Pusat Kesihatan USIM

Pusat Kesihatan USIM Pusat Kesihatan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Jamaah Mohd dan Pn. Pusat Haemodialisis ini dibangunkan bagi menjaga kebajikan warga USIM yang memerlukan.

Unit Kesihatan Pelajar merupakan salah satu kemudahan yang disediakan kepada kakitangan dan pelajar KUIM/Universiti Sains Islam Malaysia bermula pada tahun 2006. Pada peringkat awalnya, Unit Kesihatan Pelajar ini hanya terdiri daripada 2 orang Jururawat U29 iaitu Pn,. Rosmaria Outar@Autar serta seorang pemandu Ambulans yang mana unit ini beroperasi di Bangunan Hal Ehwal Pelajar Sementara di kabin

pada tahun 2006 dan kemudiannya dipindahkan ke Pusat Kemudahan Pelajar (PKP) pada April 2007. Oleh kerana pada ketika itu, hanya 2 orang Jururawat yang bertugas tanpa Pegawai Perubatan, rawatan yang disediakan hanyalah tertumpu kepada rawatan-rawatan biasa seperti pemeriksaan tekanan darah, pemeriksaan demam, sakit perut. Bagi kes-kes kecemasan yang tidak dapat dirawat, perkhidmatan ambulans akan digunakan bagi menghantar pesakit ke Klinik Kesihatan Nilai atau hospital berhampiran bagi tujuan rujukan. Pada Ogos 2007, Unit Kesihatan Pelajar semakin berkembang dengan menerima Pegawai Perubatan yang pertama iaitu Dr. Junaidah Abd Wahab, serta seorang Pembantu Perubatan dan seorang Attendan Kesihatan. Bermula daripada itu, penyelarasan perkhidmatan Unit Kesihatan Pelajar telah menjadi lebih sistematik dan perkhidmatan telah diperluaskan dengan menyediakan perkhidmatan β€œstandby” untuk program-program yang dianjurkan oleh universiti, perkhidmatan kecemasan, perolehan ubat yang lebih berbagai jenis dan penghantaran kes-kes yang dirujuk ke hospital menjadi lebih sistematik. Kemasukan Pembantu Perubatan turut menyumbangkan kepada perkhidmatan yang lebih luas dengan adanya penglibatan dalam menganjurkan program untuk pelajar, pemeriksaan premis makanan dan pemeriksaan kebersihan kolej kediaman. Bermula Jun 2008, Unit Kesihatan Pelajar, sekali lagi telah dipindahkan ke bangunan tetap Bahagian Hal Ehwal Pelajar yang mana kemudahan dan infranstruktur yang ada adalah jauh lebih selesa daripada yang sebelum ini. Bangunan ini mempunyai ruang-ruang khas seperti kaunter pendaftaran pesakit luar, ruang menunggu yang selesa, bilik rawatan Pegawai Perubatan, ruang kecemasan, farmasi, makmal, wad dan ruang
pentadbiran. Dengan kemudahan-kemudahan seumpama ini, rawatan dan perkhidmatan yang diberi menjadi lebih selesa kepada pelanggan/pesakit yang datang ke klinik untuk mendapatkan rawatan. Sehingga kini, bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan dan kebajikan kakitangan dan pelajar, Unit Kesihatan Pelajar telah dilengkapi dengan beberapa kemudahan yang bertujuan untuk menyediakan perkhidmatan dan memberi perawatan yang cekap dan efektif kepada pelanggannya dengan menyediakan prasarana yang cukup dan persekitaran yang kondusif untuk perawatan serta mengamalkan proses kerja yang sistematik dan dalam masa yang sama memberi Pendidikan Kesihatan yang cemerlang dan seimbang dari segi rohani, mental dan fizikal. Sistem E-Klinikal yang telah dilancarkan pada 07 Oktober 2009 juga telah banyak membantu mempercepatkan proses pendaftaran, konsultansi dan farmasi kepada pesakit jauh lebih efektif berbanding sebelumnya. Peralatan canggih seperti mesih FBC di makmal juga, memberikan implikasi yang sungguh memberangsangkan kerana ujian darah dapat dijalankan dengan keputusan yang tepat dapat diperolehi tanpa perlu dirujuk ke hospital. Dan terkini Unit Kesihatan Pelajar, USIM sedang di dalam usaha memperluas dan memperkembangkan perkhidmatannya kepada rawatan Haemodialisis. Penyumbang pertama bagi merealisasikan perkhidmatan ini ialah pihak Majlis Ugama Islam Pahang yang telah mendermakan sebuah mesin Haemodialisis sebagai langkah permulaan dan 3 buah mesin Haemodialisis lagi dibeli oleh Unit Kesihatan Pelajar, USIM. Mesyuarat pertama berkaitan penubuhan pusat ini telah diadakan pada 23 Februari 2009. Satu lawatan kerja melibatkan delegasi USIM ke Pusat Haemodialisis, Selangor Medical Centre telah diadakan pada 16 Mac 2009 dan pada 10 April 2009 ke Pusat Haemodialisis, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia. Sebagai langkah permulaan dalam persiapan untuk menyediakan rawatan Haemodialisis ini, seorang jururawat (Pn. Jamaah Mohd) telah dihantar untuk mengikuti Kursus Pos Basik pada 15 Julai 2009 sehingga 14 Januari 2010. Dalam tempoh masa yang sama, kerja-kerja bagi menggerakkan proses penubuhan ini telah dijalankan termasuk menyediakan Garis Panduan Rawatan Pusat Haemodialisis yang dijangka akan beroperasi sepenuhnya pada Julai 2010. Unit Kesihatan Pelajar kini terus berkembang dengan pertambahan kakitangan yang pada awalnya hanya mempunyai 2 orang Jururawat kepada 11 orang kakitangan yang terdiri daripada 1 Pegawai Perubatan, 1 Penolong Pegawai Perubatan, 1 Penolong Pegawai Farmasi, 3 orang Jururawat, 1 Penolong Pegawai Tadbir, 1 Pembantu Tadbir, 1 Attendan Kesihatan dan 2 orang pemandu ambulans. Perkhidmatan Pegawai Perubatan Locum turut disediakan bagi Pegawai Perubatan sedia ada merawat pesakit yang puratanya mencecah 40 orang pesakit dalam tempoh satu hari bekerja.

Petugas kecemassnKEJOHANAN INDOOR ROWING NEGERI SEMBILAN 2026Mesamall 8/8/3026@Sabtu8am-5pm
08/08/2026

Petugas kecemassn
KEJOHANAN INDOOR ROWING NEGERI SEMBILAN 2026
Mesamall
8/8/3026@Sabtu
8am-5pm

Pagi ini kami berbesar hati menerima lawatan daripada Bahagian Pengurusan Sumber Manusia,KPT.Delegasi yang diketuai YBrs...
06/08/2026

Pagi ini kami berbesar hati menerima lawatan daripada Bahagian Pengurusan Sumber Manusia,KPT.Delegasi yang diketuai YBrs. Encik Mohd Azhar bin Mohamad Yusof,Setiausaha Bahagian,Bahagian Pengurusan Sumber Manusia,KPT bersama-sama dengan pengurusan Jabatan Pendaftar,Usim.


6/8/2026@Khamis
PKU USIM

05/08/2026
πŸ“’ CME TALK SIRI 2πŸ“’Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.Sempena Sambutan Bulan Kesejahteraan Fi Qalbi 2026, Pusat Kesihata...
05/08/2026

πŸ“’ CME TALK SIRI 2πŸ“’

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Sempena Sambutan Bulan Kesejahteraan Fi Qalbi 2026, Pusat Kesihatan Universiti (PKU) USIM dengan sukacitanya menjemput semua staf Pusat Kesihatan Universiti Awam untuk menyertai CME Talk Siri 2 yang bertajuk:

🧠 *"Self-Harm and Su***de Risk: A Practical Guide to Assessment, Referral and Management for Health Care Professionals"*

πŸ‘©πŸ»β€βš•οΈ *Penceramah: Dr. Nurazah Ismail Pensyarah Perubatan & Pakar Psikiatrik Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan USIM (FPSK)*

πŸ“… Tarikh: 5 Ogos 2026 (Rabu)
πŸ• Masa: 2.30 petang
πŸ’» Platform: Zoom Meeting
https://usim-edu-my.zoom.us/j/96010873977?pwd=bcmXOmftsv6ygaKchbCd1iVUMuLQF0.1

& Facebook Pusat Kesihatan USIM

*✨ Mata CPD dan e-Sijil disediakan*

Jangan lepaskan peluang untuk menambah ilmu dan meningkatkan kemahiran dalam mengenal pasti, menilai serta menguruskan risiko self-harm dan bunuh diri dalam kalangan pesakit.

Kehadiran dan penyertaan anda amat dialu-alukan.

πŸ“Œ Sertai kami dan sebarkan hebahan ini kepada rakan-rakan yang berkaitan.

Terima kasih!

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada YAB Dato’ Haji Ismail Lasim atas pelant...
02/08/2026

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada YAB Dato’ Haji Ismail Lasim atas pelantikan sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan.

Semoga Allah SWT mengurniakan keberkatan dalam memimpin Negeri Sembilan ke arah kemajuan dan kemakmuran.

Ikhlas daripada seluruh warga Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

πŸ“Έ πŸ€– PROGRAM AI IN MEDICINE 2026: REVOLUTIONISING REHABILITATION WITH AI, MOTI PHYSIO & CLINICAL TAPING πŸ€– BERJAYA DIANJUR...
29/07/2026

πŸ“Έ πŸ€– PROGRAM AI IN MEDICINE 2026: REVOLUTIONISING REHABILITATION WITH AI, MOTI PHYSIO & CLINICAL TAPING πŸ€– BERJAYA DIANJURKAN DENGAN JAYANYA ✨

Pusat Kesihatan Universiti (PKU), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua peserta, Trainers dan penceramah Mr Tan Woo Teck, urus setia serta semua pihak yang telah memberikan komitmen dan kerjasama dalam menjayakan Program AI in Medicine 2026: Revolutionising Rehabilitation with AI, Moti Physio & Clinical Taping.

πŸ“… Tarikh: 28 Julai 2026 (Selasa)
πŸ•— Masa: 8.00 pagi – 5.00 petang
πŸ“ Tempat: Bangi Golf Resort, Bandar Baru Bangi, Selangor

Program ini telah menghimpunkan para profesional kesihatan daripada pelbagai agensi kerajaan, institusi pengajian tinggi dan sektor swasta bagi meneroka perkembangan terkini dalam penggunaan Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence - AI) dalam bidang rehabilitasi dan penjagaan kesihatan.

Sepanjang program berlangsung, para peserta telah mengikuti pelbagai sesi ilmiah dan latihan praktikal yang merangkumi:
βœ… Aplikasi AI dalam rehabilitasi klinikal
βœ… Demonstrasi AI Moti Physio & Dynamic Scan
βœ… Analisis postur, keseimbangan dan pergerakan berasaskan AI
βœ… Hands-on Clinical Taping bersama jurulatih antarabangsa
βœ… Perkongsian ilmu dan pengalaman bagi memperkasakan amalan rehabilitasi moden

Semoga ilmu, pengalaman serta jaringan profesional yang diperoleh sepanjang program ini dapat dimanfaatkan dalam meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat.

PKU USIM mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah bersama-sama menjayakan program ini. Semoga kita berpeluang bertemu lagi dalam program-program ilmiah yang akan datang.

πŸ“Έ Berikut merupakan sekitar gambar sepanjang berlangsungnya Program AI in Medicine 2026.

Demam biasa-biasa? Jangan ambil mudah kalau anda berada di kawasan wabak denggi. Kes denggi sedang meningkat dan jangkit...
20/07/2026

Demam biasa-biasa? Jangan ambil mudah kalau anda berada di kawasan wabak denggi.

Kes denggi sedang meningkat dan jangkitan boleh berlaku di rumah, kejiranan atau tempat kerja.

βœ… Semak kawasan wabak melalui Portal iDengue
βœ… Ikuti hebahan rasmi Jabatan Kesihatan Negeri / Pejabat Kesihatan Daerah
βœ… Cakna jika ada kes denggi berhampiran anda
βœ… Jika demam, segera dapatkan pemeriksaan di klinik / hospital

Denggi boleh menyebabkan komplikasi serius dan membawa kepada kematian sekiranya tidak dirawat.

Ambil peduli, cegah denggi. Jangan tunggu parah baru bertindak.

Petugas KecemasanKONVOKESYEN FEMAC TVET COLLEGE kali ke 211/7/2026 (Sabtu)Dewan Tuanku Canselor, USIMTahniah kepada semu...
12/07/2026

Petugas Kecemasan
KONVOKESYEN FEMAC TVET COLLEGE
kali ke 2
11/7/2026 (Sabtu)
Dewan Tuanku Canselor, USIM
Tahniah kepada semua

09/07/2026

Memeriahkan pertandingan Bowling Piala TNCHEPA di The Bowlers malam tadi.

Terima kasih wakil PKU yang telah berjaya menamatkan permainan.

Address

Nilai
Nilai
71800

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
17:10 - 20:00
Tuesday 09:00 - 17:00
17:10 - 20:00
Wednesday 09:00 - 17:00
17:10 - 20:00
Thursday 09:00 - 17:00
17:10 - 20:00
Friday 09:00 - 12:15
14:45 - 17:00

Telephone

+6067986121

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Kesihatan USIM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share