05/10/2026
DAH KENA GIGIT ANJING. MASIH SEMPAT CEGAH RABIES?
Ya. Inilah fungsi PEP.
Ramai baru dengar perkataan PEP selepas kes rabies kebelakangan ini.
PEP bukan nama sejenis vaksin.
PEP = Post-Exposure Prophylaxis.
Maksud mudahnya:
rawatan yang diberikan SELEPAS kita terdedah kepada risiko rabies, untuk menghalang penyakit itu daripada berlaku.
Dan menariknya, PEP bukan semata-mata “pergi cucuk vaksin”.
Ada beberapa perkara yang berlaku.
1. LUKA ITU SENDIRI PERLU DIRAWAT SEGERA
Kalau digigit atau dicakar haiwan:
basuh luka dengan sabun dan air mengalir sekurang-kurangnya 15 minit.
Jangan pandang rendah langkah ini.
Dalam garis panduan KKM, pencucian luka segera memang merupakan sebahagian penting pengurusan selepas pendedahan rabies.
2. KEMUDIAN DOKTOR AKAN TENTUKAN: INI CATEGORY BERAPA?
Bukan semua sentuhan dengan haiwan mempunyai risiko yang sama.
Category 1
Sentuh atau beri makan haiwan, atau jilatan pada kulit yang masih elok.
Biasanya tidak memerlukan PEP jika sejarah jelas.
Category 2
Contohnya gigitan kecil pada kulit terdedah, calar atau lelasan tanpa pendarahan.
Pesakit akan dinilai untuk vaksin rabies.
Category 3
Gigitan atau cakaran yang menembusi kulit dan berdarah, air liur terkena mata/mulut atau luka terbuka, multiple bites serta gigitan haiwan liar tertentu.
Ini kategori yang lebih serius dan RIG mungkin turut diperlukan bersama vaksin, berdasarkan penilaian klinikal.
3. APA SEBENARNYA VAKSIN RABIES BUAT?
Ia bukan ubat yang “membunuh virus” serta-merta.
Vaksin memberi arahan kepada sistem imun kita untuk mula menghasilkan antibodi terhadap rabies.
Untuk orang yang belum pernah menerima vaksin rabies, salah satu regimen KKM ialah suntikan IM pada:
Hari 0 → 3 → 7 → 14–28
Ada juga regimen intradermal yang berbeza.
Sebab itu kalau sudah mula PEP, jangan sesuka hati skip dos seterusnya.
4. JADI APA P**A RIG?
Ini bahagian yang ramai tak pernah tahu.
RIG = Rabies Immunoglobulin.
Kalau vaksin ibarat kita mengajar badan menghasilkan “askar” sendiri,
RIG p**a ialah antibodi yang sudah siap tersedia.
Untuk pendedahan tertentu, RIG diinfiltrasi pada kawasan luka supaya antibodi berada sedekat mungkin dengan tempat virus mungkin masuk.
Ia biasanya diberikan bersama permulaan vaksin dan, jika diperlukan tetapi belum diberikan pada hari pertama, garis panduan KKM membenarkannya sehingga Hari ke-7 selepas dos pertama vaksin.
Selepas itu, RIG tidak lagi diberikan.
Jadi apabila seseorang digigit haiwan, rawatannya bukan sekadar:
“Dah cucuk ke belum?”
Doktor sebenarnya perlu menilai:
Luka bagaimana?
Haiwan apa?
Di mana kejadian berlaku?
Haiwan masih hidup dan boleh diperhatikan?
Pernah divaksin rabies sebelum ini?
Pesakit immunocompromised atau tidak?
Daripada semua maklumat inilah keputusan PEP dibuat.
Dan sebab itulah selepas digigit haiwan yang berisiko, jangan tunggu gejala.
Rabies perlu dicegah ketika anda masih rasa sihat.
Basuh luka sekurang-kurangnya 15 minit dan segera dapatkan penilaian di fasiliti kesihatan.
Kerana apabila gejala klinikal rabies sudah muncul, penyakit ini hampir selalu membawa maut.
Tetapi sebelum itu berlaku, kita masih mempunyai satu senjata yang sangat berkesan: PEP.