03/01/2021
APA ITU VITAMIN C
๐ Vitamin C, juga dikenali dengan nama saintifiknya โ asid askorbik, adalah sejenis vitamin larut air.
๐ Ia tidak disimpan dalam jumlah yang besar dalam badan โ sebarang lebihan akan dikumuh melalui air kencing.
๐ Sesetengah haiwan berkeupayaan menghasilkan vitamin C tetapi manusia perlu mendapatkan vitamin ini daripada makanan atau suplemen kesihatan yang diambil secara oral.
KEPENTINGAN VITAMIN C
Vitamin C adalah penting untuk pelbagai fungsi fisiologi seperti
๐pembentukan kolagen โ sejenis protein yang memberikan struktur kepada tulang, rawan, otot dan saluran darah.
๐Selain itu, vitamin C juga dikenali sebagai antioksida semula jadi yang membantu melindungi sel daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas.
๐ธ Manusia yang kekurangan vitamin C, tidak boleh menggantikan kolagen di dalam badan mereka. Dengan itu, pelbagai jenis tisu dalam badan menjadi rosak.
๐ผ Ia juga membawa kepada penyakit skurvi (gusi yang bengkak berdarah dan kemerahan, penyembuhan luka lambat serta kehilangan gigi).
Rujukan: http://www.myhealth.gov.my/kepentingan-dan-ketoksikan-vitamin-c/