBUH BADAN MAKIN KERAP LETIH DAN TAK BERMA...
19/05/2026

MI SEGERA, FAST FOOD, MINUMAN BERGAS MEMANG SEDAP DI MULUT, TAPI PERASAN TAK TUBUH BADAN MAKIN KERAP LETIH DAN TAK BERMAYA?

Organ dalaman kita bekerja tanpa henti setiap saat. Bila hari-hari disuap makanan tinggi garam, daging proses, dan snek masin, akhirnya buah pinggang akan 'kepenatan' dan mula meragam. Jangan tunggu sampai terpaksa kawal kuantiti air minum setiap hari barulah nak menyesal.

Antara tanda awal buah pinggang bermasalah:
– Tekanan darah makin tinggi
– Bacaan gula semakin naik
– Kaki mudah bengkak
– Cepat penat & lemah badan

Sayangi masa depan kita. Singgah ke Klinik Perubatan Raudhah hari ini untuk pemeriksaan kesihatan yang mesra, teliti, dan jelas.


💖 DIET KETAT SAMPAI PERUT MULA PEDIH? JANGAN BIAR GASTRIK GANGGU KESIHATAN ANDA.Ramai terlalu fokus nak cepat kurus samp...
17/05/2026

💖 DIET KETAT SAMPAI PERUT MULA PEDIH? JANGAN BIAR GASTRIK GANGGU KESIHATAN ANDA.

Ramai terlalu fokus nak cepat kurus sampai lupa badan perlukan penjagaan yang betul 😖
Bila makan tak teratur, skip meal, kurang tidur dan stress perut antara yang paling cepat “protes”.

Di Klinik Perubatan Raudhah, kami faham…
Bila badan mula tak selesa, rutin harian pun boleh terganggu.
Sebab tu penting untuk diet dengan cara yang lebih selamat, stabil dan mesra badan 💚

✨ Antara tips mudah untuk elak gastrik ketika diet:
✔️ Jangan skip makan
✔️ Makan dalam portion kecil tapi konsisten
✔️ Elakkan makanan yang trigger sakit perut
✔️ Minum air kosong secukupnya
✔️ Rehat & tidur yang cukup

💬 Diet yang betul bukan seksa diri tapi bantu badan jadi lebih sihat setiap hari.

🌙 Perut mula pedih waktu malam? Anda tak perlu tunggu pagi.
Klinik Perubatan Raudhah sedia membantu keluarga anda dengan rawatan yang mesra & dipercayai, 24 jam sehari.

📲 WhatsApp cawangan terdekat anda sekarang untuk dapatkan nasihat & rawatan.

💖 Klinik Perubatan Raudhah
Lebih dari rawatan, ianya kepercayaan.

🚨 TANDA-TANDA PENYAKIT BUAH PINGGANG YANG RAMAI SELALU ABAIKANBuah pinggang rosak bukan terus sakit teruk.Kadang-kadang ...
14/05/2026

🚨 TANDA-TANDA PENYAKIT BUAH PINGGANG YANG RAMAI SELALU ABAIKAN

Buah pinggang rosak bukan terus sakit teruk.
Kadang-kadang badan dah “bagi signal”, tapi kita tak sedar.

⚠️ Antara tanda yang perlu diberi perhatian:
• Kerap letih & badan lemah
• Bengkak kaki atau muka
• Kerap buang air kecil waktu malam
• Air kencing berbuih atau berdarah
• Hilang selera makan

Jangan tunggu sampai fungsi buah pinggang semakin merosot baru nak periksa.
Lagi awal dikesan, lagi tinggi peluang untuk dikawal.

💗 Di Klinik Perubatan Raudhah, kami sedia membantu anda dengan pemeriksaan kesihatan dan nasihat doktor yang jelas & mudah difahami.

📍Sayangi buah pinggang anda sebelum terlambat.
WhatsApp cawangan terdekat untuk pemeriksaan kesihatan hari ini.

Selamat Hari Jururawat Sedunia 🌷Terima kasih kerana menjadi tangan yang membantu, hati yang menenangkan, dan insan yang ...
12/05/2026

Selamat Hari Jururawat Sedunia 🌷
Terima kasih kerana menjadi tangan yang membantu, hati yang menenangkan, dan insan yang sentiasa kuat untuk pesakit ❤️

STRESS DAN DEPRESSION BUKAN BENDA YANG SAMA.Ada orang yang penat dan tertekan, masih mampu teruskan rutin harian. Tapi a...
10/05/2026

STRESS DAN DEPRESSION BUKAN BENDA YANG SAMA.

Ada orang yang penat dan tertekan, masih mampu teruskan rutin harian. Tapi ada juga yang sedang bertarung dengan kemurungan sehingga bangun dari katil pun terasa terlalu berat.

Bila seseorang mula hilang tenaga, hilang minat, hilang harapan, dan rasa hidup terlalu meletihkan… itu bukan malas. Itu bukan “kurang kuat”.

Mereka sedang sakit.

Dan seperti sakit lain, mereka perlukan sokongan, rawatan, dan orang yang memahami bukan hinaan atau tekanan untuk “kuat sendiri”.

Di Klinik Perubatan Raudhah, kami percaya kesihatan mental juga penting seperti kesihatan fizikal. Kadang-kadang, mendengar dengan tenang pun boleh menjadi langkah pertama untuk membantu seseorang kembali bernafas dengan lega.

Kalau anda atau orang sekeliling sedang bergelut secara emosi, jangan pendam sendiri.

Hubungi cawangan Klinik Raudhah terdekat untuk mendapatkan bantuan dan nasihat lanjut.

Lebih dari rawatan, ianya kepercayaan.

Kobis goreng tu memang sedap… tapi kalau terlalu hangit dan digoreng dengan minyak berulang kali, badan kita mungkin “ba...
07/05/2026

Kobis goreng tu memang sedap… tapi kalau terlalu hangit dan digoreng dengan minyak berulang kali, badan kita mungkin “bayar mahal” dalam jangka masa panjang.

Bila makanan digoreng pada suhu terlalu tinggi, ia boleh menghasilkan bahan seperti acrylamide yang dikaitkan dengan risiko kesihatan jika diambil terlalu kerap dalam tempoh lama.

Sebab itu, penting untuk kita lebih peka dengan:
• makanan yang terlalu hangit
• minyak yang sudah terlalu hitam
• tabiat makan bergoreng setiap hari

Bukan bermakna terus tak boleh makan ayam gepuk atau kobis goreng. Yang penting ialah keseimbangan dan kekerapan.

Kadang-kadang benda kecil yang kita ulang setiap hari… itulah yang memberi kesan besar pada kesihatan masa depan keluarga kita.

Nak mula jaga kesihatan keluarga dengan lebih baik?
Dapatkan pemeriksaan dan nasihat doktor di Klinik Perubatan Raudhah.

“Lebih dari rawatan, ianya kepercayaan.”

🚨 Bahaya Gula Tersembunyi Waktu PagiSecawan Milo ☕, oat segera 🥣, atau kopi 3-dalam-1 — nampak sihat dan mudah.Tapi haki...
06/05/2026

🚨 Bahaya Gula Tersembunyi Waktu Pagi

Secawan Milo ☕, oat segera 🥣, atau kopi 3-dalam-1 — nampak sihat dan mudah.
Tapi hakikatnya, minuman dan makanan ini boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan jika diambil setiap hari tanpa kawalan.

Bila paras gula dalam badan naik mendadak seawal pagi,
badan kita terpaksa bekerja lebih keras untuk mengawal gula tersebut — hari demi hari, tanpa henti.

Dalam jangka masa panjang, kesannya boleh jadi serius:
• Berat badan naik tanpa sedar 📈
• Risiko rintangan insulin semakin tinggi
• Kencing manis boleh datang secara senyap ⚠️

Jangan biarkan rutin harian ini terus memberi kesan kepada kesihatan keluarga kita.
Ingat, kesihatan sekeluarga bermula dari pilihan di meja makan — terutama waktu pagi.

📍 Jom buat pemeriksaan kesihatan di cawangan Klinik Perubatan Raudhah berdekatan sekarang sebelum terlambat!

Address

LOT PT 3374 & 3375, TINGKAT BAWAH, MUKIM LUBUK KAWAH, PUSAT BANDAR JERTEH
Jerteh
22000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Perubatan Raudhah 24 Jam Besut posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share