Beauty and Healthy

Beauty and Healthy Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Beauty and Healthy, Kuala Terengganu.

01/12/2021
SEORANG kanak-kanak perempuan berusia dua tahun disahkan mengalami masalah penglihatan kurang jelas atau rabun selepas t...
11/06/2019

SEORANG kanak-kanak perempuan berusia dua tahun disahkan mengalami masalah penglihatan kurang jelas atau rabun selepas terlalu kerap bermain telefon bimbit, lapor World of Buzz.

Menurut sumber, ibu bapa kepada kanak-kanak yang dikenali sebagai Xiao Man tidak tegas dan selalu membenarkannya menggunakan telefon bimbit sepanjang masa sejak dia berusia setahun lagi.

Xiao Man dikatakan lebih diam dan tenang apabila diberi menggunakan telefon bimbit membuatkan mereka sentiasa memberinya telefon bimbit sepanjang masa.

Setahun kemudian, keadaan Xiao Man mula berubah tetapi keluarganya menyangka perubahan itu cuma kesan dari kekerapan menggunakan telefon bimbit dan tidak mengambil endah mengenainya.

Sehinggalah pada suatu hari, Xiao Man dibawa ibu bapanya untuk menjalani pemeriksaan mata dan alangkah terkejutnya mereka apabila mendapati anak perempuan mereka itu mengalami rabun jauh, 900 degree.

Menurut pihak hospital, Xiao Man terlalu muda diberi menggunakan alat peranti elektronik dan kekerapan penggunaan itu telah merosakkan matanya.

Keadaan itu akan bertambah teruk apabila Xiao Man meningkat dewasa.

Justeru, doktor menasihatkan kanak-kanak di bawah usia tiga tahun tidak diberi menggunakan telefon bimbit. Sementara golongan kanak-kanak berusia tiga hingga enam tahun hanya diberi menggunakan telefon bimbit selama 30 minit setiap hari.

Tambahnya lagi, ibu bapa boleh mengesan simptom-simptom ketagihan anak pada telefon bimbit dengan melakukan pemeriksaan mata mereka. Ini termasuk anak-anak sering mengosok mata, kerap mengerlip mata, muka berkerut bagai.

27/05/2019

Satu pengalaman dan juga ilmu yang tidak akan saya lupakan bila saya berjumpa dengan Makcik Chek, merupakan salah seorang Mak Bidan yang tertua di Kemaman yang masih lagi sihat mengurut wanita wanita lepas bersalin dan yang bermasalah.

Walaupun sudah berusia hampir dekat 70an tetapi masih kuat lagi tenaga beliau mengurut. Beliau memberitahu dan berpesan kepada saya satu perkara :

Pada pertengahan kalender Islam setiap 15hb -21hb bulan Islam biasanya cacing akan bertelur dan membiak-biak dalam usus manusia. Ini panggil proses cacing bersenggama . Walau pun tidak terbukti secara perubatan moden, saya percaya akan maklumat ini berdasarkan perubatan tradisional dan perbidanan Melayu yang diperolehi dari kitab kitab TIBB.(Manuskrip Perubatan Melayu)

Dari pengalaman saya sendiri dengan orang yang meminta consultation mengenai perubatan tradisional melayu terutama bila mereka bertanya kepada saya :

1. Kenapa saya mengambil apa-apa supplement atau vitamin , ubatan herba tidak nampak kesan kepada saya?

2. Kenapa saya sering rasa gatal-gatal di kawasan tertentu, penyakit di hadapi payah sembuh walaupun sudah beberapa kali berjumpa doktor mendapatkan perawatan diberi ubat dan antibiotik hilang sekejap tetapi berulang lagi.

3. Kenapa saya mudah selalu gastrik / masuk angin dan perut jadi sensitif .Badan tidak bertenaga. Kadang-kadang saya makan sudah terlalu banyak tetapi masih lagi lapar di waktu tengah malam?
Perut saya buncit berbunyi sesuatu dalamnya.

Ramai kebanyakan orang saya bertanya bila kali terakhir mengambil ubat cacing? Rata-rata memberitahu di ketika usia budak zaman sekolah dahulu. Bayangkan , jika anda sudah berusia 40 tahun pelbagai jenis cacing beranak pinak dalam badan anda!!

Sekarang ini , bila kita mengambil ubat cacing , cacing tidak akan keluar seekor demi seekor seperti zaman dahulu. Cacing-cacing akan hancur melalui najis. Jangan takut mengambil ubat cacing.

Jangan ambil mudah dengan masalah kecacingan kerana kebanyakan kita mungkin beranggapan cacing hanya berada di dalam usus sahaja. Sebenarnya jangkitan cacing boleh berlaku di mana-mana bahagian badan - mata, hati, paru-paru, salur darah. Sebab itu ada pepatah melayu, "jangan sampai cacing naik ke mata." Jangkitan boleh berlaku melalui sentuhan pada kulit , dari pemakanan harian kita juga.

Tanda-tanda kecacingan:

* Keluar cacing daripada lubang najis, atau nampak cacing pada najis
* Alahan kulit yang teruk - bengkak atau ruam dan gatal terutama pada waktu malam
* Gatal sekitar lubang najis (dubur)
* Alahan terhadap makanan
* Sakit perut - cirit-birit, kembung, sembelit
* Anemia - kurang darah (ada cacing yang menghisap darah)
* Keletihan luar biasa - lesu, kurang tumpuan, kemurungan, gelisah, demam
* Tiada selera makan, pucat.
* Kurang berat badan walaupun selera makan ada.
* Mengetap gigi ketika tidur malam (grinding of the teeth at night)
* Kedutan dan lingkaran hitam pada kelopak mata.
* Hiperaktif
* Sakit kepala
* Sensitif terhadap cahaya
* Gusi dan hidung berdarah
* Batuk-batuk teruk yang berpanjangan, batuk berdarah, asthma (cacing di paru-paru)

Tidak semua jangkitan cacing itu merbahaya tetapi rawatan serta pencegahan awal harus dipertimbangkan demi kesihatan dan kualiti hidup.

Satu kes yang berlaku di Hospital Kemaman , yang di uruskan oleh Dr. Juliana Dato Aziz , merupakan sahabat baik saya pada tahun 2007.

" Dr Juliana , camne kes ini boleh berlaku?"
Saya bertanya kepada dia.

"Seorang makcik yang berusia 60an , datang ke hospital kerana mengalami kesakitan dalam perut yang amat sangat. Selepas di diagnosis tidak ada apa apa masalah di dalam bahagian perutnya. Akhirnya pihak kami terpaksa melakukan pembedahan, akhirnya ternampak sesuatu di kawasan usus makcik tersebut, bergolak golak seperti ombak. Setelah ditebuk maka nampaklah cacing putih yang sangat banyak. Dikeluarkan hampir sebesen !"

Saya sedang membayangkan sebesen itu !

" Bila di tanya makcik tersebut , apa yang makcik makan ya ? Katanya makcik s**a makan ulam ulaman"

"The moral of story nya di sini pesan Dr Juliana bukan salah makan ulam ulaman , apa yang perlu ialah mengambil ubat cacing yang sepatutnya !"

"Selepas kes yang berlaku dihospital Kemaman semua doktor dan nurse mengambil ubat cacing pada hari itu termasuk saya" gelak Dr Juliana.

Anda semua bila kali terakhir ambik ubat cacing ya?

SuzyHoney
Berkongsi yang memberi manfaat ramai

Dalam gambar ini terdapat 12 bintik - bintik hitam . . Tetapi mata kita mustahil untuk melihat 12 bintik hitam pada masa...
13/05/2019

Dalam gambar ini terdapat 12 bintik - bintik hitam . . Tetapi mata kita mustahil untuk melihat 12 bintik hitam pada masa yang sama . .

Test mata anda3246Healthy eyes3240Astigmatism. No myopic(Silau tapi tak rabun)1246Light myopic. No Astigmatism (Rabun ta...
07/05/2019

Test mata anda

3246
Healthy eyes

3240
Astigmatism. No myopic
(Silau tapi tak rabun)

1246
Light myopic. No Astigmatism
(Rabun tapi tak silau)

1240
Astigmatism & myopic (silau dan rabun)

29/3/2019
29/03/2019

29/3/2019

8-3-2019
10/03/2019

8-3-2019

Address

Kuala Terengganu

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Beauty and Healthy posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Beauty and Healthy:

Share