Breast Cancer Awareness & Research Unit

Website Contact the business

Breast Cancer Awareness & Research Unit Klinik Rawatan dan Klinik Saringan OBJEKTIF

1. Membantu orang awam tentang kesedaran kanser payudara dan mengesan kanser payudara lebih awal.

3.

Memberi penerangan dan pembelajaran kepada pesakit dan keluarga tentang kepentingan menjalankan PSP untuk mengesan kanser payudara lebih awal.

2. Membantu pesakit dan keluarga dalam psikososial.

4. Menjadi perantara untuk rujukan pelanggan kepada multidisiplin seperti mamogram, kebajikan, surgeri dan onkologi.

5. Memberi maklumbalas tentang kanser payudara kepada pesakit dan keluarga dengan menyediakan bahan rujukan.

16.08.2026 - Unit Kesedaran & Penyelidikan Kanser Payudara (BestARi), Hospital Pakar USM dengan kerjasama  Persatuan Sur...
16/08/2026

16.08.2026 - Unit Kesedaran & Penyelidikan Kanser Payudara (BestARi), Hospital Pakar USM dengan kerjasama Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) Cawangan Kota Bharu, Kelantan telah menjalankan Program Saringan Kanser Payudara.

Program Saringan Kanser Payudara telah diadakan di Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam -MPKB-BRI bagi memberi peluang kepada staf MPKB-BRI menjalani pemeriksaan awal dan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pengesanan awal kanser payudara.

Program ini telah mendapat sokongan padu daripada semua pihak yang terlibat, mencerminkan komitmen bersama dalam usaha meningkatkan kesedaran dan pengesanan awal kanser payudara dalam kalangan staf MPKB-BRI.

Unit Kesedaran & Penyelidikan Kanser Payudara (BestARi), Hospital Pakar USM dengan kerjasama Institusi Komuniti Setempat...
12/08/2026

Unit Kesedaran & Penyelidikan Kanser Payudara (BestARi), Hospital Pakar USM dengan kerjasama Institusi Komuniti Setempat dan Pusat Tanggungjawab (PTJ) Universiti Sains Malaysia akan menganjurkan PROGRAM KPT PRIHATIN MADANI- SARINGAN KESIHATAN & KANSER PAYUDARA : SAYANGI KESIHATAN, SARING AWAL.

Apa lagi..... Jom sama-sama memeriahkan program ini!
Sertai kami untuk menimba ilmu, meningkatkan kesedaran tentang kesihatan payudara, dan bersama-sama menyokong usaha membudayakan amalan hidup sihat dalam komuniti.

19 Mei 2026 (Selasa) - Pihak Unit Kesedaran & Penyelidikan Kanser Payudara (BestARi) , Hospital Pakar USM telah dijemput...
19/05/2026

19 Mei 2026 (Selasa) - Pihak Unit Kesedaran & Penyelidikan Kanser Payudara (BestARi) , Hospital Pakar USM telah dijemput oleh Pusat Islam Kampus Kesihatan untuk menghadiri Program Ziarah Mahabbah Muallaf bersama HELWA.

2. Sebagai pengisian program, ceramah kesihatan wanita dan 'Hands On' kaedah Pemeriksaan Kendiri Payudara telah disampaikan oleh wakil BestARi bagi tujuan penyampaian maklumat dan perkongsian ilmu kepada para peserta

3. Ceramah ini telah disampaikan Dr. Nur'atikah Admam@Adnan, Pegawai Perubatan dengan diiringi oleh Puan Nik Hasniza Nik Ibrahim, Jururawat, Hospital Pakar USM.

28 April 2026 - Pihak Unit Kesedaran & Penyelidikan Kanser Payudara (BestARi) , Hospital Pakar USM telah menganjurkan  k...
19/05/2026

28 April 2026 - Pihak Unit Kesedaran & Penyelidikan Kanser Payudara (BestARi) , Hospital Pakar USM telah menganjurkan kursus 'Optimizing Breast Surgery Outcomes Through Skilled Nursing'.

2. โ€œProgram ini telah dilaksanakan di Dewan Auditorium Perubatan Nuklear, Kampus Kesihatan dan dihadiri oleh para jururawat.

3. Ianya telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya melalui pengisian ceramah yang disampaikan oleh pakar-pakar yang berpengalaman dalam bidang masing-masing.

4. Antara pakar yang terlibat dalam program ini adalah seperti berikut:

Prof. Madya Dr. Maya Mazuwin Yahya
(Pakar Perunding Kanan Pembedahan Endokrin & Payudara)

Prof. Madya Dr. Wan Faiziah Wan Abdul Rahman
(Pensyarah Perubatan)

Prof. Madya Dr. Muhammad Hafiz Hanafi
(Penyelaras Pemulihan/Rehabilitasi)

Dr. Wan Zainira Wan Zain
(Pakar Bedah Surgeri)

Dr. Lee Lih Shin
(Pegawai Perubatan)

Puan Monaliza Ajid
(Pegawai Dietetik)

25 April 2026 - Pihak Unit Kesedaran & Penyelidikan Kanser Payudara (BestARi) , Hospital Pakar USM telah mengadakan PAME...
19/05/2026

25 April 2026 - Pihak Unit Kesedaran & Penyelidikan Kanser Payudara (BestARi) , Hospital Pakar USM telah mengadakan PAMERAN KANSER PAYUDARA semperna program Saringan Kesihatan USM-Merican di Masjid Ismaili, Mukim Morak, Tumpat, Kelantan.

Anggaran jumlah pengunjung adalah sekitar 300 orang. Program ini diadakan kerana ia merupakan pengesanan penyakit secara ekstensif dengan konsep 'membawa hospital ke dalam komuniti termasuk ultrasound.

Pihak BestARi telah membawa mesin โ€œGE Invenia ABUS R2โ€ sebagai sokongan bagi memastikan kelancaran pelaksanaan program ini.

22-23 April 2026 - Pihak Unit Kesedaran & Penyelidikan Kanser Payudara (BestARi) , Hospital Pakar USM telah mengadakan P...
19/05/2026

22-23 April 2026 - Pihak Unit Kesedaran & Penyelidikan Kanser Payudara (BestARi) , Hospital Pakar USM telah mengadakan PAMERAN KANSER PAYUDARA DAN SARINGAN KANSER PAYUDARA sempena Program Kesihatan Payudara & Saringan Mammogram Bergerak MAKNA@Kota Lama 2026.

Program ini dianjurkan oleh Pusat Khidmat DUN Kota Lama dengan Kerjasama Wanita Gabungan Persatuan Tionghua Kelantan, Majlis Kanser Negara (MAKNA) dan Pejabat Kesihatan Daerah Kota Bharu (PKD).

Menerusi program ini, ia dapat membantu menyebarkan maklumat kesihatan kepada masyarakat dengan lebih berkesan.

1 April 2026- Unit Kesedaran & Penyelidikan Kanser Payudara (BestARi) telah mengadakan pameran sempena Sambutan Hari Kan...
01/04/2026

1 April 2026- Unit Kesedaran & Penyelidikan Kanser Payudara (BestARi) telah mengadakan pameran sempena Sambutan Hari Kanser Sedunia 2026. Pameran ini diadakan di laluan Farmasi, Hospital Pakar USM.

Program ini dianjurkan oleh Jabatan Perubatan Nuklear, Radioterapi & Onkologi, Hospital Pakar USM.

Pihak kami mendapatkan sambutan yang menggalakkan daripada pelawat-pelawat yang datang ke hospital. Hasilnya, kita dapat berkongsi dan menyebarkan info yang berkaitan dengan kanser payudara.

Pempamer juga telah menerima kunjungan Pengarah Hospital Pakar beserta pengiring untuk melawat gerai pameran serta menyampaikan Sijil penyertaan sebagai penghargaan kerana menyertai program tersebut.

10 Feb 2026 | Majlis Penghargaan Staf Unit BestARi.Hari ini telah berlangsung Majlis Meraikan Staf Unit BestARi, Hospita...
10/02/2026

10 Feb 2026 | Majlis Penghargaan Staf Unit BestARi.

Hari ini telah berlangsung Majlis Meraikan Staf Unit BestARi, Hospital Pakar USM yang akan bertukar tempat bertugas ke PTJ lain.

Majlis ringkas tetapi bermakna ini diadakan di Pejabat Pentadbiran Unit BestARi dari jam 1.00 โ€“ 2.00 petang.

Terima kasih atas segala jasa, sumbangan dan komitmen sepanjang berkhidmat di Unit BestARi. Semoga terus cemerlang dan sukses di tempat baharu! ๐ŸŒธโœจ

Pada 27 Januari 2026 - Unit Kesedaran & Penyelidikan Kanser Payudara (BestARi), Hospital Pakar USM telah menganjurkan Ma...
28/01/2026

Pada 27 Januari 2026 - Unit Kesedaran & Penyelidikan Kanser Payudara (BestARi), Hospital Pakar USM telah menganjurkan Majlis Apresiasi Staf sebagai penghargaan kepada warga kerja yang menunjukkan komitmen tinggi dalam pelaksanaan program, aktiviti dan inisiatif unit sepanjang tahun.

Majlis ini bertujuan mengiktiraf sumbangan, meningkatkan motivasi staf serta mengeratkan hubungan kerja dalam kalangan ahli BestARi.

โคSerangkap pantun untuk warga BestARi:

Pagi cerah menyambut hari,
Semangat hadir penuh iltizam;
Penghargaan buat warga BestARi,
Kerja berpasukan kalian terbaik di dalam.

๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน

15 November  2025 - Pihak Unit Kesedaran & Penyelidikan Kanser Payudara (BestARi), Hospital Pakar USM telah mengadakan S...
02/12/2025

15 November 2025 - Pihak Unit Kesedaran & Penyelidikan Kanser Payudara (BestARi), Hospital Pakar USM telah mengadakan Sesi Sembang Santai " COFFEE CHAT" bersama pesakit serta Pemandiri (survivors) Kanser.

Program ini meraikan pesakit serta pemandiri (survivors) kanser dalam suasana yang penuh kemesraan dan sokongan positif. Sesi ini turut dijayakan dengan kerjasama Kumpulan Sokongan Kanser Wanita (KAWAN) di bawah naungan Persatuan Kesihatan Reproduktif Kelantan (ReHAK).

Butiran Program :

Tarikh : 15 November 2025 (Sabtu)
Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengahari
Tempat : Pejabat Pentadbiran, Unit BestARi, Hospital Pakar USM

Tujuan program ini diadakan adalah untuk berkongsi maklumat dan pengetahuan mengenai pemulihan Pasca Pembedahan serta penjagaan tulang selepas kanser.

Semoga perkongsian pengalaman dan sokongan emosi sepanjang program ini dapat memberi semangat baharu kepada semua yang hadir.

Address

Unit Kesedaran & Penyelidikan Barah Payudara (Breast Cancer Awareness & Research Unit) Hospital Universiti Sains Malaysia Jalan Raja Perempuan Zainab II
Kota Bharu
16150

Opening Hours

Monday 08:10 - 17:10
Tuesday 08:10 - 17:15
Wednesday 08:10 - 17:15
Thursday 08:10 - 17:00
Sunday 08:10 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Breast Cancer Awareness & Research Unit posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Breast Cancer Awareness & Research Unit:

Shortcuts

Share