D'Olive Ferdaus Soap

D'Olive Ferdaus Soap Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from D'Olive Ferdaus Soap, Nilai.

Rsulullah bersabda : “Gunakanlah minyak Zaitun untuk masak makanan ,berminyaklah dengannya untuk rambut,badan dan seumpama dengannya kerana sesungguhnya ia adalah daripada pokok yang berkat.”

22/04/2025

الحمدلله ثم الحمدلله
Selepas menonton youtube Nadir al nuri, terimbau kembali lawatan mencari sabun olive di bandar Alleppo tahun 2010

11/10/2024

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Renungan Subuh Sabtu 9 Rabiulakhir 1446H / 12 Okt.2024M.

عن نوفل بن معاوية رضي الله عنه أن النبي صلى الله عليه وسلم قال : من فاتته الصلاة فكأنما وتر أهله وماله .

رواه ابن حبان .

Saidina Naufal bin Muawiyah RA meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda," Sesiapa yang luput satu solat seolah-olah dia kehilangan semua keluarga dan hartanya."

Hadis riwayat Ibnu Hibban

09/10/2024

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Renungan Subuh Khamis 7 Rabiulakhir 1446H / 10 Okt.2024M.

عن ام حبيبة بنت أبي سفيان رضي الله عنها قالت : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : من حافظ على أربع ركعات قبل الظهر وأربع بعدها حرمه الله تعالى على النار .

رواه النسائي .

Saidatina Ummu Habibah binti Abu Sufyan Rha meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda," Sesiapa yg mengambil berat menjaga solat sunat empat rakaat sebelum fardhu zohor dan empat rakaat selepas fardhu zohor pasti ALLAH SWT akan mengharamkannya daripada api neraka."

Hadis riwayat Nasai'.

08/10/2024

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Renungan Subuh Rabu 6 Rabiulakhir 1446H / 9 Okt.2024M.

عن عبد الله بن عمرو رضي الله عنهما قال : رأيت النبي صلى الله عليه وسلم يعقد التسبيح بيده .

رواه الترمذي .

Saidina Abdullah bin Amr' R.anhuma berkata bahawa saya telah melihat Nabi SAW menghitung bilangan tasbih dengan jari-jari Baginda SAW."

Hadis riwayat Tarmizi

06/10/2024

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Renungan Subuh Isnin 4 Rabiulakhir 1446H / 7 Okt.2024M.

عن درة ابنة أبي لهب رضي الله عنها قالت : قام رجل إلى النبي صلى الله عليه وسلم وهو على المنبر فقال يا رسول الله أي الناس خير ؟ قال : خير الناس أقرؤهم واتقاهم وآمرهم بالمعروف ، وانهاهم عن المنكر ، وأوصلهم للرحم .

رواه أحمد .

Saidatina Durrah binti Abu Lahab Rha menceritakan bahawa pada suatu ketika semasa Nabi SAW berada di atas mimbar, seorang lelaki bangun lalu bertanya, " Ya Rasulullah, siapakah orang yg terbaik?" Baginda SAW menjawab, " Orang yg terbaik ialah org yg paling banyak membaca Al Quran, paling bertaqwa, paling banyak mengajak kearah kebaikan, paling banyak mencegah kemungkaran dan paling banyak menghubungkan silaturrahim."

Hadis riwayat Ahmad

06/10/2024

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Renungan Subuh Ahad 3 Rabiulakhir 1446H / 6 Okt 2024M.

عن أسماء بنت يزيد رضي الله عنها قالت : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : من ذب عن عرض أخيه بالغيبة ، كان حقا على الله أن يعتقه من النار .

رواه أحمد والطبراني .

Saidatina Asma binti Yazid Rha berkata Rasulullah SAW bersabda," Sesiapa yg membela kemuliaan dan maruah saudaranya semasa ketiadaannya (seumpama memberhentikan sesiapa yg mengumpat saudaranya itu) maka menjadi tanggungjawab ALLAH SWT memerdekakannnya daripada api neraka."

Musnad Ahmad, Tabrani.

03/10/2024

Ada 2️⃣ pilihan hidup : kembali tidur untuk terus bermimpi atau bangun dari tidur untuk mewujudkan mimpi.
Mana satu pilihan anda?

12/09/2024

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته،

Renungan Subuh Jumaat 9 Rabiulawal 1446H / 13 Sept. 2024M

عن ابي سعيد الخدري رضي الله عنه قال، قال رسول الله صلى الله عليه وسلم، " من قرأ سورة الكهف كما أنزلت كانت له نورا يوم القيامة من مقامه إلى مكة ومن قرأ عشر ا يات من آخرها ثم خرج الدجال لم يسلط عليه".

رواه الحاكم.
Saidina Abu Sa'id Khudri RA berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda, " Sesiapa membaca surah Kahfi ( dgn menunaikan sebutan huruf-huruf yg betul) sebagaimana ia diturunkan maka surah itu akan menjadi nur utk pembacanya pada hari kiamat dari tempat tinggalnya hingga ke Mekah, Sesiapa yg membaca sepuluh ayat yang terakhir daripada surah ini dan kemudian dajjal keluar maka dajjal tidak dapat menguasainya " .

Riwayat Hakim .

12/09/2024

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Renungan Subuh Khamis 8 Rabiulawal 1446H / 12 Sept.2024M.

عن أبي هريرة رضي الله عنه قال ، قيل يا رسول الله ادع على المشركين قال : إني لم أبعث لعن ، وإنما بعثت رحمة .

رواه مسلم.

Saidina Abu Hurairah RA menceritakan bahawa ada orang berkata kepada Rasulullah SAW, "Wahai Rasulullah, berdoalah supaya orang-orang musyrikin itu binasa." Baginda SAW bersabda," Sesungguhnya aku tidak diutuskan untuk melaknat sesiapa sebaliknya aku diutus untuk rahmat."

Hadis riwayat Muslim

11/09/2024

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Renungan Dhuha Rabu 7 Rabiulawal 1446H / 11 Sept.2024M.

عن أبي هريرة رضي الله عنه قال ، استقرض رسول الله صلى الله عليه وسلم سنا : فأعطى سنا فوقه ، قال : خياركم محاسنكم قضاء .

رواه مسلم .

Saidina Abu Hurairah RA berkata, "Rasulullah SAW telah berhutang seekor unta dan membayar hutang itu dgn unta yang lebih besar daripada unta yang dihutangnya dan Baginda SAW bersabda, " Orang yang terbaik di kalangan kamu ialah orang yang terbaik dalam membayar hutang."

Hadis riwayat Muslim.

10/09/2024

اللهم اعط منفقا خلفا
Ya Allah! Anugerahkanlah ganjaran yg mengiringi bagi penginfaq.

09/09/2024

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Renungan Subuh Selasa 6 Rabiulawal 1446H / 10 Sept.2024M.

عن أبي هريرة رضي الله عنه قال ، سمعت خليلي صلى الله عليه وسلم يقول : تبلغ الحلية من المؤمن حيث يبلغ الوضوء .

رواه مسلم

Saidina Abu Hurairah RA berkata, " Aku telah mendengar kekasihku SAW bersabda," Perhiasan orang mukmin pada hari kiamat akan sampai sehingga ke tempat yang sampai air wuduk." (Yakni setakat mana air wuduk sampai ke anggota manusia setakat itulah seseorang akan dipakaikan perhiasan pada hari kiamat).

Hadis riwayat Muslim

Address

Nilai

Telephone

+60166906566

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when D'Olive Ferdaus Soap posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share