08/09/2026
Sesi Rawatan Bermula semula esok 9 September 2026 !
Alhamdulillah setelah selesai Pemulihan pusat rawatan fasa satu, sesi rawatan dapat bermula semula
Walaupun agak kekurangan, kita akan jalankan juga sesi rawatan berikutan keperluan masyarakat setempat yang menunggu hampir sebulan lebih untuk dapatkan rawatan
Mohon maaf juga andai ada ketidakselesaan nanti ya berikutan keadaan tempat yang masih belum sempurna
Pemulihan pusat rawatan fasa dua akan diteruskan juga iaitu memulih dan membangunkan ruang solat, majlis zikir, rawatan dan serbaguna. Pemulihan fasa dua ini berkemungkinan mengambil masa yang agak lama kerana unit ini hampir 100% terbakar dan memerlukan kos agak besar
Teruskan berdoa memberi sokongan dan salurkan sumbangan. Mudah²an ruang yang dibina nanti kita sama² dapat pahala yang mengalir kerana aktiviti disana semata-mata kerana Allah dan Rasulnya =)
Waktu Rawatan Terkini
Rabu : 9 malam - 11 malam
Sabtu : 9 pagi - 1 petang
Ahad : 9 pagi - 1 petang
Rawatan adalah percuma. Jika ingin menyumbang, ada tabung dan qr disediakan
Barakallahufikum !