Kedai Larut Malam

Website

Kedai Larut Malam Info tentang kesihatan luaran dan dalam lelaki

8 Langkah Untuk Gaya Hidup SihatMinum Air Secukupnya1. Minum banyak air suam atau air mineral untuk membantu membuang to...
11/09/2022

8 Langkah Untuk Gaya Hidup Sihat

Minum Air Secukupnya

1. Minum banyak air suam atau air mineral untuk membantu membuang toksin dalam badan, menjaga kesihatan kulit dan juga membantu membakar kalori dalam badan

Diet yang Sihat

2.Makan yang cukup tetapi bukan berlebihan. Cara terbaik, makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang.

Jangan Merokok

3. Jangan merokok kerana ia menjejaskan kulit dan kesihatan.

Bersenam

4. Bersenam baik untuk kesihatan dan rohani. Lakukan walaupun hanya 10 minit sehari.

Tangani Stress

5. Elakkan tekanan. Tekanan mempercapatkan proses penuaan. Nikmatilah muzik lembut dikamar bagi meredakan ketegangan.

Tidur Berkualiti
6. Pastikan tidur anda benar benar berkualiti.

Terapi Aromaterapi
7. Luangkan masa untuk memanjakan diri walaupun dirumah. Cari pelbagai jenis bunga yang wangi untuk ramuan mandian.

Penjagaan Kulit
8. Benarkan kulit anda berehat dari memakai sebarang solekan (terutama malam). Kulit juga perlu bernafas.

Hilang Gelaran Manja Lepas Kahwin? Usah Begitu! Ada Banyak Manfaat Panggil Pasangan 'Sayang'!Panggilan manja itu tanda a...
10/09/2022

Hilang Gelaran Manja Lepas Kahwin? Usah Begitu! Ada Banyak Manfaat Panggil Pasangan 'Sayang'!

Panggilan manja itu tanda anda cinta?
Masihkah anda ingat ketika saat pertama kali berkenalan dengan pasangan? Pada ketika itu, masih tiada nama yang manis-manis kerana masing-masing juga rasa malu dan segan.

Dalam fasa sedang berkawan , panggilan yang biasa digunakan seperti ‘Saya – Awak’, ‘Kau – Aku’ atau ‘I – You’ sebelum ia berubah kepada nama lebih sweet seiring waktu berjalan.

Ada juga yang mungkin akan membahasakan diri atau pasangan dengan nama asal mereka sahaja contoh; ‘Aiman – Aina’ dan ini boleh kekal sehingga mereka tiba ke fasa seterusnya.

Apabila pasangan itu sudah tiba di persimpangan percintaan, panggilan-panggilan yang formal ini akan mula berubah secara semula jadi kepada sesuatu yang lebih romantik, seperti contoh di atas tadi.

Variasi panggilan pasangan orang kita?

Ya, mungkin masih ada pasangan daripada orang kita yang menggunakan panggilan dalam bahasa asing seperti Baby, Babe,

Honey dan lain-lain namun ada juga yang kurang biasa dengannya.

Ini kerana orang kita mungkin lebih biasa dengan panggilan dalam bahasa kita sahaja dan ini tidak p**a mengehadkan pada satu tahap yang minimum kerana ia tetap akan membawa kesan yang sama.

Contohnya, pasangan masyarakat kita mungkin lebih biasa menggunakan panggilan yang berikut:

Panggilan manja untuk suami – Sayang, Abang, Kanda, Ayang
Panggilan manja untuk isteri – Sayang, Adik, Dinda, Ayang

Sebenarnya, tiada masalah untuk anda sapa pasangan dengan panggilan apapun asalkan ia tetap mempunyai maksud yang baik.

Namun, apa p**a salahnya untuk anda jadi lebih romantik, bukan?
Jangan malu panggil pasangan anda ‘Sayang’!

Konklusinya, panggilan manis terhadap pasangan itu mampu untuk membuahkan benih kasih dan sayang yang akan mengeratkan lagi menguatkan hubungan di dalam rumah tangga.

Ayuh, mulakan pada hari ini juga! Siapa tahu mungkin ia akan buat hubungan anda dan pasangan itu lebih hangat?

5 Petanda Hubungan Suami Isteri Tidak Lagi SEMESRA Dulu. Berhati - hati Dengan Petanda Nombor 2*1 - CurangIni adalah per...
27/08/2022

5 Petanda Hubungan Suami Isteri Tidak Lagi SEMESRA Dulu. Berhati - hati Dengan Petanda Nombor 2

*1 - Curang
Ini adalah perkara utama yang menyebabkan pasangan tawar hati. Sesungguhnya pengalaman dicurangi sangat tidak boleh diubati.

*2 - Hubungan kelamin tidak lagi menjadi kegemaran
Antara kenikmatan alam perkahwinan ialah tiada tembok pemisah antara lelaki dan perempuan. Kedua - duanya bebas meluahkan rasa cinta secara fizikal antara satu sama lain. Namun, apabila ia semakin kurang , ikatan kuat yang mengikat suami dan isteri bakal putus pada bila - bila masa saja. Lelaki atau perempuan mesti saling memuaskan barulah kehidupan seharian penuh dengan kasih sayang.

*3 - Tiada lagi layanan mesra
Balik kerja tidak di sambut, makan minum tak terjaga. Isteri p**a jarang memasak, isteri tak di pandang suami, masa rehat isteri tidak menjadi kepentingan. Perkara sebegini lama kelamaan akan merebak dan boleh menjadi lebih teruk.

*4 - Pasangan saling tidak bertentang mata
Nampak seperti tidak penting, tetapi pandangan mata ini sangat memberi erti. Apabila seseorang bercakap, adalah amat penting ada "eye contact" yang menunjukkan ada hubungan yang kuat. Apabila pandangan ini telah tiada, bermakna yang mendengar sudah tidak fokus ,fikir ke arah lain dan yang bercakap p**a rasa tidak penting. Dari sinilah datangnya perasaan TAWAR HATI.

*5 - Tidur bersama tapi jiwa tiada
Hanya beberapa inchi saja yang menjarakkan suami isteri, tetapi pada hakikatnya amat jauh. Bila seorang sudah mula dengan facebook dan seorang lagi p**a dengan instagram. Kedua - duanya melihat kebahagiaan orang lain dan takde usaha untuk memperbaiki hubungan.

Address

Lot , Tmn. Tenang Damai Kg Jati, Gong Badak
Kuala Terengganu
20358

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kedai Larut Malam posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share