Pejabat Kesihatan Daerah Besut

Pejabat Kesihatan Daerah Besut Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pejabat Kesihatan Daerah Besut, Health & Wellness Website, Pejabat Kesihatan Daerah Besut, Kampung Raja.

โš  ๐๐ˆ๐‹๐€ ๐Œ๐„๐ƒ๐ˆ๐€ ๐‹๐”๐€๐‘ ๐๐„๐†๐€๐‘๐€ ๐๐”๐ ๐ƒ๐€๐‡ ๐“๐„๐†๐”๐‘โ€ฆ ๐“๐€๐Š๐Š๐€๐ ๐Š๐ˆ๐“๐€ ๐Œ๐€๐’๐ˆ๐‡ ๐Œ๐€๐‡๐” ๐‘๐ˆ๐‹๐„๐Š-๐‘๐ˆ๐‹๐„๐Š ๐‰๐„?Isu denggi di negara kita nampaknya bukan ...
24/08/2026

โš  ๐๐ˆ๐‹๐€ ๐Œ๐„๐ƒ๐ˆ๐€ ๐‹๐”๐€๐‘ ๐๐„๐†๐€๐‘๐€ ๐๐”๐ ๐ƒ๐€๐‡ ๐“๐„๐†๐”๐‘โ€ฆ ๐“๐€๐Š๐Š๐€๐ ๐Š๐ˆ๐“๐€ ๐Œ๐€๐’๐ˆ๐‡ ๐Œ๐€๐‡๐” ๐‘๐ˆ๐‹๐„๐Š-๐‘๐ˆ๐‹๐„๐Š ๐‰๐„?

Isu denggi di negara kita nampaknya bukan lagi perkara kecil. Apabila media antarabangsa mula melaporkan lonjakan kes denggi di Malaysia, itu tandanya situasi ini sudah berada di tahap yang amat membimbangkan. Tapi persoalannya, sejauh mana kita ambil peduli?

Statistik semasa menunjukkan angka yang cukup mengejutkan:

58,079 Kes Denggi telah direkodkan setakat ini.

55 Kematian akibat komplikasi denggi telah dilaporkan.

+56.2% Lonjakan mendadak berbanding tahun lalu.

Apa yang lebih menyedihkan, sebahagian besar tempat pembiakan nyamuk Aedes ini bukannya di kawasan pelupusan sampah yang jauh, tetapi di kawasan kediaman kita sendiri! Pasu bunga, bekas air yang tidak bertutup, saluran bumbung, dan sampah dalam halaman rumah menjadi 'rumah sewa percuma' untuk Aedes membiak.

Ingat, Nyamuk Aedes tak pernah rilek. Jadi, jangan kita p**a terlalu rilek!

Kematian akibat denggi adalah sesuatu yang boleh dicegah jika kita semua memainkan peranan. Mari kita luangkan masa sekurang-kurangnya 10 minit seminggu untuk periksa dan hapuskan kawasan takungan air di rumah masing-masing.

Jangan tunggu ada ahli keluarga kita yang terlantar di hospital baru kita nak bertindak. Cegah sebelum terlambat!

Public Health Malaysia

๐€๐Š๐“๐ˆ๐•๐ˆ๐“๐ˆ ๐‚๐€๐‘๐ˆ ๐ƒ๐€๐ ๐Œ๐”๐’๐๐€๐‡ ๐’๐„๐‘๐“๐€ ๐Š๐„๐๐„๐‘๐’๐ˆ๐‡๐€๐ ๐๐„๐‘๐’๐„๐Š๐ˆ๐“๐€๐‘๐€๐ ๐ƒ๐ˆ ๐‹๐Ž๐Š๐€๐‹๐ˆ๐“๐ˆ ๐–๐€๐๐€๐Š
24/08/2026

๐€๐Š๐“๐ˆ๐•๐ˆ๐“๐ˆ ๐‚๐€๐‘๐ˆ ๐ƒ๐€๐ ๐Œ๐”๐’๐๐€๐‡ ๐’๐„๐‘๐“๐€ ๐Š๐„๐๐„๐‘๐’๐ˆ๐‡๐€๐ ๐๐„๐‘๐’๐„๐Š๐ˆ๐“๐€๐‘๐€๐ ๐ƒ๐ˆ ๐‹๐Ž๐Š๐€๐‹๐ˆ๐“๐ˆ ๐–๐€๐๐€๐Š

๐Œ๐„๐’๐˜๐”๐€๐‘๐€๐“ ๐๐ˆ๐‹๐ˆ๐Š ๐†๐„๐‘๐€๐Š๐€๐ ๐–๐€๐๐€๐Š ๐ƒ๐„๐Œ๐€๐Œ ๐ƒ๐„๐๐†๐†๐ˆ ๐๐Š๐ƒ ๐๐„๐’๐”๐“Tarikh: 23/8/2026 (Ahad)Masa: 8.30 pagiTempat: Bilik Gerakan Pusat K...
24/08/2026

๐Œ๐„๐’๐˜๐”๐€๐‘๐€๐“ ๐๐ˆ๐‹๐ˆ๐Š ๐†๐„๐‘๐€๐Š๐€๐ ๐–๐€๐๐€๐Š ๐ƒ๐„๐Œ๐€๐Œ ๐ƒ๐„๐๐†๐†๐ˆ ๐๐Š๐ƒ ๐๐„๐’๐”๐“

Tarikh: 23/8/2026 (Ahad)
Masa: 8.30 pagi
Tempat: Bilik Gerakan Pusat Kawalan Penyakit

๐Š๐Ž๐๐•๐„๐๐’๐˜๐„๐ ๐ˆ๐๐Ž๐•๐€๐’๐ˆ ๐๐„๐’๐”๐“ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”19 Ogos 2026 - Pusat Kecemerlangan Kualiti Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Besut dengan tela...
24/08/2026

๐Š๐Ž๐๐•๐„๐๐’๐˜๐„๐ ๐ˆ๐๐Ž๐•๐€๐’๐ˆ ๐๐„๐’๐”๐“ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

19 Ogos 2026 - Pusat Kecemerlangan Kualiti Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Besut dengan telah menganjurkan Konvensyen Inovasi Besut 2026. Konvensyen kali ini telah dirasmikan oleh YBhg Dato Dr Wan Abdul Rahim Bin Wan Muhammad, Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu.

Konvensyen Inovasi Besut yang dianjurkan buat tahun keempat ini telah dilangsungkan di Dewan Alamanda wisma Persekutuan Besut. Tema konvensyen kali ini adalah Inovasi: Inovasi hari ini kesihatan lestari esok yang mana menekankan kepada kepentingan untuk anggota kesihatan mengubah segala rintangan dan halangan dalam perkhidmatan sebagai satu peluang keemasan untuk mencari solusi bagi tambahbaik perkhidmatan kesihatan.

Bagi edisi konvensyen inovasi kali ini, sebanyak 35 projek dari Pejabat Kesihatan Daerah Besut, Hospital Besut, PKD Marang, PKD Kuala Terengganu, PKD Dungun,PKD Hulu Terengganu, PKD Kemaman, PKPD Setiu, PKPD Besut, PKPD Marang, PKPD Kemaman, PKPD Kuala Terengganu. Kump**an ini terdiri daripada QA: 10 kump**an, KIK: 6 kump**an dan Inovasi: 19 kump**an berentap di dalam konvensyen Besut tahun ini. Konvensyen Inovasi Besut kali ini akan menjadi satu platform yang sesuai untuk melatih para peserta PKD Besut dan juga dari seluruh jabatan kesihatan negeri Terengganu dalam memantapkan lagi persediaan projek-projek sebelum berentap di peringkat yang lebih tinggi.

Majlis dimulakan nyanyian lagu Negaraku, Kami Sedia Membantu dan 3S, dan disusuli dengan bacaan ikrar, doa. Majlis diteruskan dengan ucapan aluan dari Pegawai Kesihatan Daerah Besut, Lt. Kol. Bersekutu (PA) Dr Hafizuddin Bin Awang, seterusnya dirasmikan oleh Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, YBhg Dato Dr Wan Abdul Rahim Bin Wan Muhammad. Turut hadir adalah Timbalan Kesihatan Negeri (Kesihatan Awam), Dr Mohd Anuar Bin Abd Rahman, timbalan-timbalan pengarah kesihatan negeri Terengganu, Ketua Penolong Pengarah Kanan (Sektor Perkembangan Kesihatan Awam), Dr Nur Baizura Aini Bt Abdullah, Pakar-pakar perubatan keluarga, warga kerja PKD Besut, urusetia serta para peserta Konvensyen Inovasi Besut 2026.

Barisan juri terdiri daripada pakar-pakar inisiatif kualiti dari:

Pertandingan Inovasi-
Ketua juri inovasi: En Mohd Syafiq Yusof, KPPK Farmasi JKNT

Pn Norhaslina Ngah, Timbalan Pengarah Akademik IKM

Dr Ahmad Hanafi Sulong, Pensyarah Veterinar Unisza

Dr Mohd Hanief Ahmad, Pegawai Kesihatan Daerah Kuala Terengganu

Pertandingan QA-
Ketua juri QA: Pn Siti Norizan Abdul Rani, Pegawai Farmasi HRPZ II

Dr Tengku Bahiah Tengku Lih, FMS attachment Dermatologi HSNZ

Dr Hasmani Hamat, KPPK II Sektor KPAS JKNT

Dr Nurul Asyikin Muhamad Noor Azlan, pegawai pergigian PKPD Dungun

Pertandingan KIK-
Ketua juri: Ustaz Husaini Ab Razab Ketua Pakar Rujuk KIK UITM cawangan Kelantan

En Tuan Nurul Alfisyahrin bin Mohd Zaki, Pen.Pengarah Bahagian Penyiasatan Kebakaran PgKB II

Berikut merupakan senarai pemenang Konvensyen Inovasi Besut bagi edisi 2026 ini:

Keputusan Inovasi proses/teknologi :
1) SIGAP UKT
Unit: kecemasan Hospital Besut
Tajuk: e-LOS Hospital Besut

2)FAST Q
Unit:PKD Hulu Terengganu
Tajuk: e-mysee

3)BEST Admin
Unit:Pengurusan PKD Besut
Tajuk: Portal PKD Besut

Keputusan Inovasi Produk/Perkhidmatan :
1) I-RAD X
Unit: Radiologi PKD Besut
Tajuk: X-Grip DDR Holder

2)AG- DENTA
Unit:PKPD Besut
Tajuk: Gigi manja.my - modul digital dental anticipatory guidance

3)SEQI
Unit:PKPD Setiu
Tajuk:SmoX - All in 1 KOTAK

Keputusan QA Oral:
1) Allopure QA
Unit: KK Kota Putera PKD Besut
Tajuk: Meningkatkan peratus pesakit gout dalam rawatan yang optimum diberi intervensi dalam tempoh 6 bulan di KK Kota Putera.

2)Dentrix
Unit:PKPD Setiu
Tajuk: Improving antibiotic prescribing practices in primary dental clinic in Setiu district.

3)RXperts
Unit: Farmasi Hospital Besut
Tajuk: Improving the percentage of patients using the Myubat system at outpatient pharmacy of Hospital Besut

Keputusan QA Poster:
1) Begonia
Unit: KK Jertih PKD Besut
Tajuk: Meningkatkan peratus keputusan pap smear dengan sel endoservikal di KK Jertih

2)KB Best
Unit:KK Kuala Besut PKD Besut
Tajuk: Meningkatkan peratus Hba1c 6.5% bagi pesakit DM dalam kalangan wanita reproduktif selepas intervensi di KK Kuala Besut

3)CCC-Rx (Counsel, compliance, care)
Unit: Farmasi PKD Dungun
Tajuk: Improving the percentage of follow up insulin counselling among diabetic patients at the pharmacy unit PKD Dungun

Keputusan KIK :
1) Smileverse squad
Unit: PKPD Marang
Tajuk: Dentelearn AR

2) Carevix team
Unit: Unit kesihatan keluarga, PKD Besut
Tajuk: Women care-on-the-go
Kategori: Penciptaan

3) Neo Medang
Unit: KK Seri Medang
Tajuk: MVP - Mutipurpose Versatile Pole
Kategori: Penambahbaikan

DOKUMENTASI TERBAIK KATEGORI KIK
Smileverse squad
PKPD Marang

PKD Besut merakamkan ucapan tahniah buat jawatankuasa penganjur dan semoga semangat berinovasi terus subur dalam diri setiap anggota.

๐Ÿšจ KES DENGGI MENINGKAT: TERENGGANU ANTARA NEGERI YANG PERLU BERWASPADA!Berdasarkan perbandingan jumlah kes demam denggi ...
21/08/2026

๐Ÿšจ KES DENGGI MENINGKAT: TERENGGANU ANTARA NEGERI YANG PERLU BERWASPADA!

Berdasarkan perbandingan jumlah kes demam denggi sehingga 15 Ogos 2026 berbanding tempoh yang sama pada tahun 2025, trend peningkatan kes masih ketara di beberapa negeri.

๐Ÿ“Š Terengganu mencatatkan 196 kes sehingga 15 Ogos 2026, berbanding 115 kes bagi tempoh yang sama pada tahun 2025.

Ini merupakan peningkatan sebanyak 70%, menjadikan Terengganu antara negeri yang mencatatkan peningkatan kes denggi yang tinggi.

Secara keseluruhan, peningkatan kes turut direkodkan di 12 negeri/WP, dengan peningkatan tertinggi dicatatkan oleh Perlis (+207%), diikuti Johor (+109%) dan WP Kuala Lumpur & Putrajaya (+106%).

Walaupun terdapat negeri yang menunjukkan penurunan kes seperti Kedah (-60%), Melaka (-36%) dan Pulau Pinang (-26%), peningkatan kes di banyak negeri menunjukkan bahawa ancaman denggi masih perlu diberi perhatian serius.

๐ŸฆŸ Denggi boleh dicegah, tetapi pencegahan bermula daripada kita.

Ayuh bersama-sama:
โœ… Hapuskan tempat pembiakan Aedes di dalam dan sekitar rumah
โœ… Luangkan 10 minit seminggu untuk mencari dan memusnahkan bekas yang boleh menakung air
โœ… Pastikan longkang dan kawasan persekitaran tidak menjadi tempat pembiakan nyamuk
โœ… Segera dapatkan pemeriksaan sekiranya mengalami demam berterusan atau gejala yang mencurigakan
โœ… Jadikan Persekitaran Bersih, Tiada Aedes, Tiada Denggi sebagai amalan bersama

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Terengganu, ayuh kita bersama-sama bendung denggi!

Jangan tunggu sehingga ada kes di rumah atau kawasan kita.
Hapuskan tempat pembiakan Aedes hari ini!

๐ŸฆŸ OPS PANTAS UGAT-UGAT 2026 | DAERAH BESUT๐Ÿ“… 20 Ogos 2026๐Ÿ“ Daerah Besut, TerengganuPejabat Kesihatan Daerah Besut melalui...
21/08/2026

๐ŸฆŸ OPS PANTAS UGAT-UGAT 2026 | DAERAH BESUT

๐Ÿ“… 20 Ogos 2026
๐Ÿ“ Daerah Besut,
Terengganu

Pejabat Kesihatan Daerah Besut melalui Unit Inspektorat (UIP) dengan kerjasama Unit Vektor telah melaksanakan OPS PANTAS UGAT-UGAT 2026 bertemakan Tapak Bina, Kedai Barang Lusuh & Bengkel.

Operasi ini turut dilaksanakan secara serentak di seluruh daerah di Negeri Terengganu, melibatkan pasukan penguatkuasaan dan kesihatan persekitaran di setiap daerah bagi memperkukuhkan pemantauan serta tindakan kawalan terhadap tempat-tempat berisiko menjadi lokasi pembiakan nyamuk Aedes.

Bagi Daerah Besut, operasi melibatkan 20 anggota yang dibahagikan kepada 4 pasukan. Sebanyak 14 premis telah diperiksa, melibatkan:
๐Ÿ”น 3 tapak bina
๐Ÿ”น 6 bengkel
๐Ÿ”น 4 kedai barang lusuh
๐Ÿ”น 1 kedai makan

Hasil pemeriksaan mendapati 11 premis positif dengan 11 bekas positif. Sebanyak 11 cadangan kompaun dengan nilai keseluruhan RM5,500.00 telah dikemukakan, manakala 7 notis Seksyen 8 turut dikeluarkan.
Tiada arahan penutupan dan tindakan mahkamah direkodkan sepanjang operasi.

๐Ÿ“ข Pelaksanaan operasi secara serentak ini mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkukuhkan aktiviti pencegahan dan kawalan denggi melalui pemantauan, penguatkuasaan serta tindakan awal di lokasi berisiko.

Kerjasama pemilik premis amat penting dalam memastikan persekitaran sentiasa bersih dan bebas daripada tempat pembiakan Aedes.

๐Ÿ’ช Hapuskan tempat pembiakan Aedes. Cegah denggi, lindungi komuniti!








๐‘ท๐™€๐‘น๐™๐‘จ๐™‰๐‘ซ๐™„๐‘ต๐™‚๐‘จ๐™‰ ๐™‹๐‘ฐ๐˜พ๐‘ฒ๐™‡๐‘ฌ๐˜ฝ๐‘จ๐™‡๐‘ณ ๐‘ท๐™๐‘ถ๐™‚๐‘น๐˜ผ๐‘ด ๐‘ท๐™€๐‘ต๐™‚๐‘ผ๐™๐‘ผ๐™Ž๐‘จ๐™‰ ๐˜ฝ๐‘ฌ๐™๐‘จ๐™ ๐˜ฝ๐‘จ๐˜ฟ๐‘จ๐™‰ ๐™‹๐‘ฒ๐˜ฟ ๐˜ฝ๐‘ฌ๐™Ž๐‘ผ๐™ Besut Fix to Fit โ€“ Sihat, Cergas & Aktif Bersama! Unit ...
20/08/2026

๐‘ท๐™€๐‘น๐™๐‘จ๐™‰๐‘ซ๐™„๐‘ต๐™‚๐‘จ๐™‰ ๐™‹๐‘ฐ๐˜พ๐‘ฒ๐™‡๐‘ฌ๐˜ฝ๐‘จ๐™‡๐‘ณ ๐‘ท๐™๐‘ถ๐™‚๐‘น๐˜ผ๐‘ด ๐‘ท๐™€๐‘ต๐™‚๐‘ผ๐™๐‘ผ๐™Ž๐‘จ๐™‰ ๐˜ฝ๐‘ฌ๐™๐‘จ๐™ ๐˜ฝ๐‘จ๐˜ฟ๐‘จ๐™‰ ๐™‹๐‘ฒ๐˜ฟ ๐˜ฝ๐‘ฌ๐™Ž๐‘ผ๐™

Besut Fix to Fit โ€“ Sihat, Cergas & Aktif Bersama!

Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan & Alam Sekitar (KPAS), Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Besut telah menganjurkan Pertandingan Pickleball yang melibatkan peserta Program Pengurusan Berat Badan PKD Besut.

Pertandingan ini merupakan salah satu inisiatif Unit KPAS dalam menggalakkan gaya hidup sihat serta meningkatkan tahap kecergasan fizikal dalam kalangan warga kerja. Aktiviti sukan secara santai dan menyeronokkan seperti pickleball turut menjadi medium untuk mengeratkan hubungan silaturahim, memupuk semangat kesukanan dan menggalakkan penyertaan aktif dalam aktiviti fizikal.

Objektif pertandingan:
โ€ข Menggalakkan peserta mengamalkan gaya hidup aktif dan sihat.
โ€ข Meningkatkan kecergasan fizikal melalui aktiviti sukan.
โ€ข Mewujudkan suasana kerja yang lebih positif dan menyeronokkan.
โ€ข Mengeratkan hubungan serta semangat berpasukan antara peserta Program Pengurusan Berat Badan.
โ€ข Menyokong usaha berterusan dalam pengurusan berat badan secara sihat dan holistik.

Program ini turut dimeriahkan dengan kehadiran Pegawai Kesihatan Epidemiologi Daerah Besut, Dr Mardhiyyah Bt Azmi. Beliau juga turut serta menyertai pertandingan ini.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan penghargaan kepada semua peserta yang telah memberikan komitmen serta semangat kesukanan yang tinggi sepanjang pertandingan.

Unit KPAS PKD Besut

๐Ÿšจ OPS RUTIN AKTA 852 ๐Ÿšจ๐Ÿ“… 19 Ogos 2026๐Ÿ“ Sekitar Daerah BesutPejabat Kesihatan Daerah Besut telah menjalankan OPS RUTIN AKT...
20/08/2026

๐Ÿšจ OPS RUTIN AKTA 852 ๐Ÿšจ

๐Ÿ“… 19 Ogos 2026
๐Ÿ“ Sekitar Daerah Besut

Pejabat Kesihatan Daerah Besut telah menjalankan OPS RUTIN AKTA 852 di sekitar daerah Besut bagi memastikan pematuhan terhadap Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852).

Pemeriksaan dan pemantauan dilaksanakan secara berkala di premis-premis terpilih bagi memastikan pemilik, pengusaha, pekerja serta orang awam sentiasa mematuhi peruntukan yang ditetapkan.

๐Ÿ“ข Peringatan dan nasihat turut diberikan secara berterusan agar semua pihak sentiasa peka terhadap larangan merokok dan mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan pematuhan dikekalkan.

Pemantauan secara berkala akan terus dilaksanakan sebagai usaha meningkatkan kesedaran, menggalakkan pematuhan berterusan serta mewujudkan persekitaran yang lebih sihat dan bebas daripada asap rokok.









๐—ž๐—จ๐—ฅ๐—ฆ๐—จ๐—ฆ ๐—ž๐—”๐—จ๐—ก๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—œ๐—ก๐—š ๐—›๐—œ๐—ฉ/๐—ฆ๐—ง๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ง ๐——๐—”๐—˜๐—ฅ๐—”๐—› ๐—•๐—˜๐—ฆ๐—จ๐—ง ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐ŸฒTarikh : 17 Ogos 2026Tempat : Bilik Seminar KK Kota PuteraMasa : 8 ...
17/08/2026

๐—ž๐—จ๐—ฅ๐—ฆ๐—จ๐—ฆ ๐—ž๐—”๐—จ๐—ก๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—œ๐—ก๐—š ๐—›๐—œ๐—ฉ/๐—ฆ๐—ง๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ง ๐——๐—”๐—˜๐—ฅ๐—”๐—› ๐—•๐—˜๐—ฆ๐—จ๐—ง ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

Tarikh : 17 Ogos 2026
Tempat : Bilik Seminar KK Kota Putera
Masa : 8 pagi - 4 petang
Peserta : 40 orang

Objektif :
- Meningkatkan pengetahuan dan kefahaman mengenai HIV dan STI, termasuk aspek transmisi, pencegahan, diagnosis, rawatan serta kepentingan pengesanan dan rawatan awal.
- Memahami prinsip dan kemahiran asas kaunseling HIV/STI, khususnya dalam memberikan maklumat yang tepat, empati dan berorientasikan pesakit.
- Meningkatkan kemahiran menjalankan pre-marital counselling berkaitan HIV/STI, termasuk penilaian risiko, pencegahan jangkitan dan komunikasi dengan pasangan.
- Memahami prinsip pre-HAART counselling dan post-HAART counselling, termasuk persediaan memulakan rawatan, kepatuhan kepada rawatan, pemantauan rawatan serta sokongan berterusan kepada pesakit.
- Meningkatkan kesedaran terhadap stigma dan diskriminasi terhadap individu yang hidup dengan HIV serta menggalakkan pendekatan kaunseling yang tidak menghakimi, empati dan menghormati maruah pesakit.
- Memahami kepentingan privasi dan kerahsiaan maklumat pesakit dalam pengurusan dan kaunseling HIV/STI serta mengamalkan prinsip confidentiality dalam situasi klinikal.
Aktiviti :
- Ceramah tentang pengenalan HIV oleh Dr Ahmad Dandarawi b. Ismail, Pakar Perubatan Keluarga KKPA
- Ceramah tentang pre-marital screening oleh SN Siti Aida bt. Sapiei, Kaunselor HIV KKKB
- Ceramah tentang pre-haart kaunseling oleh PPP Afiqah Nur Hanan bt. Abdullah, Kaunselor HIV, KK JABI
- Ceramah tentang post-haart kaunseling oleh SN Rotina bt. Harun, Kaunselor HIV, KKPL
- Aktiviti role-play berdasarkan senario-senario yang diberi melibatkan semua peserta.
- Sesi pembahagian hadiah

Jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan kursus ini sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Address

Pejabat Kesihatan Daerah Besut
Kampung Raja
22200

Telephone

+6096958700

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Kesihatan Daerah Besut posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share