Pusat Kesihatan Universiti Malaysia Sarawak

Pusat Kesihatan Universiti Malaysia Sarawak Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pusat Kesihatan Universiti Malaysia Sarawak, Medical and health, Aras LG, Bangunan Hal Ehwal Pelajar & Alumni Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Kota Samarahan.

Seluruh warga Pusat Kesihatan UNIMAS (PKU) ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan:🌸 Selamat Hari Wesak (31 Mei...
31/05/2026

Seluruh warga Pusat Kesihatan UNIMAS (PKU) ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan:

🌸 Selamat Hari Wesak (31 Mei 2026) kepada semua umat Buddha.

🌾 Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan buat seluruh masyarakat Kadazandusun di Sabah, dan Gayu Guru Gerai Nyamai kepada seluruh masyarakat Dayak di Sarawak yang meraikan Hari Gawai!

πŸ‘‘ Dirgahayu Tuanku! Merafak Sembah Ucapan Setinggi-tinggi Tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.

Walaupun kita meraikan pelbagai perayaan yang berbeza dalam satu masa, inilah keunikan kita sebagai sebuah keluarga besar.

Bagi yang memandu pulang ke kampung halaman atau bercuti, pandulah dengan cermat.

Selamat menyambut cuti perayaan dan hujung minggu yang panjang daripada kami di Pusat Kesihatan UNIMAS! πŸ‘¨β€βš•οΈπŸ‘©β€βš•οΈπŸ’™







Pusat Kesihatan UNIMAS ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H kepada semua warga kampus UNIMAS dan seluruh ...
26/05/2026

Pusat Kesihatan UNIMAS ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H kepada semua warga kampus UNIMAS dan seluruh umat Islam. πŸ•‹βœ¨

Hari Raya Aidiladha mengajar kita tentang erti pengorbanan yang sebenar, keikhlasan yang mendalam, serta ketaatan yang tidak berbelah bahagi. Semoga momentum perayaan ini memperkukuhkan lagi semangat kita untuk terus berbakti dengan penuh tulus ikhlas demi kesejahteraan komuniti.

Bagi yang pulang ke kampung halaman atau melakukan perjalanan, pandulah dengan cermat dan utamakan keselamatan diri serta keluarga. Selamat menjalankan ibadah korban buat yang melaksanakannya! πŸ‘β€οΈ

Ikhlas daripada,
Seluruh Warga Pusat Kesihatan UNIMAS


πŸ’Ό Sesi Temuduga Calon Pembantu Medical Standby MAP Pra-U (Sesi 1) πŸ’Ό25 Mei 2026 - Semalam telah berlangsung dengan jayany...
26/05/2026

πŸ’Ό Sesi Temuduga Calon Pembantu Medical Standby MAP Pra-U (Sesi 1) πŸ’Ό

25 Mei 2026 - Semalam telah berlangsung dengan jayanya Sesi 1 temuduga bagi calon-calon yang telah disenarai pendek sebagai Medical Standby Assistant untuk Minggu Aluan Pelajar (MAP) Pra-Universiti yang akan datang.

Sesi penilaian ini penting bagi memastikan barisan pembantu yang terpilih mempunyai kesiapsiagaan yang tinggi dan komited dalam memberikan sokongan terbaik bersama pasukan perubatan PKU sepanjang majlis berlangsung.

πŸ“Œ Perhatian:

Tarikh untuk Sesi 2 akan diadakan tidak lama lagi.
Keputusan penuh pemilihan calon akan diumumkan selepas cuti perayaan nanti.

Terima kasih diucapkan kepada semua calon Sesi 1 atas komitmen anda! 🀝✨


πŸƒβ€β™‚οΈ Medical Standby: OSH Fun Run 2026 23 Mei 2026, FSSK - seramai 3 orang staf Pusat Kesihatan UNIMAS (PKU) telah menja...
26/05/2026

πŸƒβ€β™‚οΈ Medical Standby: OSH Fun Run 2026

23 Mei 2026, FSSK - seramai 3 orang staf Pusat Kesihatan UNIMAS (PKU) telah menjalankan tugas medical standby bagi program OSH Fun Run 2026 (5KM) bertempat di Ruang Legar LG, FSSK, UNIMAS.

Syabas dan terima kasih diucapkan kepada barisan petugas PKU yang komited memastikan keselamatan dan kesihatan para peserta sepanjang program berlangsung:

PPP Pn. Mylosco Did anak Jonas
Jururawat En. Bikin anak Runie
Pemandu Ambulans En. Yazid bin Taili

22/05/2026

πŸ₯ NAK KE PKU? JOM TENGOK APA SERVICES YANG ADA! πŸ‘‹βœ¨

Selamat Sejahtera warga UNIMAS!
Khusus buat semua pelajar UNIMAS, terutamanya bakal pelajar Pra-U yang akan mendaftar pada bulan Jun nanti. Jom 'tour' secara digital ke Pusat Kesihatan Universiti (PKU) UNIMAS! πŸŽ¬πŸ‘‡

Kalau rasa kurang sihat atau perlukan bantuan kesihatan, jangan panik. PKU menyediakan pelbagai fasiliti dan perkhidmatan untuk anda, antaranya:

πŸ”Ή Perkhidmatan Rawatan & Kesihatan:

Kaunter Pendaftaran & Triage (Vital Sign Check)
Bilik Konsultasi Pegawai Perubatan (Doktor)
Bilik Rawatan (Treatment Room - Rawatan luka, nebulizer, dll)
Makmal Perubatan (Laboratory - Ujian darah & air kencing)
Farmasi (Pengambilan ubat-ubatan)
Perkhidmatan Fisioterapi (Kes kecederaan sukan & muskuloskeletal)

πŸ”Ή Perkhidmatan Sokongan & Kesihatan Awam:
Kesihatan Awam (Aktiviti fogging & pemeriksaan kebersihan premis/kafe)
Penyediaan/Isi Semula Peti Pertolongan Cemas (First Aid Kit)
Urusan Surat Jaminan Pelajar (Guarantee Letter - GL)
Pengangkutan Rujukan ke Hospital/Klinik Luar

πŸ’° Paling Penting: Semua perkhidmatan ini adalah PERCUMA (FREE SERVICES) untuk semua pelajar UNIMAS yang berdaftar! πŸ˜‰

πŸ“Œ Lokasi kami: Bangunan Hal Ehwal Pelajar (HEPA)

πŸ•’ Waktu Operasi: Sila rujuk jadual penuh pada penghujung video ini.

Jangan lupa bawa MyKad / Kad Pelajar anda setiap kali datang mendapatkan rawatan.

Tonton video penuh ini untuk faham 'flow' langkah demi langkah dari kaunter pendaftaran sehinggalah selesai mengambil ubat. Save siap-siap video ni untuk rujukan Minggu Aluan Pelajar (MAP) nanti ya! 😊

πŸ“Έ SELESAI SESI CME PAGI TADI: JOM FAHAMI HAK CUTI ANDA! πŸ“’Alhamdulillah, selesai sudah sesi Continuous Medical Education ...
22/05/2026

πŸ“Έ SELESAI SESI CME PAGI TADI: JOM FAHAMI HAK CUTI ANDA! πŸ“’

Alhamdulillah, selesai sudah sesi Continuous Medical Education (CME) pagi tadi yang dibawakan khas oleh Team Pentadbiran.

Sesi yang cukup santai tapi padat dengan ilmu penting! Banyak perkara yang dikupas mengenai hak-hak cuti kita sebagai kakitangan dan bagaimana untuk patuh kepada peraturan yang telah ditetapkan. Lepas ni, bolehlah rancang dan mohon cuti dengan lebih lancar tanpa was-was.

Terima kasih diucapkan kepada Team Pentadbiran, Pn. Noorfasyiha Binti Mohamed, Penolong Pegawai Tadbir PKU dan Pn. Halimah Binti Khalik Lamat Pembantu Tadbir PO PKU, atas perkongsian yang sangat bermanfaat, serta semua warga PKU yang hadir memberikan komitmen pagi tadi.

πŸƒβ€β™‚οΈ Jom Langkah Sejahtera: Kempen Anti Rokok & V**e 🚭Alhamdulillah, selesai sudah program petang tadi! Walaupun sambuta...
20/05/2026

πŸƒβ€β™‚οΈ Jom Langkah Sejahtera: Kempen Anti Rokok & V**e 🚭

Alhamdulillah, selesai sudah program petang tadi! Walaupun sambutan agak sederhana disebabkan faktor cuaca yang agak panas terik β˜€οΈ, ia tetap berjalan dengan lancar dan ceria.

Kali ini, Pusat Kesihatan UNIMAS (PKU) amat bertuah kerana dapat berkolaborasi dengan anak-anak muda hebat dari Kolej Cempaka sebagai Zumba Instructor kita:

Alvey Carlson Anak Augustine Hacks (108861)
Dexter Majang anak Harold Panji (109619)

Terima kasih atas tenaga dan komitmen yang diberikan. Memang sporting habis! Semoga ada rezeki untuk kita berkolaborasi lagi dalam program akan datang.

Terima kasih juga kepada semua yang hadir menyokong kempen kesihatan ini. Kekal sihat dan aktif! πŸ’ͺ✨

**e

LAWATAN MQA KE PKU πŸ₯✨Pusat Kesihatan UNIMAS (PKU) hari ini menerima lawatan secara rambang daripada pihak Agensi Kelayak...
20/05/2026

LAWATAN MQA KE PKU πŸ₯✨

Pusat Kesihatan UNIMAS (PKU) hari ini menerima lawatan secara rambang daripada pihak Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Lawatan ini bertujuan untuk meninjau operasi harian, kemudahan fasiliti, serta kualiti perkhidmatan kesihatan yang disediakan untuk warga kampus. Pihak PKU sempat berkongsi taklimat ringkas mengenai pengurusan perubatan yang diamalkan di sini.

Terima kasih MQA atas kunjungan dan maklum balas yang diberikan. Kami di PKU sentiasa komited dalam mengekalkan kualiti perkhidmatan terbaik untuk semua! πŸ’ͺ❀️


STAF PKU, JUGA FASILITATOR MPU BERJAYA MELAKSANAKAN PROJEK KHAS KOKURIKULUM πŸŽ‰16 Mei 2026 - Tahniah dan syabas diucapkan ...
20/05/2026

STAF PKU, JUGA FASILITATOR MPU BERJAYA MELAKSANAKAN PROJEK KHAS KOKURIKULUM πŸŽ‰

16 Mei 2026 - Tahniah dan syabas diucapkan kepada dua (2) orang staf Pusat Kesihatan UNIMAS (PKU) yang telah memberikan komitmen tinggi sebagai fasilitator kursus kokurikulum dalam menjayakan projek khas komuniti πŸ‘πŸ‘

🎡 Subteras Basic Vocal Techniques - Dr Nurnazarina binti Mahrif
πŸ€ Subteras Bola Jaring - En Bikin anak Runie

Bukan sekadar menjalankan tugas hakiki di klinik, staf PKU kita juga aktif turun ke padang, menyumbang tenaga, dan berkongsi kepakaran demi memperkasakan komuniti luar bandar.

Terima kasih kepada pihak sekolah, para peserta, dan seluruh jawatankuasa yang memberikan kerjasama luar biasa sepanjang acara berlangsung. Anda memang terbaik! πŸŒŸπŸ™Œ

Address

Aras LG, Bangunan Hal Ehwal Pelajar & Alumni Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
Kota Samarahan
94300

Opening Hours

Monday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Friday 08:00 - 11:45
14:30 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Kesihatan Universiti Malaysia Sarawak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share