08/09/2026
Ini cadangan saya la... saya tidak pasti KKM - Kementerian Kesihatan Malaysia ada orang mahir untuk uruskan kes dan bela hak pekerja yang terlibat termasuk pekerja swasta syarikat Layang-Layang Aerospace...
Saya pernah bertugas sebagai pengurusan HSE management bagi syarikat yang mengedalikan aircraft; keperluan organisasi antarabangsa seperti ICAO - mewajibkan syarikat yang uruskan aircraft mempunyai HSE MS - Pengurusan Kesihatan,Keselamatan dan Alam Sekitar.
Dalam pengurusan HSE MS wajib ada penilaian risiko... bagi teknikal sistem biasanya dikenali sebagai:
1. FMEA - Failure Mode Effect Analysis bagi system functioning bagi pihak Operation Technical/Engineering
2. FMEA bagi kesan Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar jika ada ikuti ISO45001:2018 dan perundangan baru OSHA 1994 - ammend 2022
Nota: Failure Mode Effect Analysis mestilah dilakukan menggunakan Operating Manual dan Maintenance Manual jentera/ aircraft yang berkenaan.
Jika ada perubahan alat ganti/rekabentuk; reliability engineering design haruslah direka berdasarkan rekabentuk kejuruteraan dan mematuhi teknikal standard badan/organisasi tertentu seperti: Aerospace Industries Association (AIA), SAE, API, ASME, IEC atau organisasi teknikal standard yang berkaitan.
Di Malaysia, berdasarkan keperluan umum CAAM - setiap aircraft termasuk Helicopter diwajibkan melakukan pemeriksaan teknikal oleh Aircraft Technician dan/atau Aircraft Engineer berdasarkan tahap kritikal sistem aircraft berkenaan - wajib sebelum mula berlepas.
Setiap laporan teknikal haruslah jelas dan disimpan dengan baik. Terbaik beserta teknikal instrument report/graphic display ataupun gambar/video camera.
Setiap pemandu/jurumudi aircraft juga wajib mempunyai lesen pengendalian aircraft berdasarkan CAAM dan/atau ICAO.
# Harap maklumat saya kongsi dapat membantu untuk membela hak mangsa kemalangan sedih ini.