02/05/2021
Bekalan Habbatussauda GredA1 Habasyi ni makin menyusut. Saya terpaksa restoc.k lagi. Terutama buat persediaan di rumah~
Bila minum dengan Madu Tualang, kesan terapeutik (penyembuhan) Habbatussauda ni jadi lebih kuat.
Anak-anak saya Alhamdulillah, kalau sakit, dua ni je lah ubat nya.
Antara kelebihan bila kita terapi penyakit dengan Madu dan Habbatussauda, kita tak perlu risau dengan kesan sampingan ubat atau interaksi antara ubat-ubatan kerana keduanya adalah dalam kategori makanan.
Sejak 5000 tahun lagi manusia amalkan minum Madu dan jintan hitam ni tanpa sebarang kesan sampingan buruk.
Jadi, bila saya ikhtiar berubat dengan makanan, bukan bermaksud saya menolak perubatan standard. Tidak sama sekali.
Al-Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah rahimahullahu menulis:
“Sungguh para doktor telah sepakat bahawa ketika memungkinkan pengubatan dengan bahan makanan maka jangan beralih kepada ubat-ubatan (drugs). Ketika memungkinkan mengamalkan ubat yang sederhana, maka jangan beralih memakai ubat yang kompleks.
Ini asas yang cukup sederhana .
Mereka menjelaskan lagi:
"Setiap penyakit yang boleh dirawat dengan makanan-makanan tertentu dan pencegahan, maka janganlah mencuba merawatnya dengan ubat-ubatan”
“Berpalingnya manusia dari cara pengubatan nubuwwah seperti halnya berpalingnya mereka dari pengubatan dengan Al-Quran, yang merupakan ubat bermanfaat.” (Ath-Thibbun Nabawi, hal. 6, 29)
Oleh itu, tidak wajar seorang muslim menjadikan pengubatan nabawiyyah sekadar sebagai pengubatan alternatif. Justeru dia harus menjadikannya sebagai cara pengubatan yang utama, kerana kepastiannya datang dari Allah Subhanahu wa Ta’ala melalui lisan Rasul-Nya ﷺ.
Sementara pengubatan dengan ubat-ubatan sintetik kepastiannya tidak seperti kepastian yang didapatkan dengan Thibbun nabawi.
Pengubatan yang diajarkan Nabi ﷺ diyakini kebaikannya kerana bersumber dari wahyu.
Sementara pengubatan dari selain Nabi kebanyakannya dugaan atau dengan pengalaman/eksperimen. (Fathul Bari, 10/210)
# # # PM kami atau boleh whatsapp no di page kami