18/07/2017
Hb- Haemoglobin
-Untuk dapatkan bacaan Hb, nurse di KD cuma cucuk sikit aje kat hujung jari aku ni dan dapatkan darah. Kemudian dia letak darah tu pada strip kecik dan ada reading kat situ.
Bacaan hemoglobin untuk menentukan ibu tak mengalami anemia/ kurang darah.
Bacaan yang normal bagi ibu mengandung ialah pada julat : 11-12 g/dl (gram per deciliter)
Bagi wanita tak mengandung p**a : 12 - 15 g/dl
Sekiranya bacaan rendah dari 11 g/dl maka ibu mengandung adalah anemic.
Sebab-sebab anemic/ kurang darah:
Kurang zat besi/ folate/ vitamin B12
Pendarahan
Kanser
Penyakit buah pinggang/ hati
Hypothyroidism
Thalassemia
Sekiranya bacaan lebih tinggi dari 12 g/dl (terlalu tinggi) maka ibu mengandung mungkin:
Mempunyai paru-paru yang bermasalah
Kurang air dan masalah lain lagi yang kalau boleh sila google untuk maklumat lanjut.
Selalunya untuk mencantikkan bacaan Hb, nurse cuma akan advise jangan skip pengambilan vitamin yang diberikan dan perbaiki diet seharian. Makan makanan yang banyak zat besi, antaranya:
Organ dalaman (hati, jantung, limpa)
Sayuran hijau (bayam, brocolli)
Daging