25/10/2020
Kenapa anda perlu dapatkan Starter Bundle Kit Young Living ini?🤔
Jawapan nya ada di sini⏬
Hari ini, saya ingin berkongsi ilmu tentang SYNTHETIC VS THERAPEUTIC ESSENTIAL OIL.
Saya rasa anda semua pernah dengar frasa AROMATERAPI kan? Dah pop**ar sgt frasa tu, tetapi THERAPEUTIC ESSENTIAL OILS mmg jarang dgr, malah ada yg kata THERAPEUTIC EO ni sebenarnya tak wujud pun. Setakat nama nak kasi glamour jer.. heehe.. nak jual produk katakan..Ahaks!
Sebelum saya bercerita lanjut tentang isu ini, saya nak bawa anda semua imbas kembali pewangi2 rumah yg anda pernah gunakan. Ada yg semurah RM 5 di Daiso atau Hinode, sehingga yg mahal seperti Lamberger yg beratus2 harganya. Kedua2 produk ini harus di titis minyaknya kemudian dibakar untuk mengeluarkan bau. Kenapa ada perbezaan harga, kalau hanya fungsinya untuk mewangikan rumah? Sudah tentu antara keduanya ada perbezaan dari banyak segi termasuklah segi kualiti, setuju tak? Samalah seperti industri Essential Oil, terdapat ribuan jenama di luar sana dan harganya berbeza, kadang-kadang dalam satu syarikat yg sama, siap ada dua gred EO yg berbeza. Jika benar SEMUA EO itu sememangnya bersifat "THERAPEUTIC" dan BERKUALITI, mengapa perlu ada dua gred yg berbeza p**a harganya?
Saya tak berminat nak cerita pasal produk org lain, cuma saya bg contoh untuk anda lebih terbuka menerima Young Living Essential Oil sebagai salah satu minyak yg mampu memberikan kesan "therapeutic" kepada pemakainya.
Kalau kita lihat makna THERAPEUTIC di Merriam Webster Learners Dictionary, ia bermakna "producing good effects on your body or mind" dan "of or relating to the treatment of illness". Dan saya yakin semua pengguna YLEO setuju yg mereka merasai sendiri kesan EO kepada tubuh badan dan minda masing-masing kan? Ia juga digunakan sebagai salah satu rawatan terhadap penyakit yg dihidapi. Jadi, saya tidak nampak kenapa frasa THERAPEUTIC itu seolah2 satu "dosa" bila digunakan.
Cuma ia jadi satu frasa yg di "manip**asikan" apabila ada pihak yg sewenang-wenangnya guna frasa tersebut untuk melariskan produk mereka dan saya rasa ini sebenarnya bukanlah sesuatu yg pelik. Sebagai contoh,produk minuman KOPI TONGKAT ALI yg ada di pasaran tu entah2 tak sampai 2% pun kandungan Tongkat Alinya.. tp iklan bukan main gah sampai melucah pun ada kan? Tulis khasiat Tongkat Ali penuh brochure tp minum sebaldi kopi Tongkat Ali pun belum tentu anda dpt khasiat sebenar Tongkat Ali tu! Silap2 dpt Kencing Manis! Lg haru!
Sebab tu kita sebagai Pengguna, do our own research. Jangan percaya bulat2 apa saya kata, jgn terpengaruh dgn tulisan saya, do your homework before you decide to use YLEO, before you decide to change your lifestyle with YOUNG LIVING. Saya sgt gembira bila ramai rakan-rakan saya baik dari rakan sekolah, rakan University dan rakan perniagaan saya yg merupakan penyokong tegar produk alami dan ramai yg terlibat dlm bidang terapi mula melihat YLEO sebagai salah satu alternative buat mereka. Saya tahu ia bukan mudah utk mereka mempercayainya kerana latar belakang ilmu mereka tetapi apabila mendapat kepercayaan itu, saya sgt menghargainya. :) Terima Kasih di atas kepercayaan anda semua pada saya,pada OilyLicious™ Team.:)
Bukan mudah sebenarnya nak dapatkan THERAPEUTIC EO ini. Untuk mendapatkan minyak bergred terapi yg sebenar, ia mesti bermula dari benih yg sempurna, yg perfect, kemudiannya di tanam di tanah dan kawasan dan persekitaran yg bersih dan tidak pernah dicemari dgn sisa-sisa bahan kimia,wajib dituai pada masa yg tepat untuk memastikan tahap kualiti minyaknya tinggi dan apabila mahu mendapatkan minyak melalui proses penyulingan berwap, ia akan disuling menggunakan suhu yg rendah serta tekanan yg rendah. Semua proses ini SANGAT PENTING bg menghasilkan EO yg dapat memberikan nilai therapeutic kepada manusia. Di YL, semua proses ini di panggil SEED TO SEAL™.
Bagaimana p**a MINYAK SYNTETHIC dicipta? Saintis di lab mempunyai mesin yg dipanggil "gas chromatographs" dan menggunakannya untuk mengenalpasti kandungan serta komponen yang ada di dalam sesuatu minyak. Ini dikenali sebagai "formula". Saintis kemudiannya mengambil formula semulajadi yg ada di dalam minyak tersebut, mengubah dan menciptanya semula di dalam lab dan membuat apa yg dinamakan versi "sintetik". *
Dictionary.com mendefinasikan maksud SINTETIK sebagai:
"Pertaining to compounds formed through a chemical process by human agency, as opposed to those of natural origin." Atau dalam bahasa mudahnya: TIRUAN!*
Apa masalahnya kalau TIRUAN sekalipun? Well, setuju tak kalau saya kata begini: *Proses mengambil sesuatu yg natural atau alami dari alam sekeliling dan kemudian menciptanya kembali di dalam lab akan menyebabkan perubahan terhadap ciptaan semulajadi oleh Yang Maha Berkuasa? Tuhan telah mencipta tumbuhan tertentu untuk menjalankan "kerjanya" dengan sempurna terhadap tubuh manusia, dan versi sintetik ini TIDAK MENJALANKAN PENYEMBUHAN yg sama terhadap tubuh kita . *
Satu lagi yg harus kita fikirkan bersama, walaupun kini kita tinggal di era teknologi yg berkembang pesat, kita masih belum mempunyai teknologi super hebat untuk mengenalpasti KESEMUA KANDUNGAN DAN KOMPONEN yg ada di dalam setiap jenis EO. Saintis memanggil kandungan atau komponen yang tidak dpt dikenal pasti ini sebagai "constituents" yg bermaksud "sebahagian dari sesuatu" (a part of something). *
Jadi, secara logiknya, jika kita tidak tahu KESELURUHAN "KANDUNGAN @ KOMPONEN" dalam sesuatu minyak itu, bagaimana mungkin dapat kita menciptanya semula di dalam lab dengan SEMPURNA seperti yg asal? Kemungkinan untuk kita kehilangan bahagian2 yg penting yg ada di dalam minyak semulajadi itu tinggi (apabila ia dicipta semula di dalam lab). Dan siapa tahu jika bahagian-bahagian inilah sebenarnya yg tubuh badan kita perlukan untuk penyembuhan!* Kerana itu, minyak sintetik tidak akan dapat menggantikan khasiat minyak semulajadi untuk menyembuhkan manusia.
Maka, sebagai pengguna, berhati-hati dgn apa yg anda pakai, sapu, hidu dan ambil secara external @ internal. Apatah lagi bila anda mahu gunakan untuk bayi, anak kecil dan keluarga anda. Apa yg anda lakukan sekarang akan memberi kesan pada masa akan datang. Jika anda merasakan kesihatan anda masih belum dpt dipulihkan dengan produk yg anda gunakan sekarang, semak kembali produk anda. Adakah ianya benar2 semulajadi atau sebenarnya ia sudah bercampur dengan unsur2 sintetik? Adakah ia setakat memberi kelegaan sementara atau memulihkan dan menyembuhkan penyakit anda?
Sebagai contoh, anda pening apabila menghidu bau Lavender. Kemungkinan besar bukan Lavender itu yg buatkan anda rasa pening tetapi unsur sintetik yg telah bercampur dgn Lavender tersebut yg menyebabkan anda rasa pening apabila menghidunya. Ia pernah berlaku kepada pelanggan saya. Tidak s**a bau Lavender selama ini, tetapi apabila diberikan bau Lavender YLEO, beliau cukup s**a hingga rasa tenang dan tertidur dengan mudah, padahal sebelum ini, bau Lavender pun tak boleh. Beliau hairan tp pada saya, tiada apa yg nak dihairankan, Lavender YLEO ini dari alam semulajadi, tiada unsur sintetik maka kesannya juga semulajadi tanpa bau yg memeningkan kerana Tuhan mencipta Lavender sememangnya untuk ketenangan.
Dan s**a sekali lagi saya beritahu, YLEO TIDAK BOLEH DIBAKAR MINYAKNYA. Ia akan menyebabkan kandungan dan komponen yg ada di dalam minyak tadi berubah dan healing properties yg ada juga akan hilang. Anda boleh gunakan Ultrasonic Diffuser sebagai salah satu cara memanfaatkan YLEO dan melepaskan molekul2 halus minyaknya ke udara dan secara tidak langsung, ia dapat dimanfaatkan oleh orang sekeliling.
Saya harap perkongsian saya tentang SYNTHETIC vs THERAPEUTIC EO ini dpt membantu anda serba sedikit memahami tentang isu2 seperti kenapa EO mahal, kenapa YLEO boleh di ambil secara ingestion dan oral, kenapa EO tidak boleh dibakar dan pelbagai lagi manfaat lain, Insya Allah. Bertemu lagi di perkongsian akan datang. :)
Crdt to Teacher Watie
*info di olah dari buku Chemistry of Essential Oils Made Even Simpler by Michelle M. Truman, ED.