Komersil IPD Kuala Terengganu

Komersil IPD Kuala Terengganu Bahagian Siasatan Jenayah Komersil,
IPD Kuala Terengganu. BERKONGSI BERKENAAN TREND JENAYAH KOMERSIL MASA KINI DAN CARA PENCEGAHAN.
'PLEASEE!

JANGAN BIARKAN DIRI ANDA MENJADI MANGSA SCAMMER!'

"BE SMART, STAY ALERT!!"

07/05/2026

KUALA TERENGGANU, 7 Mei - Seorang peniaga mengalami kerûgîan sebanyak RM882,920 selepas terpedâya dengan kes penîpûan Phøne Scâm.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Azli Mohd Noor berkata mângsâ lelaki berusia awal 50-an memaklumkan telah menerima panggilan dari individu yang tidak dikenali semasa berada di rumah di sini pada 23 Mac lepas.

"Individu tersebut memberitahu bahawa dirinya dari pihak Etîka Takâful dan memberitahu bahawa nama pengadu telah digunakan untuk membuat tuntutan di sebuah hospital swasta sebanyak tiga kali.

"Pengadu menafikannya dan telah diminta membuat laporan secara atas talian. Kemudian talian telah disambungkan ke pihak yang mengakui dirinya polis," katanya dalam kenyataan hari ini.

Azli berkata setelah semakan dibuat, mângsâ dimaklumkan bahawa namanya juga terlibat dengan kes penggûbâhan wâng harâm dan juga râsûah.

Jelasnya bagi menyelesaikan kes tersebut, pengadu telah diarahkan memindâhkan semua wâng simpânannya ke dalam dua akaun miliknya sendiri yang baru dibuka setelah diarahkan oleh individu tersebut.

Ujar beliau maklumat perbânkan internet bagi akalâun miliknya telah diberikan kepada individu tersebut sepertimana yang diminta.

Katanya oleh kerana percaya, mângsâ telah memindahkan wâng simpânan dari empat akaun bânk miliknya sebanyak kira-kira RM883,000 ke dua akâun bânk yang baru dibuka itu.

Ujar Azli mângsâ dimaklumkan tujuan wâng tersebut dipindâhkan adalah untuk siasâtan sama ada wâng tersebut adalah dari sumber hârâm ataupun tidak.

"Pengadu telah diminta supaya tidak membuat apa-apa transaksi dari kedua-dua akâun tersebut termasuk membuat semakan baki sehingga siasâtan selesai.

"Oleh kerana sering diminta membuat kemâsukan wâng, pengadu merasa curîga dan telah membuat semakan baki wâng di dalam dua akâun bânk yang baru dibuka itu,"katanya.

Katanya setelah semakan dibuat, pengadu menyedari wâng di dalam dua akâun baru miliknya itu telah berkurâng sebanyak RM155,950 dan RM726,970.

Ujarnya mângsâ mendapati beberapa kali transâksi pindâhan wâng yang dibuat dari kedua-dua akâun miliknya tersebut secara berperingkat dari 29 Mac 2026 sehingga 4 Mei 2026 ke akâun tidak pasti yang bukan dibuat olehnya.

Ujar Azli dalam urusan tersebut, pengadu juga telah dihubungi oleh individu lain melalui lima nombor telefon yang berbeza.

Katanya mângsâ telah membuat laporan polis pada pukul 12.36 tengah hari semalam setelah menyedari dirinya telah ditîpu sehingga mengalami kerûgîan RM882,920 dari simpanan peribadi miliknya.

Ujar Azli kes disiasât dibawah Seksyen 420 Kanun Kesek*saan.


Pada 13 Januari 2026 (Isnin), satu majlis Panggil Nama serta Lafaz Ikrar Dadah dan Ikrar Bebas Rasuah telah diadakan ole...
13/01/2026

Pada 13 Januari 2026 (Isnin), satu majlis Panggil Nama serta Lafaz Ikrar Dadah dan Ikrar Bebas Rasuah telah diadakan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Komersil (BSJKD), Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu. Majlis ini telah berlangsung pada jam 2.30 petang bertempat di Bilik Taklimat, Balai Polis Kuala Terengganu. Lafaz ikrar telah diketuai oleh Insp Muhamad Syaqir bin Mohd Rizani.

Majlis ini telah dipengerusikan oleh ASP Noorshahiram binti Adam, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Komersil IPD Kuala Terengganu dan disertai oleh seramai 19 orang pegawai serta anggota, terdiri daripada 6 orang Pegawai Kanan Polis (PKP), 12 orang Pegawai Rendah Polis (PRP) dan seorang Kakitangan Tadbir Awam (KTA).

Sepanjang majlis berlangsung, bacaan Lafaz Ikrar Dadah dan Ikrar Bebas Rasuah telah dilaksanakan dengan penuh tertib di hadapan Ketua Bahagian. Semua pegawai dan anggota yang hadir telah menandatangani borang ikrar berkenaan sebagai tanda komitmen terhadap integriti, disiplin serta pematuhan kepada peraturan yang ditetapkan. Borang-borang tersebut akan disimpan bagi tujuan dokumentasi dan dimuat naik ke dalam Fail e-SKDD masing-masing.

Dalam ucapannya, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Komersil telah menekankan kepentingan menjaga disiplin diri dalam kalangan warga BSJKD, khususnya dari segi kekemasan berpakaian seragam dan keterampilan diri semasa menjalankan tugas. Selain itu, semua warga BSJKD turut diingatkan supaya meningkatkan pencapaian KPI tuduh serta memastikan penyerahan wang kepada pengadu bagi kes-kes berkaitan NSRC dilaksanakan dengan lebih berkesan.

Beliau juga mengingatkan agar semua pegawai dan anggota membuat pengemaskinian pengisytiharan harta dan SKDD 4 pada setiap bulan tanpa gagal. Di samping itu, semangat saling hormat-menghormati, kerjasama berpasukan serta komunikasi yang baik hendaklah sentiasa diamalkan bagi memastikan kelancaran tugasan harian.

Dalam masa yang sama KBSJKD turut berbesar hati telah menyampaikan ucapan tahniah dan syabas kepada Sjn Amran bin Mohamed kerana telah mencapai pertuduhan tertinggi pada bulan Disember 2025.

Sebagai penutup, warga BSJKD digesa untuk mengekalkan momentum prestasi kerja yang baik seperti sedia ada serta sentiasa berusaha meningkatkan kualiti perkhidmatan yang diberikan kepada masyarakat. Majlis ini diharapkan dapat memperkukuhkan lagi nilai integriti, profesionalisme dan akauntabiliti dalam kalangan warga Bahagian Siasatan Jenayah Komersil IPD Kuala Terengganu.

Address

Bahagian Siasatan Jenayah Komersil, IPD Kuala
Kota Bharu
20918

Telephone

013 2004173

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Komersil IPD Kuala Terengganu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share