Wellness Hub Kudat, Pejabat Kesihatan Kawasan Kudat

Wellness Hub Kudat, Pejabat Kesihatan Kawasan Kudat Wellness Hub Kudat, Pejabat Kesihatan Kawasan Kudat menawarkan kemahiran dan membantu mengubah amalan budaya hidup anda kepada amalan yang lebih sihat.

29/05/2026

Meriahnya rumah dengan tawa gembira,
Keluarga yang jauh sudah tiba,
Tuaian tanaman melimpah hasilnya,
Keramaian yang dinanti telah tiba.

Ramai-ramai kami di PKK Kudat,
Ramai lagi rakan taulan di KDCA,
Indah kata ditulis, tulusnya makna di hati tersemat,
Selamat Menyambut Kaamatan-Gawai buat semua.

3 HARI LAGI! ⏳🌍Bersedia untuk  !”Jom luangkan 1 jam untuk membersihkan persekitaran dan kitar semula demi Malaysia yang ...
27/05/2026

3 HARI LAGI! ⏳🌍

Bersedia untuk !”

Jom luangkan 1 jam untuk membersihkan persekitaran dan kitar semula demi Malaysia yang lebih sihat dan bersih! πŸŒΏβ™»οΈ

πŸ“… Tarikh: 30 Mei 2026 (Sabtu)

Mari bersama buat perubahan! πŸ’ͺ✨

πŸ“Έ Ambil gambar & kongsi di media sosial!

πŸ“’ Gunakan hashtag:

27/05/2026

Musim perayaan adalah waktu untuk mengeratkan kasih sayang sesama keluarga. Namun, jangan leka dan sentiasa utamakan keselamatan anak-anak sepanjang perjalanan pulang ke kampung.





Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha.
26/05/2026

Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha.

21/05/2026
πŸ₯Ύβ›°οΈAktiviti Hiking Bersama Wellness Hub Kudat ⛰️πŸ₯ΎπŸ“… 23 Mei 2026 (Sabtu)πŸ•‘ 6.30 pagiπŸ“ Bukit Gumantong, KudatJom! Sertai akt...
20/05/2026

πŸ₯Ύβ›°οΈAktiviti Hiking Bersama Wellness Hub Kudat ⛰️πŸ₯Ύ

πŸ“… 23 Mei 2026 (Sabtu)
πŸ•‘ 6.30 pagi
πŸ“ Bukit Gumantong, Kudat

Jom! Sertai aktiviti hiking anjuran Wellness Hub Kudat. Penyertaan adalah terbuka kepada orang ramai termasuk peserta luar.

Makluman penting kepada para peserta untuk memakai pakaian yang sesuai serta kasut sukan/hiking bagi memastikan keselesaan dan keselamatan sepanjang aktiviti berlangsung. Bagi yang berminat menyertai pastikan tahap kesihatan anda pada tahap yang baik untuk terlibat demi keselamatan anda.

πŸ“œ E-sijil penyertaan turut disediakan kepada para peserta.

πŸ“Œ Info lanjut:
πŸ“² Coach Ainn – 016-970 7985

Kerjasama dan kehadiran semua amat dialu-alukan. Terima kasih 😊

20 Mei 2026The elderly still aim to be fit, active and stay healthy so do the younger (walaupun inda muda sudah sebenarn...
20/05/2026

20 Mei 2026

The elderly still aim to be fit, active and stay healthy so do the younger (walaupun inda muda sudah sebenarnya mereka yang berada dalam dua gambar terakhir hehe).

Jom! kunjungi Wellness Hub Kudat ya.

Ada indoor game juga sini, sebab kami faham masing-masing ada cara tersendiri untuk mendapatkan hormon dopamine mereka, apa tu? Nah marilah datang sini kalau mau tau lanjut tentabg dopamine ya πŸ˜πŸ™‚

19/05/2026

βœ¨π‰πŽπŒ π‡π€πƒπˆπ‘πˆ ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ 𝐉𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐇 π’π€π‘πˆππ†π€π πŠπ€ππ’π„π‘ (π’πšπŠπšπ) ππ„π‘πˆππ†πŠπ€π“ 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐁𝐄𝐋𝐔𝐑𝐀𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ”! ✨

Warga Beluran dan yang berdekatan dijemput hadir untuk bersama-sama kami dalam Program Jelajah Saringan Kanser (SaKaN) Peringkat Daerah Beluran.

πŸ“ Dewan Serbaguna, Majlis Daerah Beluran
πŸ“… 14 hingga 20 Ogos 2026
⏰ 8.00 pagi – 4.00 petang

Pelbagai perkhidmatan PERCUMA dan aktiviti menarik untuk anda semua!

πŸŽ€ Saringan Mammogram
πŸŽ€ Saringan Pap Smear
πŸŽ€ Saringan Kanser Payudara
πŸŽ€ Saringan Kanser Mulut
πŸŽ€ Saringan Kesihatan NHSI
πŸŽ€ Saringan PeKa B40
πŸŽ€ Saringan Status Kesihatan (Warga Emas) BSSK
πŸŽ€ Saringan iFOBT (Terbuka untuk wanita dan lelaki)
πŸŽ€ Ceramah Kesihatan
πŸŽ€ Aktiviti Fizikal
πŸŽ€ Pameran Kesihatan Pelbagai Tajuk
πŸŽ€ Aktiviti Interaktif Kanak-Kanak
πŸŽ€ Perkhidmatan Kaunseling
πŸŽ€ Demonstrasi Pemakanan Sihat

SIAPA BOLEH HADIR?
Terbuka kepada semua!
Jom datang beramai-ramai!

ADAKAH ANDA :
βœ… Wanita berumur 40 - 70 tahun?
β€‹βœ… Pendapatan isi rumah di bawah RM 5250.00?
β€‹βœ… Tidak mengandung dan tidak menyusukan anak?
β€‹βœ… Telah membuat mammogram lebih dari 2 tahun?
β€‹βœ… Tidak pernah disahkan menghidap kanser payudara?
β€‹βœ… Tidak pernah menjalani pembedahan mastectomy?

✨TAHNIAH! Anda layak untuk menjalani Saringan Mammogram!✨

Untuk mendaftar, Imbas kod QR atau tekan pautan pendaftaran di bawah :
πŸ“² https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfD5dr5KR6SPEIVSmBQP37BWkBQpCRpkthlhU-N53YYytcvJw/viewform

Pertanyaan lanjut, sila hubungi :
☎️ 089511236 (KKIA Beluran)

"Saring Awal, Cegah Awal"





18 Mei 2026Kegembiraan buat kami menerima anda hadir di Wellness Hub... Hadirnya anda membawa makna anda bersama-sama ka...
18/05/2026

18 Mei 2026

Kegembiraan buat kami menerima anda hadir di Wellness Hub... Hadirnya anda membawa makna anda bersama-sama kami untuk mengamalkan tindakan kesejahteraan ke arah hidup sihat.

Aktiviti hari ini;

Pagi - Pakej Sokongan Kesejahteraan (Senaman Warga Emas)
Petang - Pakej Kekal Aktif, IFitEr dan Green Hands

Tahniah dan terus kekal melakukan budaya hidup sihat.

β€œKenapa bila sakit, doktor tak bagi terus antibiotik?”Sebab bukan semua sakit perlukan antibiotik.Ramai orang fikir bila...
17/05/2026

β€œKenapa bila sakit, doktor tak bagi terus antibiotik?”

Sebab bukan semua sakit perlukan antibiotik.

Ramai orang fikir bila demam, batuk, selesema atau sakit tekak, antibiotik itu tanda rawatan yang lebih kuat. Seolah-olah kalau tak dapat antibiotik, rawatan itu tak cukup.

Hakikatnya, banyak penyakit biasa pada peringkat awal berpunca daripada virus. Antibiotik tidak membunuh virus. Jadi kalau antibiotik diberi tanpa sebab yang betul, ia bukan mempercepatkan sembuh pun.

Doktor biasanya akan nilai keadaan pesakit dahulu. Ada sakit yang cukup dengan rehat, minum air, ubat demam, ubat untuk kurangkan simptom dan pemantauan. Bila gejala makin teruk, berlarutan, atau mula ada tanda jangkitan bakteria, barulah antibiotik mungkin diperlukan.

Sebab itu ada pesakit yang tidak diberi antibiotik pada lawatan pertama, tetapi diberi kemudian bila keadaan berubah. Itu bukan rawatan tidak konsisten. Itu rawatan yang disesuaikan dengan keadaan pesakit.

Doktor bukan kedekut ubat.

Doktor sedang cuba elakkan antibiotik digunakan secara salah.

Bila antibiotik diambil sesuka hati, badan boleh mengalami kesan sampingan. Lebih membimbangkan, kuman boleh menjadi kebal. Satu hari nanti, bila kita benar-benar perlukan antibiotik, ubat itu mungkin sudah tidak lagi berkesan.

Jadi bila doktor tidak terus beri antibiotik, jangan terus fikir rawatan itu tidak bagus.

Kadang-kadang rawatan terbaik bukan ubat paling kuat.

Tetapi ubat yang paling tepat untuk punca sebenar sakit kita.

Antibiotik bukan untuk semua sakit.

Yang penting bukan cepat dapat antibiotik.

Yang penting, dapat rawatan yang betul.

Address

Pejabat Kesihatan Kawasan Kudat, Beg Berkunci No. 6
Kudat
89059

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Wellness Hub Kudat, Pejabat Kesihatan Kawasan Kudat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Wellness Hub Kudat, Pejabat Kesihatan Kawasan Kudat:

Share