Aikha Martive

Aikha Martive ikhtiar sihat secara semulajadi 🌱

Kanser hidung boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Ia sering tidak disedari pada peringkat awal. Kenali tanda, fahami ri...
04/01/2026

Kanser hidung boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Ia sering tidak disedari pada peringkat awal. Kenali tanda, fahami risiko dan bertindak sebelum terlambat.

TANDA & GEJALA AWAL

• Hidung kerap berdarah
• Hidung tersumbat sebelah (berpanjangan)
• Telinga berdengung atau pendengaran berkurang
• Sakit kepala berpanjangan
• Benjolan di leher
• Suara sengau tanpa sebab

FAKTOR RISIKO

• Merokok dan v**e
• Jangkitan virus Epstein-Barr (EBV)
• Pendedahan kepada bahan kimia
• Makanan tinggi garam dan diproses
• Sejarah keluarga

PENCEGAHAN

• Berhenti merokok
• Amalkan gaya hidup sihat
• Kurangkan makanan diproses
• Lakukan pemeriksaan awal jika bergejala

Ramai wanita tak sedar… pendarahan sikit, sakit bawah perut, keputihan berbau, itu mungkin tanda awal kanser rahim. Bila...
31/12/2025

Ramai wanita tak sedar… pendarahan sikit, sakit bawah perut, keputihan berbau, itu mungkin tanda awal kanser rahim. Bila sakit makin kuat, berat badan turun, dan pendarahan tak berhenti, selalunya sudah lewat.

Jangan tunggu sehingga rahim terpaksa dibuang. Jangan tunggu sehingga rawatan jadi sukar. Jika ada tanda mencurigakan, jumpa doktor sekarang ❗️

Hati rosak tak bagi amaran awal. Bila simptom muncul, kerosakan mungkin dah jauh.Hepatitis A, B & C boleh bermula tanpa ...
30/12/2025

Hati rosak tak bagi amaran awal. Bila simptom muncul, kerosakan mungkin dah jauh.

Hepatitis A, B & C boleh bermula tanpa rasa sakit, tapi berakhir dengan sirosis, kanser hati atau kegagalan hati.

Kulit & mata jadi kuning tu bukan tanda biasa, itu jeritan hati yang sedang nazak.

Periksa sebelum terlambat. Rawat sebelum hati menyerah.

Leukemia, Limfoma dan Myeloma menyerang bahagian yang berbeza dalam tubuh, dengan tanda dan risiko yang berbeza.Keletiha...
29/12/2025

Leukemia, Limfoma dan Myeloma menyerang bahagian yang berbeza dalam tubuh, dengan tanda dan risiko yang berbeza.

Keletihan berpanjangan, benjolan yang tak surut, jangkitan kerap, penurunan berat badan tanpa sebab, jangan diabaikan.

Kesedaran awal boleh menyelamatkan nyawa.
Jika ada simptom atau sejarah keluarga, dapatkan pemeriksaan seawal mungkin.

Ramai percaya benjolan yang sakit itu lebih berbahaya. Hakikatnya, banyak benjolan kanser pada peringkat awal tidak meny...
28/12/2025

Ramai percaya benjolan yang sakit itu lebih berbahaya. Hakikatnya, banyak benjolan kanser pada peringkat awal tidak menyakitkan langsung.

Bukan semua benjolan adalah kanser, tetapi hanya pemeriksaan boleh membezakan antara yang selamat dan yang perlu rawatan.

24/12/2025

Alhamdulillah kerana memilih kami sebagai salah satu jalan ikhtiar anda ☺️

Kanser takkan berlalu secara tiba-tiba. Ramai yang hanya sedar bila simptom sudah mula serius 😱Pemeriksaan awal boleh me...
22/12/2025

Kanser takkan berlalu secara tiba-tiba. Ramai yang hanya sedar bila simptom sudah mula serius 😱

Pemeriksaan awal boleh menyelamatkan nyawa❗️
Jangan sampai terlambat. Ikhtiarlah selagi ada masa 🌱

Ibu bapa please alert ‼️ Anak kecil tak tahu bezakan sakit biasa atau bahaya. Merekalah yang paling senyap menanggung sa...
20/12/2025

Ibu bapa please alert ‼️

Anak kecil tak tahu bezakan sakit biasa atau bahaya. Merekalah yang paling senyap menanggung sakit 😔

Neuroblastoma ialah kanser sel saraf yang kerap menyerang kanak-kanak bawah 5 tahun. Simptomnya berbeza mengikut tempat tumor berada. Sebab tu ia sering terlepas pandang.

Lebih awal dikesan, lebih besar peluang sembuh 🌱

Address

Kota Bharu
15150

Telephone

+60148019626

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Aikha Martive posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Aikha Martive:

Shortcuts

Share