04/08/2026
✨ Program Eat Well, Speak Well, Smile Well, Age Well!✨
Pada 3 Ogos 2026 (ISNIN), telah berlangsung dengan jayanya Program Kelab Warga Emas, Klinik Kesihatan Bandar Botanik dengan kerjasama antara Unit Terapi Pertuturan (ST), Dietetik, dan Klinik Pergigian Bandar Botanik bertemakan Eat Well, Speak Well, Smile Well, Age Well ❤️😁
📌 Ringkasan Aktiviti:
🎤 Sesi Ceramah:
1. Ceramah Pergigian: Perkongsian berharga mengenai penjagaan gigi, gusi, kebersihan mulut, serta penggunaan gigi palsu dengan betul oleh Dr. Ang.
2. Ceramah Terapi Pertuturan: Sesi oleh Puan Wan Norsyuhada Binti Wan Mahamad yang mengupas isu masalah penelanan dan komunikasi di kalangan warga emas.
🏆 4 Aktiviti & Cabaran Menarik:
1. 🗣️ Cabaran Suara Emas
2. 🥗 Cabaran Pinggan Sihat
3. 🩺 Cabaran Menelan/ Penelanan Selamat
4. 😬 Cabaran Mengunyah - Pertandingan Salad High Protein, Easy to Chew
Terima kasih diucapkan kepada semua penceramah, jawatankuasa pelaksana, serta para peserta warga emas yang sangat sporting dan bersemangat sepanjang program berlangsung!
Semoga ilmu dan pengalaman yang diperoleh dapat membantu melahirkan warga emas yang lebih sihat, yakin, dan ceria. 🥳🎉