17/03/2022
8 MAKANAN BANTU TINGKATKN POTENSI HAMIL !!
Selain usaha melakukan rawatan perubatan membantu wanita yang sukar hamil, jenis makanan yang dimakan juga sebenarnya membantu meningkatkan kesuburan tau..
sehingga boleh mempengaruhi potensi untuk mengandung.
Jadi, kepada wanita yang masih belum berjaya mengandung selepas beberapa bulan atau tahun berkahwin apa kata amalkan makanan ini. Mana tahu lepas ini rezeki anda berjaya mengandung.
Insya-Allah~.......................
🍜 MAKAN BUAH-BUAHAN & SAYURAN YG SEGAR.
Kalau boleh elakkan makan makanan segera kerana ia mengandungi bahan yang tidak diperlukan badan. Sayur dan buah organik mengandungi vitamin, protein dan enzim sempurna yang mudah diserap badan...
🍜 MAKANAN SERAT TINGGI
Jenis makanan ini membantu pergerakan usus lebih aktif dan melancarkan pembuangan racun dari badan.
Antara makanan tersebut adalah :
✔Bijirin
✔Tembikai
✔Beras merah
✔Roti gandum
✔Kekacang...
🍜 SAYUR HIJAU
Semua jenis sayuran berdaun hijau mampu mempertahankan dan menjaga fungsi organ reproduksi supaya tetap stabil. Makanan seperti:
✔Bayam sangat membantu wanita yang ingin cepat hamil. Ini kerana sayuran ini mengandungi zat antioksidan, zat besi dan asid folik...
🍜 MAKANAN BANTU HAID LANCAR
Salah satu sebab wanita sukar hamil adalah kerana mempunyai kitaran haid yang tidak lancar. Jadi untuk mudah hamil, kitaran haid dan ovulasi mesti lancar setiap bulan. Lobak merah, keledek dan oren adalah jenis makanan yang membantu wantai mendapat kitaran haid yang tepat. Atau amalkan bagi memastikan kitaran haid berjalan lancar...
🍜 MAKANAN TINGGI ASID FOLIK
Adid folik meningkatkan pengeluaran sel telur dalam sistem reproduksi wanita sehingga memudahkan untuk mengandung.
✔kacang soya (bhn dlm furmon)
✔kuning telur
✔kentang
✔tepung ubi
✔kobis
✔asparagus
✔ubi bit
✔pisang
✔ brokoli..
🍜MAKANAN KAYA VIT-C
Rajinlah makan jenis makanan ini untuk memudahkan anda cepat hamil. Antara makanan ini seperti:
✔ oren
✔Strawberi
✔Brokoli
✔Kobis Brussel..
🍜 KEKACANG
Jenis kekacang sangat tinggi kandungan asid lemak omega 3 dan sangat baik membantu menjaga sistem reproduksi wanita.
Antara kekacang ini adalah:
✔almond
✔walnut
✔aprikot...
🍜 TENUSU
Susu bukan hanya kaya dengan kalsium tetapi juga mampu menghasilkan hormon kesuburan. Selain yogurt, susu dan telur, masukkan juga ikan dalam menu anda kerana ikan mengandungi khasiat baik untuk kesuburan dan membantu meningkatkan peluang kehamilan dengan lebih cepat...
Jadi, jangan lupa ya masukkan jenis makanan tersebut dalam menu harian. Pilihan ditangan anda.