09/09/2026
PROGRAM PeKa B40 | KAMPUNG RAMBONG, BALING
Alhamdulillah, Klinik Harmoni Kuala Ketil berkesempatan menyertai program PeKa B40 di Kampung Rambong, Baling baru-baru ini.
Program ini menjadi salah satu usaha untuk mendekatkan perkhidmatan dan kesedaran kesihatan kepada masyarakat, khususnya golongan yang layak menerima manfaat PeKa B40.
PeKa B40 merupakan inisiatif Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang memberi fokus kepada pengesanan awal penyakit tidak berjangkit . Bagi penerima yang layak, saringan kesihatan boleh dilakukan secara percuma di fasiliti yang mengambil bahagian iaitu di klinik Harmoni Kuala Ketil .
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama serta kepada penduduk Kampung Rambong yang hadir dan memberikan sambutan yang amat baik.
Semoga usaha kecil ini dapat membantu meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menjaga kesihatan dan membuat pemeriksaan secara berkala.
Kesihatan lebih bermakna apabila kita mengambil langkah pencegahan lebih awal. π€
Terima kasih juga kepada Protechhealth Malaysia kerana bersama sama menjayakan majlis ini .