02/09/2026
CUACA PANAS DI MALAYSIA – LINDUNGI DIRI DAN CEGAH STROK HABA🌞
Malaysia kini sedang mengalami cuaca panas dan kering. Pendedahan berpanjangan kepada suhu yang tinggi boleh meningkatkan risiko strok haba (heat stroke), dehidrasi serta pelbagai komplikasi kesihatan yang serius.
Orang ramai disarankan untuk mengambil langkah-langkah pencegahan berikut bagi mengelakkan heatstroke:
🌞 Minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.
🌞 Kurangkan aktiviti luar terutamanya antara 11 pagi hingga 4 petang.
🌞 Berlindung di tempat yang redup atau berhawa dingin.
🌞 Gunakan topi, payung atau pakaian yang sesuai apabila berada di luar.
🌞 Berikan perhatian kepada golongan berisiko seperti kanak-kanak, warga emas dan pesakit kronik.
Kenali tanda-tanda strok haba & jangan ambil ringan:
❗ Sakit kepala yang teruk.
❗ Pening dan loya.
❗ Suhu badan meningkat.
❗ Berpeluh berlebihan atau berhenti berpeluh.
❗ Denyutan nadi yang laju (tachycardia).
Sekiranya seseorang mengalami tanda-tanda strok haba:
🔖 Alihkan mangsa ke tempat yang sejuk dan berbumbung.
🔖 Longgarkan pakaian dan sejukkan badan menggunakan tuala atau kompres basah.
🔖 Berikan air jika mangsa masih sedar.
🔖 Dapatkan rawatan dengan segera di fasiliti kesihatan berhampiran.
Marilah kita bersama-sama mengamalkan langkah pencegahan bagi mengelakkan risiko strok haba, terutamanya ketika cuaca panas melampau. Kesihatan diri dan keluarga adalah tanggungjawab bersama.
Sumber: KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA