Wellness Hub Kota Samarahan

Wellness Hub Kota Samarahan Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Wellness Hub Kota Samarahan, Health & Wellness Website, Wellness Hub Kota Samarahan, Kota Samarahan.

Wellness Hub merupakan satu infrastruktur yang menyediakan perkhidmatan promosi kesihatan (One Stop Community Centre) kepada komuniti setempat sebagai satu strategi dalam menggalakkan komuniti mengamalkan cara hidup sihat.

๐Ÿ”ฅEMOM ๐Ÿ”ฅEMOM (Every Minute On the Minute) ialah kaedah latihan di mana anda melakukan jumlah ulangan atau masa yang ditet...
11/08/2026

๐Ÿ”ฅEMOM ๐Ÿ”ฅ

EMOM (Every Minute On the Minute) ialah kaedah latihan di mana anda melakukan jumlah ulangan atau masa yang ditetapkan pada permulaan setiap minit.

Syabas kerana hadir, berjuang, dan tidak menyerah kalah. Bangga melihat komitmen dan disiplin anda semuaโ€”kekalkan momentum pemenang ini!" ๐Ÿ†๐Ÿ‹๏ธโ€โ™‚๏ธ

๐ŸŒซ๏ธ ๐€๐–๐€๐’ ๐€๐๐‚๐€๐Œ๐€๐ ๐‰๐„๐‘๐„๐๐”! ๐ŸŒซ๏ธKeadaan berjerebu yang berterusan boleh menjejaskan kesihatan kita semua. Anda dinasihatkan ag...
10/08/2026

๐ŸŒซ๏ธ ๐€๐–๐€๐’ ๐€๐๐‚๐€๐Œ๐€๐ ๐‰๐„๐‘๐„๐๐”! ๐ŸŒซ๏ธ

Keadaan berjerebu yang berterusan boleh menjejaskan kesihatan kita semua. Anda dinasihatkan agar sentiasa peka terhadap keadaan kualiti udara persekitaran.

Golongan berisiko tinggi seperti warga emas, kanak-kanak, pesakit kronik serta individu yang bekerja di luar (persekitaran terbuka) adalah dinasihatkan supaya mengambil langkah-langkah pencegahan yang sewajarnya.

๐‹๐š๐ง๐ ๐ค๐š๐ก ๐๐ž๐ซ๐ฃ๐š๐ ๐š-๐ฃ๐š๐ ๐š ๐˜๐š๐ง๐  ๐๐ž๐ซ๐ฅ๐ฎ ๐ƒ๐ข๐š๐ฆ๐›๐ข๐ฅ:

โœ… Kurangkan aktiviti di luar rumah.
โœ… Pakai pelitup muka (mask) jika perlu berada di luar.
โœ… Minum air kosong secukupnya.
โœ… Elakkan pembakaran terbuka

๐’๐„๐†๐„๐‘๐€ dapatkan rawatan di fasiliti kesihatan berdekatan sekiranya anda berasa tidak sihat.
Pantau kesihatan diri dan ahli keluarga anda.

Pendedahan berlebihan kepada cuaca panas boleh menyebabkan kesan serius terhadap kesihatan kita.Kenali perbezaan antara ...
10/08/2026

Pendedahan berlebihan kepada cuaca panas boleh menyebabkan kesan serius terhadap kesihatan kita.

Kenali perbezaan antara ๐Š๐ž๐ฅ๐ž๐ฌ๐ฎ๐š๐ง ๐‡๐š๐›๐š dan ๐’๐ญ๐ซ๐จ๐ค ๐‡๐š๐›๐š agar anda boleh bertindak dengan pantas.

Segera dapatkan rawatan di fasiliti kesihatan jika anda atau orang sekeliling menunjukkan tanda-tanda tidak sihat.



Kredit : Bahagian Pendidikan Kesihatan KKM / MyHealthKKM

๐Ÿ‘ต๐Ÿป๐Ÿ‘ด๐Ÿป Umur meningkat bukan alasan untuk kita mengabaikan kesihatan pergigian.Dapatkan pemeriksaan pergigian sekurang-kura...
09/08/2026

๐Ÿ‘ต๐Ÿป๐Ÿ‘ด๐Ÿป Umur meningkat bukan alasan untuk kita mengabaikan kesihatan pergigian.

Dapatkan pemeriksaan pergigian sekurang-kurangnya sekali setahun untuk mengekalkan kesihatan pergigian yang baik sepanjang hayat.



Kredit : Kementerian Kesihatan Malaysia

Pendedahan melampau kepada cuaca panas boleh menyebabkan kesan serius terhadap kesihatan kita.Kenali perbezaan antara Ke...
08/08/2026

Pendedahan melampau kepada cuaca panas boleh menyebabkan kesan serius terhadap kesihatan kita.

Kenali perbezaan antara Kelesuan Haba dan Strok Haba agar anda boleh bertindak dengan pantas.

Segera dapatkan rawatan di fasiliti kesihatan jika anda atau orang sekeliling menunjukkan tanda-tanda tidak sihat.

Setiap hujung minggu padat dengan acara larian santai dan pertandingan larian. Mana yang sertai 5km, 10km mahupun marato...
08/08/2026

Setiap hujung minggu padat dengan acara larian santai dan pertandingan larian. Mana yang sertai 5km, 10km mahupun maraton, semoga berjaya! ๐Ÿƒโ€โ™‚๏ธ๐Ÿƒโ€โ™€๏ธ

Tapi ingat, cuaca sekarang boleh tahan panasnya. Jangan lupa amalkan langkah kawalan kesihatan kendiri ini:
๐Ÿฅค Minum air secukupnya: Sekurang-kurangnya 8 gelas sehari untuk kekal terhidrasi.
๐Ÿ’ง Minum sebelum haus: Haus tu petanda awal badan dah mula dehidrasi.
๐Ÿƒโ€โ™‚๏ธ Kawal aktiviti fizikal: Selepas tamat acara larian, elakkan terlalu lama terdedah di bawah matahari untuk kurangkan bebanan haba pada tubuh.

Finisher medal dapat, kesihatan pun terjaga! ๐Ÿฅ‡

Sambil-sambil lari tu, kekal selamat dan kekal hidrasi semua!



Infografik : Bahagian Pendidikan Kesihatan KKM / MyHealthKKM

๐Ÿ—“๏ธ 7 Ogos 2026 | JumaatTerima kasih kepada semua yang hadir bagi sesi ๐˜พ๐’๐™ข๐’ƒ๐™–๐’• ๐‘ด๐™š๐’“๐™™๐’†๐™ ๐’‚. Anda semua AWESOME! ๐Ÿ”ฅ๐Ÿ”ฅTeruskan ber...
08/08/2026

๐Ÿ—“๏ธ 7 Ogos 2026 | Jumaat

Terima kasih kepada semua yang hadir bagi sesi ๐˜พ๐’๐™ข๐’ƒ๐™–๐’• ๐‘ด๐™š๐’“๐™™๐’†๐™ ๐’‚. Anda semua AWESOME! ๐Ÿ”ฅ๐Ÿ”ฅ

Teruskan bersama kami di FB page ini untuk aktiviti seteruskan supaya anda tidak terlepas๐Ÿค—

Gerak, aktif dan ceria bersama! โœจ

Bacaan indeks pencemaran udara (IPU) Bahagian Samarahan mencapai 156 jatuh kategori Tidak Sihat. Kurangkan aktiviti di t...
07/08/2026

Bacaan indeks pencemaran udara (IPU) Bahagian Samarahan mencapai 156 jatuh kategori Tidak Sihat. Kurangkan aktiviti di tempat terbuka dan lakukan aktiviti dalam bangunan atau rumah bagi mengelakkan kesan IPU yang tidak sihat.

โšก๏ธSESI CARDIO ACCELERATIONโšก๏ธTahniah dan syabas semua peserta IFitEr! ๐ŸŽ‰Luar biasa betul tenaga peserta untuk sesi Cardio ...
07/08/2026

โšก๏ธSESI CARDIO ACCELERATIONโšก๏ธ

Tahniah dan syabas semua peserta IFitEr! ๐ŸŽ‰

Luar biasa betul tenaga peserta untuk sesi Cardio Acceleration hari ini. Bukan senang nak kekalkan heart rate tinggi dari mula sampai habis, tapi korang semua berjaya selesaikan tugasan dengan cemerlang!

๐Ÿ€Rehat secukupnya, recharge, dan jumpa lagi di sesi seterusnya. Korang memang awesome! ๐Ÿ’ช


๐Š๐„๐Š๐€๐‹ ๐’๐ˆ๐‡๐€๐“ ๐’๐„๐Œ๐€๐’๐€ ๐‰๐„๐‘๐„๐๐”! ๐ŸŒซ๏ธKeadaan jerebu tidak boleh dipandang remeh kerana ia boleh menjejaskan kesihatan fizikal ki...
07/08/2026

๐Š๐„๐Š๐€๐‹ ๐’๐ˆ๐‡๐€๐“ ๐’๐„๐Œ๐€๐’๐€ ๐‰๐„๐‘๐„๐๐”!
๐ŸŒซ๏ธ
Keadaan jerebu tidak boleh dipandang remeh kerana ia boleh menjejaskan kesihatan fizikal kita secara langsung.
Segera dapatkan rawatan di klinik atau hospital berhampiran sekiranya anda mula mengalami gejala-gejala berikut:
๐Ÿ—ฃ๏ธ Terasa gatal di bahagian kerongkong dan batuk
๐Ÿ˜ฎโ€๐Ÿ’จ Terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas
๐Ÿ‘€ Mata terasa pedih dan berair
๐Ÿคง Hidung berair dan kerap bersin
๐Ÿค Kulit badan terasa gatal
๐Ÿซ€ Sakit dada
Bagi yang mengalami batuk, selesema, asma, sakit mata, sakit jantung, atau penyakit paru-paru kronik dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan SEGERA jika keadaan penyakit anda bertambah buruk.
Lindungi diri anda dan keluarga. Kurangkan aktiviti luar, banyakkan minum air kosong, dan sentiasa pantau tahap kesihatan masing-masing!

๐Š๐„๐Š๐€๐‹ ๐’๐ˆ๐‡๐€๐“ ๐’๐„๐Œ๐€๐’๐€ ๐‰๐„๐‘๐„๐๐”!
๐ŸŒซ๏ธ

Keadaan jerebu tidak boleh dipandang remeh kerana ia boleh menjejaskan kesihatan fizikal kita secara langsung.

Segera dapatkan rawatan di klinik atau hospital berhampiran sekiranya anda mula mengalami gejala-gejala berikut:

๐Ÿ—ฃ๏ธ Terasa gatal di bahagian kerongkong dan batuk
๐Ÿ˜ฎโ€๐Ÿ’จ Terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas
๐Ÿ‘€ Mata terasa pedih dan berair
๐Ÿคง Hidung berair dan kerap bersin
๐Ÿค Kulit badan terasa gatal
๐Ÿซ€ Sakit dada

Bagi yang mengalami batuk, selesema, asma, sakit mata, sakit jantung, atau penyakit paru-paru kronik dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan SEGERA jika keadaan penyakit anda bertambah buruk.

Lindungi diri anda dan keluarga. Kurangkan aktiviti luar, banyakkan minum air kosong, dan sentiasa pantau tahap kesihatan masing-masing!

Address

Wellness Hub Kota Samarahan
Kota Samarahan
94300

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6082671232

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Wellness Hub Kota Samarahan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Wellness Hub Kota Samarahan:

Shortcuts

Share