Unit Promosi Kesihatan PKD Kota Bharu-UPKKB

Unit Promosi Kesihatan PKD Kota Bharu-UPKKB Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Unit Promosi Kesihatan PKD Kota Bharu-UPKKB, Kota Bharu.

TEMPAT AEDES MEMBIAK LEBIH DEKAT DARIPADA YANG KITA SANGKA. Jangan hanya periksa kawasan luar rumah. Aedes juga boleh me...
05/06/2026

TEMPAT AEDES MEMBIAK LEBIH DEKAT DARIPADA YANG KITA SANGKA.

Jangan hanya periksa kawasan luar rumah. Aedes juga boleh membiak di tempat kecil dan tersembunyi seperti bekas tadahan penapis air, pelapik rak pinggan, baldi, kolah air, bekas bunga hiasan, bekas letak berus gigi dan mana-mana bekas kecil yang boleh menakung air.

Nampak air bertakung? Jangan biarkan.

Buang, bersihkan atau terus musnahkan sebelum menjadi tempat pembiakan Aedes.

Bagi anda yang merancang untuk ke luar negara atau baru sahaja pulang, KKM ingin mengingatkan semua agar sentiasa mengut...
05/06/2026

Bagi anda yang merancang untuk ke luar negara atau baru sahaja pulang, KKM ingin mengingatkan semua agar sentiasa mengutamakan kesihatan dan keselamatan diri sepanjang perjalanan.

Walaupun risiko jangkitan penyakit Ebola kepada orang awam di Malaysia ketika ini adalah rendah, mengambil langkah awal pencegahan itu amat penting!

Ikuti panduan sebelum perjalanan, semasa di negara terjejas dan selepas pulang ke Malaysia.

KKM sentiasa memantau situasi semasa dan memperkukuh kesiapsiagaan negara demi keselamatan kita semua.

Elak panik, kekal waspada. Terus amalkan kebersihan diri yang optimum walau di mana jua anda berada!



Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama

Seluruh Warga Bahagian Pendidikan Kesihatan mengucapkan Selamat Ulang Tahun Kelahiran dan Selamat Bersara kepada Pn. Sur...
05/06/2026

Seluruh Warga Bahagian Pendidikan Kesihatan mengucapkan Selamat Ulang Tahun Kelahiran dan Selamat Bersara kepada Pn. Suraiya Syed Mohamed, Pengarah Bahagian Pendidikan Kesihatan.

Pasar malam penuh dengan warna,
Berbagai juadah menarik selera;
Kata-kata puan cukup bermakna,
Kami jadikan azimat sepanjang kerjaya

Tuai padi tinggal jerami,
Mega petang berteduh redup;
Dunia persaraan bakal di alami
Moga tenang nikmati hidup

Sambil kita sibuk membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidiladha dan ibadah korban, jangan lupa tentang "tetamu" yang t...
24/05/2026

Sambil kita sibuk membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidiladha dan ibadah korban, jangan lupa tentang "tetamu" yang tidak diundang β€” ya ! si nyamuk Aedes! 🦟

Semasa raya nilah banyak bekas makanan, tin minuman, botol kosong, malah buluh lemang yang terbiar boleh menjadi tempat takungan air. Jangan biarkan ia jadi tempat pembiakan Aedes!

Jom amalkan langkah mudah ini:
1️⃣ Kumpul semua bekas kosong, plastik, polisterin, atau buluh lemang.
2️⃣ Ikat kemas dalam beg plastik.
3️⃣ Segera buang ke dalam tong sampah.

Luangkan masa sekurang-kurangnya 10 minit bersama keluarga untuk kemas kawasan rumah. Sama-sama kita jayakan aktiviti Cari dan Musnah tempat pembiakan nyamuk aedes ini demi kesihatan keluarga tersayang!

⚠️ Waspada dengan Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD)Penyakit HFMD adalah penyakit jangkitan kanak-kanak di mana ruam...
24/05/2026

⚠️ Waspada dengan Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD)

Penyakit HFMD adalah penyakit jangkitan kanak-kanak di mana ruam lepuh muncul di tangan, kaki dan kawasan lampin serta ulser dalam mulut.

Perhatikan tanda-tanda jangkitan HFMD pada anak anda. Sekiranya ada,

πŸ‘‰ anak anda perlu dikuarantin supaya tidak menjangkiti kanak-kanak lain.
πŸ‘‰ elakkan berkongsi alatan peribadi, makanan dan permainan anak anda yang dijangkiti HFMD dari anak yang lain.
πŸ‘‰ jangan hantar anak ke taska / tadika / sekolah.
πŸ‘‰ kerap lakukan pembersihan dan disinfeksi pada alatan dan permukaan yang kerap disentuh oleh anak.

JAGA KEBERSIHAN DIRI DAN PERSEKITARAN DEMI MENCEGAH HFMD DARI MENJANGKITI ANAK ANDA.


πŸ˜‡Stres adalah keadaan resah, cemas, tegang dan sebagainya akibat tekanan mental atau fizikal.Stres adalah normal pada si...
24/05/2026

πŸ˜‡Stres adalah keadaan resah, cemas, tegang dan sebagainya akibat tekanan mental atau fizikal.

Stres adalah normal pada situasi tertentu. Namun cara anda mengurus stres mampu memberikan impak positif atau sebaliknya kepada diri.

Amalkan tip seperti di atas bagi menangani stres yang dialami.

πŸ’ͺ☎️Untuk mendapatkan khidmat kaunseling dan bantuan sokongan sosial, hubungi Talian Bantuan Krisis Kesihatan Mental- Talian HEAL 15555 (Help with Empathy And Love) yang beroperasi setiap hari termasuk cuti umum bermula 08:00 pagi hingga 12.00 tengah malam.

β€œπ—žπ—˜π—¦π—œπ—›π—”π—§π—”π—‘ π— π—˜π—‘π—§π—”π—Ÿ π— π—œπ—Ÿπ—œπ—ž π—¦π—˜π— π—¨π—”β€

πŸ”₯ *LARIAN OBOR HARAPAN KESIHATAN MENTAL PERINGKAT NEGERI KELANTAN 2026* πŸ”₯Jom bersama kami memeriahkan program kesihatan ...
24/05/2026

πŸ”₯ *LARIAN OBOR HARAPAN KESIHATAN MENTAL PERINGKAT NEGERI KELANTAN 2026* πŸ”₯

Jom bersama kami memeriahkan program kesihatan mental terbesar di Kelantan!

πŸ“… Khamis | 2 Julai 2026
πŸ•’ 7.30 pagi – 2.00 petang
πŸ“ Perkarangan AEON Mall Kota Bharu
πŸƒβ€β™‚οΈ 3.3 KM
πŸ’° Bayaran penyertaan: RM10

✨ Hadiah cabutan bertuah menarik menanti anda
✨ Pelbagai pameran dan aktiviti berkaitan kesihatan mental
✨ Medal penamat disediakan untuk peserta berdaftar
✨ Makanan dan minuman disediakan
✨ Warna tema: Hijau epal

Bayaran boleh dibuat ke akaun:
*Persatuan Anggota Kesihatan Kelantan (PEAKK)*
Maybank: *553010602734*

πŸ“² Daftar sekarang:
https://forms.gle/N2v9vdSASFWU2PXn6

Anjuran:
Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan
dengan kerjasama
Pejabat Kesihatan Daerah Kota Bharu
dan Persatuan Anggota Kesihatan Kelantan (PEAKK)

🌿 *Hentikan Stigma, Kesihatan Mental Milik Semua* 🌿

14/05/2026
Mana Lebih Baik Pengendali Makanan
13/05/2026

Mana Lebih Baik Pengendali Makanan

Address

Kota Bharu

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
18:00 - 19:00
Tuesday 09:00 - 17:00
18:00 - 19:00
Wednesday 09:00 - 17:00
18:00 - 19:00
Thursday 09:00 - 17:00
18:00 - 19:00
Friday 09:00 - 17:00
18:00 - 19:00
Saturday 07:00 - 17:00
18:00 - 19:00
Sunday 09:00 - 17:00
18:00 - 19:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Unit Promosi Kesihatan PKD Kota Bharu-UPKKB posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share