Jabatan Farmasi Hospital Kuala Lumpur

Jabatan Farmasi Hospital Kuala Lumpur Page rasmi Jabatan Farmasi Hospital Kuala Lumpur

“Doktor bagi banyak ubat… boleh ke makan semua sekali?”Soalan ini sering bermain di fikiran ramai pesakit, terutamanya m...
10/06/2026

“Doktor bagi banyak ubat… boleh ke makan semua sekali?”

Soalan ini sering bermain di fikiran ramai pesakit, terutamanya mereka yang mempunyai beberapa penyakit dan perlu mengambil pelbagai jenis ubat setiap hari. Adakah ia selamat? Adakah semua ubat boleh diambil serentak?

Ikuti perkongsian Pegawai Farmasi kami dalam wawancara radio yang membincangkan isu ini dengan lebih lanjut. Semoga bermanfaat untuk anda dan keluarga.

Boleh ke Ambil Pelbagai Ubat Serentak?

Ambil lebih daripada satu jenis ubat setiap hari? Adakah ia selamat atau boleh mendatangkan risiko kepada kesihatan?

Pengambilan pelbagai ubat mungkin diperlukan untuk merawat penyakit, namun penggunaannya perlu dipantau bagi mengelakkan risiko interaksi dan kesan sampingan.

Ambil ubat mengikut arahan dan sentiasa berbincang dengan doktor atau ahli farmasi bagi memastikan rawatan yang selamat dan berkesan.

𝐈𝐤𝐮𝐭𝐢 𝐤𝐮𝐩𝐚𝐬𝐚𝐧 𝐥𝐞𝐛𝐢𝐡 𝐥𝐚𝐧𝐣𝐮𝐭 𝐝𝐚𝐫𝐢𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐚𝐡𝐥𝐢 𝐟𝐚𝐫𝐦𝐚𝐬𝐢 𝐚𝐧𝐝𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐤𝐞𝐧𝐚𝐚𝐧 𝐭𝐨𝐩𝐢𝐤 𝐢𝐧𝐢 𝐦𝐞𝐥𝐚𝐥𝐮𝐢 𝐬𝐚𝐥𝐮𝐫𝐚𝐧 𝐫𝐚𝐝𝐢𝐨 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐧𝐠𝐨𝐫 𝐅𝐌!
________________________________________

🗓️ 𝟏𝟎 𝐉𝐮𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟔 (𝐑𝐚𝐛𝐮)
🕰️ 𝟐.𝟏𝟓 𝐩𝐞𝐭𝐚𝐧𝐠

📻 𝟏𝟎𝟎.𝟗 𝐅𝐌 (𝐊𝐮𝐚𝐥𝐚 𝐋𝐮𝐦𝐩𝐮𝐫)
📱 𝐫𝐭𝐦𝐤𝐥𝐢𝐤.𝐫𝐭𝐦.𝐠𝐨𝐯.𝐦𝐲

𝐒𝐞𝐦𝐨𝐠𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐦𝐚𝐧𝐟𝐚𝐚𝐭 𝐛𝐮𝐚𝐭 𝐬𝐞𝐦𝐮𝐚 😉

𝐑𝐞𝐠𝐢𝐬𝐭𝐫𝐚𝐭𝐢𝐨𝐧 𝐎𝐩𝐞𝐧 𝐍𝐨𝐰! Strengthen the foundation of safety, quality & excellence in sterile pharmaceutical preparation. ...
08/05/2026

𝐑𝐞𝐠𝐢𝐬𝐭𝐫𝐚𝐭𝐢𝐨𝐧 𝐎𝐩𝐞𝐧 𝐍𝐨𝐰!

Strengthen the foundation of safety, quality & excellence in sterile pharmaceutical preparation. Don’t miss expert insights, practical tools to enhance your daily practice & networking opportunities!

Register now for the HKL-HTA-IPR Good Preparation Practice (GPP) Unplugged Seminar (in collaboration with Persatuan Farmasi Hospital Kuala Lumpur).

Click here: https://forms.gle/1xwXC8dxutQb3tYZ9

𝑬𝒗𝒆𝒏𝒕 𝑫𝒆𝒕𝒂𝒊𝒍𝒔
📆 15th August 2026
📍 Auditorium, Hospital Tunku Azizah

🚀 𝑳𝒊𝒎𝒊𝒕𝒆𝒅 𝑺𝒆𝒂𝒕 𝑨𝒗𝒂𝒊𝒍𝒂𝒃𝒍𝒆

Link to agenda: https://canva.link/9foh772pjehtc0d

08/05/2026
30/04/2026

Adakah semua jenis ubat perlu dibawa oleh para jemaah haji? Dengarkan kupasan istimewa daripada Pegawai Farmasi kami!

Pada 28 April 2026, satu lawatan penanda aras yang diketuai oleh Ketua Jabatan Farmasi, Pn. Rohana Binti Hassan telah be...
29/04/2026

Pada 28 April 2026, satu lawatan penanda aras yang diketuai oleh Ketua Jabatan Farmasi, Pn. Rohana Binti Hassan telah berjaya dilaksanakan oleh delegasi Hospital Kuala Lumpur (HKL) ke 𝐈𝐛𝐮 𝐏𝐞𝐣𝐚𝐛𝐚𝐭 𝐏𝐡𝐚𝐫𝐦𝐚𝐧𝐢𝐚𝐠𝐚, 𝐒𝐡𝐚𝐡 𝐀𝐥𝐚𝐦.

Lawatan ini bertujuan untuk mengenal pasti serta meneliti amalan kerja terbaik dan sistem pengurusan rantaian bekalan yang cekap sebagai rujukan untuk diadaptasi oleh HKL. Inisiatif ini selari dengan perancangan pembangunan “𝑳𝒐𝒈𝒊𝒔𝒕𝒊𝒌 𝑯𝒖𝒃” bagi menyokong penyampaian perkhidmatan kesihatan berskala besar yang lebih efisien.

Sepanjang lawatan tersebut, para peserta telah berpeluang mengikuti sesi taklimat, lawatan ke fasiliti serta sesi soal jawab yang interaktif dan konstruktif. Program ini memberikan nilai tambah yang signifikan dalam memperkukuh pemahaman berkaitan pengurusan logistik serta rantaian bekalan farmaseutikal yang lebih sistematik dan berkesan.

Sebagai tanda penghargaan atas kerjasama erat serta perkongsian ilmu yang diberikan, pihak HKL telah menyampaikan cenderamata penghargaan kepada wakil Pharmaniaga, iaitu En. Hairulrizal Bin Samuri, Ketua Logistik & Pengedaran, serta En. Khubaib Bin Azahari, Penolong Naib Presiden, Ketua Jabatan Rangkaian Bekalan.

Diharapkan lawatan ini akan terus memperkukuh hubungan kerjasama strategik antara kedua-dua pihak, di samping membuka peluang kepada kolaborasi yang lebih luas dan berimpak tinggi pada masa hadapan.

Telah berlangsung dengan jayanya 𝐏𝐞𝐫𝐡𝐢𝐦𝐩𝐮𝐧𝐚𝐧 𝐉𝐚𝐛𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐅𝐚𝐫𝐦𝐚𝐬𝐢 𝐇𝐨𝐬𝐩𝐢𝐭𝐚𝐥 𝐊𝐮𝐚𝐥𝐚 𝐋𝐮𝐦𝐩𝐮𝐫 𝐒𝐞𝐬𝐢 𝟏 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟔 pada 27 April 2026 ...
28/04/2026

Telah berlangsung dengan jayanya 𝐏𝐞𝐫𝐡𝐢𝐦𝐩𝐮𝐧𝐚𝐧 𝐉𝐚𝐛𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐅𝐚𝐫𝐦𝐚𝐬𝐢 𝐇𝐨𝐬𝐩𝐢𝐭𝐚𝐥 𝐊𝐮𝐚𝐥𝐚 𝐋𝐮𝐦𝐩𝐮𝐫 𝐒𝐞𝐬𝐢 𝟏 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟔 pada 27 April 2026 bertempat di Auditorium 3, Institut Pediatrik HKL.

Majlis dimulakan dengan Ucapan Mandat daripada YBrs. Puan Rohana Hassan, Ketua Jabatan Farmasi HKL, diikuti dengan pelbagai pengisian bermakna termasuklah makluman kenaikan pangkat warga jabatan.

Antara momen yang paling dinantikan adalah:

🔹𝐒𝐞𝐬𝐢 𝐏𝐞𝐧𝐲𝐚𝐦𝐩𝐚𝐢𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐝𝐢𝐚𝐡 𝐊𝐮𝐢𝐳 𝐌𝐒𝐐𝐇
🔹𝐀𝐧𝐮𝐠𝐞𝐫𝐚𝐡 𝐏𝐞𝐤𝐞𝐫𝐣𝐚 𝐂𝐞𝐦𝐞𝐫𝐥𝐚𝐧𝐠 𝐒𝐞𝐬𝐢 𝐉𝐮𝐥-𝐃𝐢𝐬 𝟐𝟎𝟐𝟓
🔹 𝐏𝐞𝐧𝐲𝐚𝐦𝐩𝐚𝐢𝐚𝐧 𝐒𝐢𝐣𝐢𝐥 & 𝐂𝐞𝐧𝐝𝐞𝐫𝐚𝐡𝐚𝐭𝐢 𝐏𝐞𝐬𝐚𝐫𝐚

Tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah dan pemenang kuiz! Kecemerlangan anda adalah inspirasi buat kami semua.

Terima kasih juga dirakamkan kepada pihak 𝐉𝐊 𝐁𝐮𝐝𝐚𝐲𝐚 𝐊𝐞𝐫𝐣𝐚 𝐏𝐫𝐞𝐦𝐢𝐞𝐫 𝐉𝐚𝐛𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐅𝐚𝐫𝐦𝐚𝐬𝐢 sebagai jawatankuasa penganjur serta seluruh warga jabatan yang hadir memberikan sokongan.

Semoga semangat ukhuwah dan dedikasi ini terus memacu Jabatan Farmasi HKL ke arah perkhidmatan yang lebih cemerlang.

Kita jumpa lagi di perhimpunan akan datang! 💊

17/04/2026
Strengthen the foundation of safety, quality & excellence in sterile pharmaceutical preparation.Don’t miss expert insigh...
13/04/2026

Strengthen the foundation of safety, quality & excellence in sterile pharmaceutical preparation.

Don’t miss expert insights, practical tools to enhance your daily practice & networking opportunities!

Register now for the HKL-HTA-IPR Good Preparation Practice (GPP) Unplugged Seminar (in collaboration with Persatuan Farmasi Hospital Kuala Lumpur).

Limited seats available!

𝗘𝘃𝗲𝗻𝘁 𝗗𝗲𝘁𝗮𝗶𝗹𝘀:
📆 15th August 2026
📍 Auditorium, Hospital Tunku Azizah

🚀 𝗥𝗲𝗴𝗶𝘀𝘁𝗿𝗮𝘁𝗶𝗼𝗻 𝗰𝗼𝗺𝗶𝗻𝗴 𝘀𝗼𝗼𝗻!

𝐂𝐨𝐧𝐠𝐫𝐚𝐭𝐮𝐥𝐚𝐭𝐢𝐨𝐧𝐬 𝐭𝐨 𝐚𝐥𝐥 𝐨𝐮𝐫 𝐰𝐢𝐧𝐧𝐞𝐫𝐬!A total of 𝟭𝟰𝟵 𝗽𝗹𝗲𝗱𝗴𝗲𝘀 were received in conjunction with 𝗪𝗼𝗿𝗹𝗱 𝗗𝗶𝗮𝗯𝗲𝘁𝗲𝘀 𝗗𝗮𝘆 𝟮𝟬𝟮𝟱.Than...
18/11/2025

𝐂𝐨𝐧𝐠𝐫𝐚𝐭𝐮𝐥𝐚𝐭𝐢𝐨𝐧𝐬 𝐭𝐨 𝐚𝐥𝐥 𝐨𝐮𝐫 𝐰𝐢𝐧𝐧𝐞𝐫𝐬!

A total of 𝟭𝟰𝟵 𝗽𝗹𝗲𝗱𝗴𝗲𝘀 were received in conjunction with 𝗪𝗼𝗿𝗹𝗱 𝗗𝗶𝗮𝗯𝗲𝘁𝗲𝘀 𝗗𝗮𝘆 𝟮𝟬𝟮𝟱.

Thank you to everyone who participated and supported this initiative.

Winners will be contacted for further details.



Diabetes Medication Therapy Adherence Clinic, Jabatan Farmasi HKL.

Address

Melor
50586

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Farmasi Hospital Kuala Lumpur posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share