01/10/2020
Moisturizer sangat penting bagi wajah. Bukan sahaja untuk melembapkan kulit, tapi dapat bantu merawat kulit, antipenuaan kulit, elakkan dehidrasi pada wajah & kulit tampak glowing.
TIPS #1 : Jika anda mempunyai kulit yang kering dan mahu mosturizer anda berkesan, sapulah mosturizer betul-betul lepas anda mandi. Sebaiknya selepas mencuci muka. Ini kerana selepas mandi liang roma terbuka dan mosturizer akan diserap dengan lebih mudah.
TIPS #2 : Jika anda ingin memilih pelembap yang bagus, pilih pelembap yang mempunyai aroma lembut yang menarik minat anda, kulit anda rasa bagus bila memakainya dan yang penting sekali tidak meninggalkan sisa-sisa berminyak pada kulit anda.
TIPS #3 : pelembap yang berkualiti tidak akan merengsakan (kesan sakit / pedih) kulit anda dan tidak buat kulit anda rasa panas / terbakar.
TIPS #4 : Bagi mereka yang mempunyai kulit berminyak yang teruk atau mudah dinaiki jerawat mungkin harus elak daripada menggunakan pelembap jenis cream.
Any decent moisturizer should hydrate skin—but the best ones also soothe, fight free radical damage, protect skin from future damage, and heal your natural barrier.