15/08/2026
[INFOGRAFIK] πΏ TAHUKAH ANDA? | JERUK MAMAN, CITA RASA TRADISI PERLIS
Kalau di Perlis, sebut Jeruk Maman memang ramai yang kenal!
Jeruk maman merupakan makanan tradisional yang cukup sinonim dengan masyarakat di negeri Perlis.
Hidangan ini diperbuat daripada pucuk atau daun muda tumbuhan Maman atau nama saintifiknya disebut Cleome gynandra, iaitu sejenis tumbuhan renek yang tumbuh secara liar di kawasan tanah berpasir dan terbuka.
Daun maman yang bertekstur lembut dan sedikit pahit ini diproses secara tradisional menjadi jeruk, lalu dihidangkan sebagai pembuka selera yang menyegarkan.
Sejak zaman dahulu, proses penjerukan telah digunakan oleh masyarakat kampung sebagai kaedah pengawetan makanan semula jadi. Kaedah ini membolehkan bekalan daun maman disimpan lebih lama, terutamanya ketika musim kemarau atau selepas musim menuai.
Klik pautan untuk info lanjut https://share.google/UlSkX5OVFP03YICmi
Hangpa pernah makan Jeruk Maman? Kalau pernah, paling ngam makan dengan lauk apa? π