CprheroOfficials

CprheroOfficials ๐Ÿฆธ๐Ÿปโ€โ™‚๏ธ CPR Hero Officials
๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Malaysia
๐Ÿซ€ CPR + AED Classes

Hari ini, 19 Jun 2026, telah berlangsung lagi kelas Basic Life Support (BLS) bersama CPR Hero.Seramai 14 orang peserta w...
19/06/2026

Hari ini, 19 Jun 2026, telah berlangsung lagi kelas Basic Life Support (BLS) bersama CPR Hero.

Seramai 14 orang peserta wanita telah menyertai kelas kali ini yang terdiri daripada staf dan doktor dari Pusat Dialisis Dungun serta Pusat Dialisis Nuraeen.

Apa yang menarik, doktor yang bertugas di kedua-dua pusat dialisis ini turut sama mengikuti latihan bersama pasukan mereka. Bagi kami, ini menunjukkan komitmen yang tinggi dalam memastikan setiap anggota pasukan sentiasa bersedia menghadapi situasi kecemasan.

Dalam persekitaran pusat dialisis, kemahiran CPR bukan sekadar satu sijil. Ia adalah ilmu yang boleh membantu menyelamatkan nyawa apabila diperlukan.

Terima kasih kepada seluruh warga Pusat Dialisis Dungun dan Pusat Dialisis Nuraeen atas kepercayaan yang diberikan kepada CPR Hero. Semoga ilmu yang dipelajari hari ini menjadi manfaat kepada semua peserta dan juga pesakit yang mereka jaga setiap hari.

๐Ÿฅ Untuk mana-mana pusat dialisis di Terengganu dan Kelantan yang ingin mendapatkan atau memperbaharui Sijil BLS Practitioner bagi memenuhi keperluan CKAPS, kami sedia membantu melalui kelas yang diiktiraf dan dijalankan oleh tenaga pengajar berpengalaman.

๐Ÿ“ž Hubungi kami:
๐Ÿ‘‰ https://wa.me/601114160068
๐Ÿ‘‰ cprhero.my

Everyone can be a hero. ๐Ÿฆธโ€โ™‚๏ธ๐Ÿฆธโ€โ™€๏ธ

Hari ini telah berlangsung lagi kelas CPR Hero pada Sabtu, 13 Jun 2026.Walaupun kali ini hanya seramai 7 orang peserta y...
13/06/2026

Hari ini telah berlangsung lagi kelas CPR Hero pada Sabtu, 13 Jun 2026.

Walaupun kali ini hanya seramai 7 orang peserta yang hadir, setiap peserta menunjukkankomitmen untuk sentiasa bersedia menyelamatkan nyawa.

Apa yang paling menarik perhatian kami hari ini ialah kehadiran seorang peserta yang merupakan staf pusat dialisis dari Besut. Beliau sanggup menempuh perjalanan yang jauh ke Kuala Nerus semata-mata untuk memperbaharui Sijil Basic Life Support (BLS) Practitioner beliau.

Bagi kami, ini bukan sekadar proses perbaharu sijil.

Ia mencerminkan tahap profesionalisme yang tinggi dan kesungguhan petugas kesihatan untuk memastikan ilmu dan kemahiran menyelamat nyawa sentiasa berada pada tahap terbaik. Dalam persekitaran pusat dialisis, pesakit merupakan golongan yang mempunyai risiko komplikasi perubatan tertentu. Sebab itu, kesediaan staf untuk terus menambah baik kemahiran kecemasan adalah sesuatu yang sangat kami hormati.

Kehadiran beliau juga membuktikan bahawa budaya pembelajaran berterusan dan pematuhan kepada keperluan profesional masih menjadi keutamaan dalam kalangan staf pusat dialisis. Apabila berlaku kecemasan, kemahiran CPR yang dipelajari mungkin menjadi perbezaan antara panik dan tindakan yang boleh menyelamatkan nyawa.

๐Ÿฅ Untuk mana-mana pusat dialisis di Terengganu mahupun Kelantan yang ingin memperbaharui Sijil BLS Practitioner bagi memenuhi keperluan CKAPS, anda dialu-alukan untuk menyertai kelas bersama CPR Hero. Kami sentiasa bersedia membantu organisasi anda memastikan staf kekal kompeten dan bersedia menghadapi situasi kecemasan.

๐ŸŽ“ Ingin mendapatkan atau memperbaharui Sijil BLS Practitioner?

๐Ÿ“ž Hubungi kami di:
๐Ÿ‘‰ https://wa.me/601114160068

๐Ÿ“ฒ Ikuti kami di untuk lebih banyak perkongsian berkaitan CPR dan penyelamatan nyawa.

Everyone can be a hero. ๐Ÿฆธโ€โ™‚๏ธ๐Ÿฆธโ€โ™€๏ธ

Ramai ingat lepas habis kelas CPRโ€ฆ semuanya selesai.Tapi di CPRHERO, kami percaya situasi sebenar tak sama macam dalam k...
09/05/2026

Ramai ingat lepas habis kelas CPRโ€ฆ semuanya selesai.

Tapi di CPRHERO, kami percaya situasi sebenar tak sama macam dalam kelas.

Sebab tu selepas staff lulus dan menerima BLS Provider Certification, kami datang semula untuk jalankan MEGACODE ๐Ÿšจ

Apa itu MEGACODE?

MEGACODE ialah simulasi kecemasan sebenar di tempat kerja.
Kami reka situasi yang mungkin berlaku secara tiba-tiba dan staff perlu bertindak seperti keadaan real.

Jumaat lepas (8 Mei 2026), kami jalankan MEGACODE pertama CPRHERO di sebuah pusat dialisis di Losong, Kuala Terengganu.

Semua staff melalui simulasi khas yang direka berdasarkan kemungkinan kecemasan yang boleh berlaku di pusat dialisis mereka sendiri.

Ada yang perlu:
โœ… Kenal pasti pesakit tidak responsif
โœ… Aktifkan bantuan kecemasan
โœ… Mulakan CPR/BLS dengan pantas
โœ… Bekerja sebagai satu team dalam keadaan panik

Dan yang paling pentingโ€ฆ mereka belajar untuk lebih bersedia bila saat sebenar berlaku.

MEGACODE ini kami buat PERCUMA untuk organisasi yang training bersama CPRHERO kerana kami bukan sekadar nak bagi sijil.

Kami nak pastikan setiap staff benar-benar yakin dan mampu bertindak bila nyawa bergantung pada mereka.

Sebab dalam kecemasanโ€ฆ beberapa saat pertama boleh ubah segalanya. โค๏ธ

๐Ÿ“ž Hubungi kami di:
๐Ÿ‘‰ https://wa.me/601114160068

๐Ÿ“ฒ Ikuti kami untuk lebih banyak tip dan perkongsian penyelamatan nyawa.

Everyone can be a hero. ๐Ÿฆธโ€โ™‚๏ธ๐Ÿฆธโ€โ™€๏ธ

6 New Certified Lifesavers in Seremban! โœจProfessionalism meets preparedness. Last April 26th, professionals from the ins...
29/04/2026

6 New Certified Lifesavers in Seremban! โœจ

Professionalism meets preparedness. Last April 26th, professionals from the insurance, hospitality, and banking sectors completed their CPR training with flying colors.

From mastering chest compressions to passing the rigorous theory exam, these participants proved that being a lifesaver is a responsibility we all share, regardless of our background.

Congratulations on passing with excellence!

๐Ÿ”— Check their status: Transparency is key. You can verify their official BLS provider credentials at cprhero.my

๐Ÿ“ž Contact us:
๐Ÿ‘‰ https://wa.me/601114160068

๐Ÿ“ฒ Follow us for more lifesaving tips & up

๐Ÿ”ฅ๐—™๐—ถ๐—ฟ๐˜€๐˜ ๐—–๐—น๐—ฎ๐˜€๐˜€ ๐—”๐—ณ๐˜๐—ฒ๐—ฟ ๐˜๐—ต๐—ฒ ๐—•๐—ฟ๐—ฒ๐—ฎ๐—ธ: ๐Ÿญ๐Ÿฌ ๐—ก๐—ฒ๐˜„ ๐—–๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐—ถ๐—ณ๐—ถ๐—ฒ๐—ฑ ๐—ฃ๐—ฟ๐—ผ๐˜ƒ๐—ถ๐—ฑ๐—ฒ๐—ฟ๐˜€.๐Ÿ”ฅSelepas berehat seketika sempena musim perayaan, hari ini CPR ...
11/04/2026

๐Ÿ”ฅ๐—™๐—ถ๐—ฟ๐˜€๐˜ ๐—–๐—น๐—ฎ๐˜€๐˜€ ๐—”๐—ณ๐˜๐—ฒ๐—ฟ ๐˜๐—ต๐—ฒ ๐—•๐—ฟ๐—ฒ๐—ฎ๐—ธ: ๐Ÿญ๐Ÿฌ ๐—ก๐—ฒ๐˜„ ๐—–๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐—ถ๐—ณ๐—ถ๐—ฒ๐—ฑ ๐—ฃ๐—ฟ๐—ผ๐˜ƒ๐—ถ๐—ฑ๐—ฒ๐—ฟ๐˜€.๐Ÿ”ฅ

Selepas berehat seketika sempena musim perayaan, hari ini CPR Hero kembali dengan kelas BLS semula.

Kami mulakan langkah pertama pasca-Raya dengan pengisian ilmu yang cukup padat. Fokus hari ini diberikan kepada 10 peserta wanita yang hadir dengan satu misi: menguasai kemahiran menyelamat nyawa.

Keputusannya? 100% Passing Rate. Tahniah kepada semua peserta hari ini. Anda kini secara rasmi merupakan Certified BLS Providers. Bukan sekadar sijil, tetapi kesediaan untuk bertindak bila diperlukan itu yang paling mahal harganya.

โœ…The Momentum Starts Nowโœ…
Kelas hari ini adalah "pemanas enjin" sebelum kami bergerak lebih rancak. Bermula sekarang sehingga ke penghujung tahun, jadual latihan CPR & AED sentiasa tersedia untuk anda. Kami mahu pastikan lebih ramai individu di luar sana mempunyai kompetensi yang betul dalam situasi kecemasan.

๐ŸคSlot Terengganu Kini Dibuka๐Ÿค
Buat warga Terengganu yang dah lama rancang nak ambil sijil BLS atau sekadar nak mantapkan skill bantuan kecemasan, ini masanya. Jangan tunggu slot penuh baru nak cari kami. Jom sertai kelas BLS dimana anda akan mahir melakukan CPR dan menggunakan AED!

๐Ÿ“ž Hubungi kami di:
๐Ÿ‘‰ https://wa.me/601114160068

๐Ÿ“ฒ Ikuti kami untuk lebih banyak tip dan perkongsian penyelamatan nyawa.

Everyone can be a hero. ๐Ÿฆธโ€โ™‚๏ธ๐Ÿฆธโ€โ™€๏ธ

Semalam (6 April 2026), team CPR Hero bersama dua cawangan Klinik Medina, Klinik Medina Kuala Nerus & Klinik Medina Chen...
07/04/2026

Semalam (6 April 2026), team CPR Hero bersama dua cawangan Klinik Medina, Klinik Medina Kuala Nerus & Klinik Medina Chendering telah turun padang ke Pengkalan Unit 6 Polis FRU,Wakaf Tapai,Kuala Terengganu untuk satu sesi perkongsian yang padat dengan ilmu dan pengalaman.

Program dimulakan dengan ceramah kesihatan berkaitan jantung oleh Dr Hanis dari Medina Chendering, membuka tirai dengan kesedaran tentang kepentingan menjaga organ paling setia dalam badan kita. โค๏ธ

Sesi diteruskan dengan talk serta demonstrasi Basic Life Support (BLS) oleh Dr Tium Wei Nie, memberi pendedahan praktikal tentang tindakan pantas yang boleh menyelamatkan nyawa dalam situasi kecemasan.

Lebih menarik, anggota polis turut berpeluang menjalani pemeriksaan kesihatan percuma yang disediakan oleh team Klinik Medina, satu langkah proaktif ke arah menjaga kesihatan diri sambil berkhidmat untuk masyarakat.

Apa yang paling menginspirasikan, pihak polis di Pengkalan Unit 6 FRU ini menunjukkan komitmen tinggi untuk sentiasa update dengan ilmu bantuan kecemasan. Dalam diam, mereka bukan sahaja menjaga keselamatan, tetapi juga bersedia menjadi penyelamat di saat genting. Tabik hormat! ๐Ÿ‘ฎโ€โ™‚๏ธโœจ

Semoga perkongsian ini memberi manfaat dan meningkatkan lagi kesiapsiagaan semua yang terlibat.

๐ŸŽ“ Anda juga ingin belajar CPR dan mendapatkan Sijil BLS?
๐Ÿ“ž Hubungi kami di:
๐Ÿ‘‰ https://wa.me/601114160068

๐Ÿ“ฒ Ikuti kami untuk lebih banyak tip dan perkongsian penyelamatan nyawa.

Everyone can be a hero. ๐Ÿฆธโ€โ™‚๏ธ๐Ÿฆธโ€โ™€๏ธ

As the Year charges forward like a strong horse, CPR Hero wishes you a Chinese New Year powered by speed, strength, and ...
17/02/2026

As the Year charges forward like a strong horse, CPR Hero wishes you a Chinese New Year powered by speed, strength, and steady heartbeats ๐ŸŽ๐Ÿซ€๐Ÿงง

May your days gallop with good fortune, your health run long and strong, and your courage be as dependable as trained hands in an emergency. Just like CPR, timing matters. Be ready, be brave, and keep life moving forward with confidence.

This New Year, let every heartbeat find its rhythm, and let every breath carry hope. Gong Xi Fa Cai to a year of vitality, preparedness, and lifesaving momentum โœจ

๐Ÿ“ž Contact us:
๐Ÿ‘‰ https://wa.me/601114160068

๐Ÿ“ฒ Follow us for more lifesaving tips & updates.

Pelajar 12 tahun pun boleh menyelamatkan nyawa jika belajar CPR dengan betul. Tahniah kepada pelajar bernama Faris Danis...
15/02/2026

Pelajar 12 tahun pun boleh menyelamatkan nyawa jika belajar CPR dengan betul. Tahniah kepada pelajar bernama Faris Danish! Anda hebat! โ˜บ๏ธ๐Ÿ‘๐Ÿป๐Ÿ‘๐Ÿป

Tindakan pantas dan berani seorang kanak-kanak lelaki berjaya menyelamatkan rakannya yang berusia 10 tahun daripada lemas dalam kejadian di Pantai Pasir Hitam, Langkawi, pada Sabtu.

Faris Danish Zulfadli, 12, berkata semasa kejadian, dia bersama dua lagi rakannya baru sahaja selesai menjalani latihan merentas desa, sebelum mereka ke kawasan pantai berkenaan untuk berehat.

Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/murid-12-tahun-berjaya-selamatkan-rakan-hampir-lemas

Hari ini (Sabtu, 31 Januari), CPR Hero telah mengadakan sesi perkongsian ilmu secara percuma atas dasar kebajikan bersam...
31/01/2026

Hari ini (Sabtu, 31 Januari), CPR Hero telah mengadakan sesi perkongsian ilmu secara percuma atas dasar kebajikan bersama Persatuan Kebajikan Anak Permata Syurga Terengganu (APS).

Perkongsian ini memfokuskan kepada Basic Life Support (BLS), dengan tujuan memberi pendedahan asas kepada kakitangan serta ahli keluarga persatuan tentang teknik dan tindakan awal dalam menghadapi situasi kecemasan yang tidak dapat dielakkan.

Ilmu yang dikongsikan diharap dapat meningkatkan tahap kesedaran, keyakinan dan kesiapsiagaan apabila berdepan saat genting, khususnya sebelum bantuan perubatan profesional tiba.

Sesi ini juga menandakan kelas penutup CPR Hero bagi bulan Januari 2026, menutup bulan ini dengan satu perkongsian bermakna demi manfaat komuniti.

๐ŸŽ“ Anda juga ingin belajar CPR dan mendapatkan Sijil BLS?
๐Ÿ“ž Hubungi kami di:
๐Ÿ‘‰ https://wa.me/601114160068

๐Ÿ“ฒ Ikuti kami di untuk lebih banyak tip dan perkongsian penyelamatan nyawa.

Everyone can be a hero. ๐Ÿฆธโ€โ™‚๏ธ๐Ÿฆธโ€โ™€๏ธ

Antara peserta kelas BLS semalam adalah seorang peserta wanita yang benar-benar mencuri perhatian.Beliau merupakan pelaj...
31/01/2026

Antara peserta kelas BLS semalam adalah seorang peserta wanita yang benar-benar mencuri perhatian.

Beliau merupakan pelajar lepasan asasi berasal dari Kuala Terengganu yang hadir atas inisiatif sendiri. Dengan cita-cita untuk menyambung pengajian dalam bidang perubatan dan menjadi seorang doktor, beliau memilih untuk bermula dengan perkara paling asas tetapi paling penting: ilmu menyelamatkan nyawa.

Sebelum buku teks, ada kesedaran.
Sebelum gelaran, ada tanggungjawab.

Kehadirannya mengingatkan kita bahawa dunia perubatan bukan hanya tentang akademik, tetapi tentang sikap, nilai dan kesediaan untuk bertindak ketika saat genting.

Kami doakan yang terbaik buat beliau dalam perjalanan menuju bidang perubatan.
Ini adalah langkah awal yang sangat tepat.

๐ŸŽ“ Anda juga ingin belajar CPR dan mendapatkan Sijil BLS?
๐Ÿ“ž Hubungi kami di:
๐Ÿ‘‰ https://wa.me/601114160068

๐Ÿ“ฒ Ikuti kami di untuk lebih banyak tip dan perkongsian penyelamatan nyawa.

Everyone can be a hero. ๐Ÿฆธโ€โ™‚๏ธ๐Ÿฆธโ€โ™€๏ธ

Address

Tingkat 1 PT, 38727, Jalan Tengku Mohamad
Kuala
21300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when CprheroOfficials posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share