29/11/2021
Minyak ikan ubat buat jantung...
Minyak ikan adalah lemak atau minyak yang diekstrak daripada tisu ikan. Kebiasaannya ia dihasilkan daripada ikan berminyak seperti ikan tuna dan ikan tenggiri.
Adakalanya ia turut diperbuat daripada hati ikan, sebagai contoh, minyak hati ikan kod.
Memakan ikan yang kaya dengan asid lemak omega-3 dan nutrien lain dalam diet dipercayai memberikan lebih banyak manfaat kesihatan keseluruhan secara am dan kesihatan jantung secara khususnya berbanding pengambilan suplemen.
Keberkesanan penggunaan minyak ikan dalam diet makanan telah diuji untuk pelbagai jenis keadaan kesihatan.
Kebiasaannya ia digunakan untuk keadaan yang berkaitan dengan sistem jantung dan darah.
Sesetengah individu menggunakannya untuk membantu menurunkan tekanan darah, trigliserida dan tahap kolesterol.
Ikan mungkin mendapat reputasi sebagai βmakanan otakβ kerana sesetengah individu mengambil ikan untuk membantu mengatasi masalah kemurungan, gangguan bipolar, psikosis, kecelaruan hiperaktif kurang daya tumpuan (ADHD), penyakit Alzheimer, gangguan penyelarasan pembangunan, sakit kepala migrain, epilepsi, skizofrenia dan gangguan mental.