Pejabat Kesihatan Titiwangsa

Pejabat Kesihatan Titiwangsa Platform ini adalah saluran penyampaian dan hebahan maklumat/aktiviti /program jabatan.

Sebarang pertanyaan/ aduan sila hubungi jabatan atau salurkan aduan anda melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam.

JANGAN TUNGGU ADA YANG MENJADI MANGSASempena Bulan Kemerdekaan ini, hadiahkan sesuatu yang lebih bermakna kepada keluarg...
21/08/2026

JANGAN TUNGGU ADA YANG MENJADI MANGSA

Sempena Bulan Kemerdekaan ini, hadiahkan sesuatu yang lebih bermakna kepada keluarga kita iaitu perlindungan daripada gigitan nyamuk Aedes.

Luangkan masa memeriksa kawasan sekeliling.

🦟 Musnahkan tempat pembiakan Aedes.

Lindungi mereka yang kita sayang.

Cuaca panas melampau boleh meningkatkan risiko kelesuan haba dan strok haba jika kita tidak mengambil langkah awal. Jom ...
21/08/2026

Cuaca panas melampau boleh meningkatkan risiko kelesuan haba dan strok haba jika kita tidak mengambil langkah awal. Jom mula ubah rutin harian dengan amalan penyejukan badan

🚿 Kerap mandi atau basahkan badan
🌬 Gunakan kipas atau penyaman udara
⛱ Kurangkan pendedahan kepada cahaya matahari
🏠 Pilih tempat teduh dan sejuk

Langkah kecil yang diamalkan secara konsisten hari ini mampu melindungi diri dan keluarga daripada bahaya strok haba!

Kenyataan Media Kementerian Kesihatan MalaysiaKKM Perkukuh Respons Bagi Menangani Peningkatan Kes Demam Denggi
21/08/2026

Kenyataan Media Kementerian Kesihatan Malaysia

KKM Perkukuh Respons Bagi Menangani Peningkatan Kes Demam Denggi

20/08/2026
20/08/2026

📣📣📣📣📣📣
Hebahan makluman:

Ikuti temubual bersama Encik
Chong Tzee Ming, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Kanan, Cawangan Penyakit Bawaan Vektor, Jabatan Kesihatan WP Kuala Lumpur dan Putrajaya tentang tindakan masyarakat dalam kawalan denggi, di radio Ai FM

Denggi: Musuh Kecil Ancaman Besar
Tarikh: 21 Ogos 2026 || Jumaat
Masa : 9.00 pagi

19/08/2026
Hari ini kita mungkin nampak hanya sedikit air bertakung.Tetapi di situlah mungkin bermulanya sebuah tragedi.💥 Hapuskan ...
19/08/2026

Hari ini kita mungkin nampak hanya sedikit air bertakung.

Tetapi di situlah mungkin bermulanya sebuah tragedi.

💥 Hapuskan tempat pembiakan Aedes.

Hapuskan penjajahan Aedes.

Sempena Bulan Kemerdekaan ini, marilah kita bebaskan rumah dan komuniti daripada ancaman Aedes.

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
BEBAS AEDES, BEBAS DENGGI!

AKTIVITI PENDIDIKAN DEMAM DENGGI📌PANGSAPURI MAWAR SARI🛑STATUS :WABAK TERKAWAL (5KES)Pengemaskinian bilangan kes, edaran ...
18/08/2026

AKTIVITI PENDIDIKAN DEMAM DENGGI

📌PANGSAPURI MAWAR SARI
🛑STATUS :WABAK TERKAWAL (5KES)

Pengemaskinian bilangan kes, edaran risalah, tunjuk cara, nasihat individu dan hebahan awam dilaksanakan.

AKTIVITI PENDIDIKAN DEMAM DENGGI KEPADA PENDUDUK📌MENARA SRI KEMBOJA🛑STATUS: WABAK TERKAWAL (6 KES)✅Hebahan Siar Raya, Pe...
18/08/2026

AKTIVITI PENDIDIKAN DEMAM DENGGI KEPADA PENDUDUK

📌MENARA SRI KEMBOJA
🛑STATUS: WABAK TERKAWAL (6 KES)

✅Hebahan Siar Raya, Pemasangan Media Luar, Edaran Risalah, Tunjuk Cara, Nasihat Individu dan Pondok Panas.

Penduduk juga diminta melaksanakan goro kendiri untuk hapus tempat pembiakan di dalam rumah mengikut senarai semak yang diedarkan melalui pautan QR.

Terima kasih kepada penduduk yang memberi kerjasama dan menjalankan pemeriksaan goro kendiri di rumah masing-masing.😊

18/08/2026

Jerebu: Ingat 5 Langkah ABCDE

✅ A – Amal langkah perlindungan diri
✅ B – Berwaspada dengan tahap kesihatan diri
✅ C – Cakna kualiti udara
✅ D – Didik diri, keluarga dan komuniti
✅ E – Elak pendedahan kepada jerebu

Semak bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sebelum melakukan aktiviti luar. Kurangkan aktiviti di luar apabila kualiti udara tidak sihat dan dapatkan rawatan segera jika mengalami batuk, sesak nafas, sakit dada, mata pedih atau sakit tekak.

Lindungi diri dan keluarga.

Address

Perdana Botanical Garden, Jalan Cenderasari, Perdana Botanical Gardens
Kuala Lumpur
50480

Telephone

+60326980282

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Kesihatan Titiwangsa posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share