02/11/2025
CARA NAK BUKA AKAUN SEMASA UNTUK ENTERPRISE DI MAYBANK.
1. Perlu ada dokumen ssm (Form A, Sijil ssm, Business info). Untuk sole proprietor. Untuk partnership perlu bawa stamping agreement.
2. Standby siap siap nombor TIN (Tax Indvidual Number) siap siap. (Ada cawangan yang minta, ada yang tak)
3. Buka di cawangan yang berdekatan dengan alamat ssm korang. Contoh alamat ssm di Kuala Lumpur, so kena ke branch yang terdekat dengan alamat dengan alamat ssm.
4. Kena daftar dulu dalam sistem Maybank untuk dapatkan nombor akaun, pin sementara dan nombor akses.
5. Bawa dokumen ssm, cop rasmi, gambar fb page/tiktok page, resit jualan sebagai bukti busines korang memang genuine.
6. Bawa Deposit RM1000.00 untuk masukkan dalam akaun selepas thumbprint. Deposit boleh keluar semula selepas 12 jam lepas secure2u aktif.
Nota : ada kemungkinan pegawai akan minta tinggalkan dokumen dulu untuk semakan rekod ccris/ctos. Ada pegawai terus buat on the spot.