TeacherMomix

TeacherMomix Often our commercial daily care products contain chemicals that are generally used in auto shops or to preserve dead bodies. Let's shop today!

Many people strive to go organic/ non toxic and think they are doing what is best for their bodies, yet are unaware that the products they are using are sabotaging those efforts. Therefore, it is important to work towards using green beauty products in addition to our health conscious skinfood efforts! Luckily, KaSha EScentials makes the hassle of promoting safe essential oil based products from Y

oung Living that perform as well as the mainstream ones easy by offering a completely safe, natural, organic, vegan, gluten-free, and cruelty-free line at your fingertips! . It's 100% natural and harsh-chemicals free! It's guaranteed to be organic, vegan and (most) even edible.. because We only provide personal care products with premium quality at affordable price.

Kekadang bila diuji sesuatu kita rasa sedih, letih, kecewa dan putus asa. Beratnya ujian. Tapi kita tak fikir hikmah yan...
27/01/2024

Kekadang bila diuji sesuatu kita rasa sedih, letih, kecewa dan putus asa. Beratnya ujian. Tapi kita tak fikir hikmah yang terselindung di sebalik ujian tu.

Ada sebab kenapa Allah pilih kita untuk lalui jalan hidup sebegini. Dalam 1 ujian, mungkin ada 10 lagi hikmah Dia beri - malah mungkin lebih lagi bila kita syukuri dan gali.

Hikmah besar dari ujian TTC, kami pelajari ilmu pemakanan yang kami tak sangka kami perlukan.

Nak kurangkan perisa/ pewarna makanan yang sebarangan? Ada banyak pilihan sihat di luar sana. Yang mahal, yang marhaen - ada belaka.

Ini contoh. Minyak pati tulen. Beri rasa, aroma dan khasiat terbaik dari alam. Nikmat Allah untuk kita hargai.

فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak kamu dustakan?" - Ar-Rahman: 13

P/s: Consult dengan pengedar yang sah untuk gunakan minyak pati secara dalaman dengan cara dan dos yang betul lagi selamat tau. Pastikan juga ketulenan dan kualitinya terjamin 😉

Let's get connected 👇
https://linktr.ee/bykasha

Homemade Chicken Nugget. Versi ringkas tapi padat protein. Sesuai untuk anak-anak kecil.250g Isi ayam30g Tepung beras1 b...
25/01/2024

Homemade Chicken Nugget.

Versi ringkas tapi padat protein. Sesuai untuk anak-anak kecil.

250g Isi ayam
30g Tepung beras
1 biji telur
1 Lobak merah
Sikit brokoli
2 sk Serbuk cendawan
1sk lada hitam
2 sk Garam
3 ulas bawang putih

1. Blend bawang putih, brokoli & lobak dalam bowl.
2. Masukkan semua bahan lain.
3. Tuang dalam acuan.
4. Stim guna mod varoma 10-15 minit.
5. Dah siap boleh makan macam biasa. Frozenkan pun takpa.

Kita potong dadu jadi topping bubur nasi (resepi ada kat reels sebelum ni). Terus nampak fancy haha.

Boleh juga makan dengan cara lain:
✔️ Buat steamboat
✔️ Potong masuk dalam sup
✔️ Salut telur + breadcrumb dan goreng

Setiap pagi sambil mengemas rumah, TM6 akan tolong cincang bahan masakan kita. Tolong tumis, tolong kacau, tolong peram ...
23/01/2024

Setiap pagi sambil mengemas rumah, TM6 akan tolong cincang bahan masakan kita. Tolong tumis, tolong kacau, tolong peram alhamdulillah boleh belaka.

Kat rumah baru ni kita belum pasang water filter Cuckoo, jadi boleh manually masak air guna TM6 juga sambil-sambil mengemas tu.

Tempoh hari Mama terlupa nak keluarkan cili kisar untuk masak sambal nasi lemak. Tapi sebab nak masak cepat, kita defrost cili tu guna TM6 je - mod varoma. 10 minit settled.

Paling bestnya dapur kurang sepah. Nama pun memasak, tentulah bersepah. Tapi bila kurang barang/ alat yang dikeluarkan masa prepping ni proses mengemas tu lebih mudah lah.

So setakat ni tak rasa lagi macam pelaburan yang sia-sia (like some people claimed). Alhamdulillah we always find ways to make it beneficial.

Hmm kalau ikutkan banyak lagi yang best untuk diceritakan. So stay tuned~

Let's get connected 👇
https://linktr.ee/bykasha

Kalau ke restoran makanan korea, japchae antara makanan yang sangat mesra dengan tekak melayu. Kami berjinak-jinak awal ...
22/01/2024

Kalau ke restoran makanan korea, japchae antara makanan yang sangat mesra dengan tekak melayu.

Kami berjinak-jinak awal dulu pun sebab japchae ni lah. Mi nya pun bebas gluten. Kenyal-kenyal. Tak muak langsung.

Tapi sekarang dah jarang beli, sebab dah pandai buat sendiri. Dalam Cookidoo pun ada resepinya.

https://cookidoo.co.uk/recipes/recipe/en-GB/r735527

Mudah sangat masaknya. Bahan pun tak mahal mana. Senang dijumpai. TM6 pun lebih memudahkan semua kerja memasak.

Let's get connected 👇
https://linktr.ee/bykasha

Gluten Free Spaghetti in Creamy Spicy Sauce with PrawnsFancy sangat kan nama dia haha. Dalam banyak-banyak masakan spage...
20/01/2024

Gluten Free Spaghetti in Creamy Spicy Sauce with Prawns

Fancy sangat kan nama dia haha. Dalam banyak-banyak masakan spageti, ini my personal favourite. Kalau nak, bolehlah cuba..

200g Spaghetti bebas gluten
2 sb mentega
1/2 bawang holland cincang
5 ulas bawang putih cincang
1/2 batang lobak hiris nipis panjang
Segenggam tomato ceri
200ml santan
2 sb cili kisar (lebihkan kalau s**a pedas)
Garam
Serbuk cendawan
Serbuk cili flakes
Daun ketumbar hiris
Air rebusan pasta
Udang sesuai selera

Sepanjang masa masakan ni kita guna setting yang sama = (Speed 2 - 100°c - x minit)

1. Rebus spageti. Ketepikan.
2. Tumis bebawang dengan pure butter.
3. Masukkan cili kisar dan lobak. (10 minit)
4. Tuang santan, garam, serbuk cendawan. (5 minit)
5. Masukkan udang yang dah dibuang separuh badan kulitnya. (Reverse blade - 10 minit)
6. Tambah sikit air rebusan, cili flakes & daun ketumbar - adjust rasa kalau perlu. (5 minit)
7. Tuang sos ke dalam spageti, gaul rata dan hidang.

Hope it helps!
05/09/2021

Hope it helps!








Address

Marang

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when TeacherMomix posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to TeacherMomix:

Share