04/10/2020
BAGAIMANA SINAR UV MEMUSNAHKAN KOLAGEN DAN PENYEBAB KULIT JADI TUA?
Semasa UVB sibuk mutasikan DNA dan buat kulit sunburn dilapisan kulit paling atas(epidermis), UVA masuk kedalam lapisan kulit yang paling dalam dan tebal iaitu dermis.
[Dermis adalah lapisan kulit paling kaya kolagen dan elastin. Buat kulit nampak muda dan glowing]
Kolagen ialah salah satu jenis protein, ibarat tiang penyokong kulit.
UVA tidak merosakkan kolagen secara terus. Ia akan mengaktifkan receptors yang menghasilkan musuh utama kulit iaitu matrixmetalloproteinases (enzim pemakan kolagen).
Enzim ini hanya ada satu tujuan hidup iaitu musnahkan kolagen. Walaupun terkena sikit saja sinar UVA, reseptor ini automatik menghasilkan enzim dan membuat kulit tua dengan cepat.
Radiasi UVA juga menghalang penerima vitamin A di sel kulit. Vitamin A sangat penting untuk pertumbuhan sel-sel baru. Tapi pabila tiada sel baru yang terhasil,kesannya kulit akan menipis dan kusam. Masa tu, makan banyak² sayur dan buah pun tak boleh bantu.
BUKTI KESAN UVA BOLEH MENYEBABKAN PENUAAN KULIT
Bill McElligott (gambar 1) pemandu lori selama 28tahun. Pada tahun 2012, diagnosis keatas kulit beliau mengejutkan para dermatologis. Kes ini menunjukkan kesan kerosakan akibat terdedah kepada sinar UVA melalui cermin lori yang tidak digelapkan. Akibatnya sebelah kiri wajah beliau rosak teruk dan kelihatan 20 tahun lebih tua.
CARA MENCEGAH KEROSAKAN KULIT AKIBAT SINAR MATAHARI
√ Cari tempat teduh bila perlu. Ingat, sinar UV paling kuat antara 10 pagi hingga 2 petang & bila bayang² kita lebih pendek.
√ Pakai seperti baju lengan panjang, topi dan cermin mata bila perlu.
√ Berhati-hati bila berada dekat dengan air dan tempat berpasir sebab ia boleh memantulkan sinar UV berbahaya kepada kita.
√ Dapatkan vitamin D dengan cara lebih selamat, melalui pemakanan sihat dan suplemen vitamin D.
(nak vitamin D boleh wasap eyqa)
√ Pakai Sunscreen, American Academy of Dermatology mencadangan semua orang menggunakan sunscreen yang mempunyai ciri-ciri berikut:
👉 Broad Spectrum (halang UVA/UVB)
👉 SPF 30 dan keatas
Jom dapatkan Noir Skincare & Cosmetic
Eyqa Hapiz 018 - 326 3309
ℹ Link order/pertanyaan di Bio