08/10/2021
Langkah Atasi kulit kering
Sememangnya kecantikan dan penjagaan kulit wajah amat penting terutama bagi kaum wanita..
Kekurangan air memberi kesan pada badan dan keadaan kulit terutama kulit muka. Kulit muka menjadi kusam, kasar dan kering.
Antara tanda kulit kering adalah terbentuk garis kedut halus, terutama di tulang p**i, sekitar mata dan dahi diiringi rasa gatal, kaku dan kemerahan pada kulit. Apabila keadaan ini dibiarkan terlalu lama, sel kulit akan mati hingga mengelupas seterusnya menjadi kusam
Bagaimanapun, usah bimbang kerana keadaan itu dapat diatasi dengan banyak cara, malah masalah ini boleh dikurangkan dengan menjauhkan diri daripada punca yang menyebabkan kulit kering seperti menghindari tempat panas atau sejuk yang ekstrem.
1. Minum banyak air kosong
2. Jika anda seorang yang gemar mengenakan solekan tebal, seelok-eloknya ia diminimumkan. Selain mengelakkan kulit kering, ia dapat merehatkan kulit dari bahan kimia yang terkandung dalam produk kosmetik.
3. Jika anda bekerja di pejabat atau tempat yang berhawa dingin, kesegaran kulit muka boleh dikekalkan dengan semburan air mineral ke wajah untuk mengelakkan kekeringan. Anda juga boleh meletakkan bekas berisi air di meja (yang tidak ditutup) untuk melembapkan udara.
4. Pelembap wajah dan badan adalah sebahagian perawatan yang sangat penting bagi mengekalkan kesegaran atau melambatkan proses penuaan. Gunakanlah kosmetik atau krim perawatan yang mengandungi pelembap untuk mengekalkan kelembapan kulit dan jangan lupa serum yang dikhaskan bagi melembapkan serta memaksimumkan fungsinya.
5. Selain melakukan penjagaan luar, anda boleh menjaga kesihatan kulit dari dalam dengan mengambil makanan kaya serat seperti buah, kekacang, ikan dan makanan berserat agar kulit sentiasa sihat sepanjang bulan ini.