ECTO Clinic Melaka

Call Website Contact the business

ECTO Clinic Melaka Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from ECTO Clinic Melaka, Medical and health, No 45 & 47, Jalan PPPS 1, Pusat Perniagaan Putra Sentosa, Bukit Baru, Bukit Baru, Melaka.

Official backup page of ECTO Clinic

🩺General Practice (GP) Clinic | Dermatology Clinic
šŸ“Bukit Baru & Durian Tunggal, Melaka
šŸ•’ 7 am - 11 pm (Monday - Sunday)
šŸ“ž +6012-9175481

08/10/2026

Lip product yang dikongsi ramai orang boleh bersentuhan dengan bibir dan berpotensi menjadi salah satu cara jangkitan tertentu tersebar, termasuk herpes oral.

Antara perkara yang boleh dibuat:
- Elakkan terus sapu tester pada bibir.
- Kalau nak cuba warna, lebih baik sapu pada tangan terlebih dahulu.
- Jangan kongsi lipstick atau lip balm dengan orang lain.
- Pastikan produk kosmetik digunakan dengan cara yang bersih.

Kenapa kita berdengkur?Berdengkur berlaku apabila saluran pernafasan menjadi sempit ketika tidur.Apabila udara melalui r...
08/10/2026

Kenapa kita berdengkur?

Berdengkur berlaku apabila saluran pernafasan menjadi sempit ketika tidur.
Apabila udara melalui ruang yang sempit, tisu di sekitar tekak boleh bergetar dan menghasilkan bunyi dengkuran.

Apa lagi yang boleh menyebabkan berdengkur?

Antaranya:
- Hidung tersumbat
- Berat badan berlebihan
- Tidur terlentang
- Merokok
- Pengambilan alkohol
- Saluran pernafasan yang sempit

08/10/2026

Lain yang kau explain, lain yang kawan kau dengar

07/10/2026

Sakit lutut bukan semestinya bermaksud "dah tua". Puncanya boleh berbeza mengikut keadaan dan aktiviti seseorang.

Kongsi ilmu ini dengan orang yang selalu mengadu "naik tangga je lutut sakit."

Kita selalu fikir menjaga kesihatan bermaksud perlu buat semuanya dengan betul setiap masa. Sebenarnya, tak semestinya b...
07/10/2026

Kita selalu fikir menjaga kesihatan bermaksud perlu buat semuanya dengan betul setiap masa. Sebenarnya, tak semestinya begitu.

Kadang-kadang perkara kecil yang kita lakukan setiap hari pun sudah menjadi sebahagian daripada menjaga diri:
- Cukupkan rehat bila badan terasa penat
- Beri masa untuk diri sendiri selepas hari yang panjang
- Jaga waktu tidur dan pemakanan
- Jangan abaikan perubahan yang kita rasa pada badan
- Belajar kenal had diri dan jangan terlalu memaksa

Menjaga kesihatan bukan tentang menjadi sempurna. Yang penting, kita tidak terlalu lama mengabaikan diri sendiri.

Jaga diri sedikit demi sedikit, kerana kesihatan juga dibina daripada perkara kecil yang kita lakukan setiap hari

07/10/2026

Kadang-kadang kesukaran fokus, mudah terganggu, sering lupa atau sukar mengurus masa boleh berlaku dalam ADHD. Tapi diagnosis perlu dibuat melalui penilaian yang betul.

Jangan diagnose diri sendiri hanya berdasarkan video internet.

06/10/2026

Lemah jantung tidak semestinya bermaksud pernah mengalami serangan jantung.

Lemah jantung boleh berlaku apabila jantung tidak dapat mengepam darah dengan baik untuk memenuhi keperluan badan.

Serangan jantung p**a merupakan keadaan yang berbeza, walaupun serangan jantung boleh menjadi salah satu punca kepada masalah lemah jantung.

Jerebu bukan sekadar buat udara nampak berkabus. Udara yang tercemar juga boleh memberi kesan kepada kesihatan, terutama...
06/10/2026

Jerebu bukan sekadar buat udara nampak berkabus. Udara yang tercemar juga boleh memberi kesan kepada kesihatan, terutamanya kepada kanak-kanak, warga emas dan individu yang mempunyai masalah pernafasan.

Semasa jerebu, beberapa langkah mudah boleh membantu mengurangkan pendedahan:
- Kurangkan aktiviti di luar, terutama apabila keadaan jerebu semakin teruk
- Jika perlu keluar, gunakan pelitup muka yang sesuai
- Tutup tingkap dan pintu untuk kurangkan kemasukan udara tercemar
- Pastikan badan kekal terhidrat dengan minum air yang mencukupi
- Elakkan aktiviti fizikal berat di kawasan terbuka
- Perhatikan simptom seperti batuk, sesak nafas, sakit tekak atau rasa tidak selesa pada dada

Kalau keadaan jerebu semakin teruk, lebih baik kurangkan masa berada di luar dan beri perhatian lebih kepada golongan yang mudah terjejas.

Jaga diri dan orang sekeliling sepanjang musim jerebu ini.

05/10/2026

terlajak perahu boleh diundur, terlajak tanya memang malu la cerita dia🤧

05/10/2026

Pernah tak ada orang meneka jantina bayi hanya dengan melihat bentuk atau kedudukan perut?

Kepercayaan bahawa kandungan tinggi membawa maksud bayi perempuan, manakala kandungan rendah bermaksud bayi lelaki sudah lama wujud dalam masyarakat. Namun, sehingga kini tiada bukti saintifik yang menunjukkan kedudukan perut boleh meramal jantina bayi.

Beberapa faktor yang mempengaruhi rupa perut ibu hamil termasuk:
- Bentuk badan ibu.
- Kekuatan otot abdomen.
- Kedudukan bayi dalam rahim.
- Bilangan kehamilan sebelum ini.

Setiap ibu mempunyai bentuk tubuh dan pengalaman kehamilan yang berbeza. Oleh itu, perubahan pada bentuk perut adalah sesuatu yang normal dan tidak boleh dijadikan penentu jantina bayi.

Address

No 45 & 47, Jalan PPPS 1, Pusat Perniagaan Putra Sentosa, Bukit Baru, Bukit Baru
Melaka
75150

Opening Hours

Monday 07:00 - 23:00
Tuesday 07:00 - 23:00
Wednesday 07:00 - 23:00
Thursday 07:00 - 23:00
Friday 07:00 - 23:00
Saturday 07:00 - 23:00
Sunday 07:00 - 23:00

Telephone

+60129175481

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when ECTO Clinic Melaka posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to ECTO Clinic Melaka:

Shortcuts

Share