25/10/2023
TAK SANGKA. SEBENARNYA DENGAN 7 TIPS MUDAH INI BOLEH BANTU 💢KEMPISKAN💢 PERUT DENGAN MUDAH & CEPAT!
💢1. Minum Air Limau💢
Kaedah yang memang terbukti untuk kempiskan perut buncit secara semula jadi adalah dengan meminum air limau setiap kali anda bangun pagi dan juga selepas makan.
💢2. Minum Teh [HALIA]💢
Kebiasaannya halia diambil untuk membuang angin dari badan tetapi sebenarnya ia juga berkesan untuk membantu percernaan semulajadi badan dan merupakan ejen termogenik.
💢3.Kurangkan Pengambilan GULA💢
Salah satu cara kempiskan perut dengan kaedah semulajadi adalah dengan mengurangkan atau tidak mengambil langsung gula.
💢4.Tidur Yang Cukup💢
Ramai orang memandang rendah betapa pentingnya tidur yang cukup iaitu 6-8 jam sehari bagi orang dewasa untuk membolehkan sistem dalaman badan kita mendapatkan rehat yang secukupnya bagi menggantikan sel-sel badan yang rosak atau lemah.
💢5. Makan Ikan Salmon💢
Seterusnya anda boleh mengamalkan diet yang mengandungi ikan salmon sekurang-kurangnya dua kali seminggu.
Ikan salmon yang kaya dengan Omega-3 dapat membantu memecahkan lemak dan terbukti dalam mengurangkan penyimpanan lemak di perut buncit anda.
💢6. Tingkatkan Metabolisme💢
Apa kaitan cara kempiskan perut dengan metabolisme? Bagaikan tiada kaitan?
Nanti dahulu. Pernah terfikir atau tidak, “Kenapa kawan aku ni makan banyak, tapi tak gemuk gemuk?”.
Jawapannya ialah, dia mempunyai tahap metabolisme yang sangat tinggi. Dalam tidur pun boleh bakar kalori.
Seringkali orang yang mempunyai metabolisme yang tinggi adalah seorang yang aktif dan tidak boleh duduk diam.
Kajian juga mendapati bahawa metabolisme yang tinggi secara pasifnya akan membakar lebih banyak kalori berbanding mereka yang mempunyai metabolisme yang rendah.
💢7. Diet Dengan Cara Detox💢
Apabila kita diet dengan cara mendetoks,
kita akan membuang toksin pada masa yang
sama kita membuang lemak.
Dan toksin yang kita maksudkan ini bukan saja toksin di bahagian perut dan usus saja, tapi turut berada di organ-organ penting yang lain termasuklah hati.