Primer Cherang Clinic Tendong

Primer Cherang Clinic Tendong Klinik Perubatan Swasta
(1)

ALHAMDULILLAH hari ini kami berpeluang untuk sama-sama memeriahkan Family Day ROHM di Taman Tengku Anis.Terima kasih kep...
22/08/2026

ALHAMDULILLAH hari ini kami berpeluang untuk sama-sama memeriahkan Family Day ROHM di Taman Tengku Anis.

Terima kasih kepada semua yg telah hadir ke booth utk saringan dan konsultasi kesihatan.

Semoga berjumpa lagi di event akan datang.

*PRIMER CHERANG CLINIC TENDONG*
We Love ,
We Care,
Be Part of our Family.

20/08/2026

RAWATAN SARAF PALING TERBAIK

13/08/2026

“STROK BOLEH DATANG TIBA-TIBA…
TAPI ANDA BOLEH KENALI TANDA AWALNYA!” 🚨

“Muka senget?
Tangan tiba-tiba lemah atau kebas?
Percakapan jadi pelo atau susah bercakap?”
👉 JANGAN TUNGGU. DAPATKAN RAWATAN SEGERA.

09/08/2026

𝐒𝐀𝐋𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐉𝐀𝐍𝐓𝐔𝐍𝐆 𝐓𝐄𝐑𝐒𝐔𝐌𝐁𝐀𝐓 𝐁𝐎𝐋𝐄𝐇 𝐌𝐄𝐑𝐀𝐆𝐔𝐓 𝐍𝐘𝐀𝐖𝐀 𝐀𝐍𝐃𝐀 𝐓𝐀𝐍𝐏𝐀 𝐌𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐍𝐃𝐀 𝐀𝐌𝐀𝐑𝐀𝐍!

Kita masih merasakan kehilangan arwah Cik Man atau nama lakon arwah ialah Kamarool Yusoff yang telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Gual Petai Lima di Gual Ipoh, Tanah Merah pada Khamis lalu bersamaan 6 Ogos 2026.

Menurut laporan media, Allahyarham mengalami saluran jantung yang tersumbat. Satu peringatan kepada kita tentang kepentingan menjaga kesihatan dan menjalani pemeriksaan jantung secara berkala. Ramai yang ambil mudah tentang perkara ini kerana gejala penyakit ini tidak menunjukkan apa-apa tanda amaran.

Pemergian arwah Cik Man ini juga menjadi peringatan bahawa penyakit jantung tidak seharusnya dipandang ringan oleh masyarakat. Saluran darah koronari boleh menjadi sempit atau tersumbat apabila plak lemak dan kolesterol terkumpul pada dinding arteri. Apabila bekalan darah serta oksigen ke otot jantung terhalang, serangan jantung boleh berlaku dan mengancam nyawa anda.

𝐅𝐚𝐤𝐭𝐨𝐫 𝐢𝐧𝐢 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐩𝐞𝐫𝐥𝐮 𝐚𝐧𝐝𝐚 𝐭𝐚𝐡𝐮 𝐭𝐞𝐧𝐭𝐚𝐧𝐠 𝐩𝐞𝐧𝐢𝐧𝐠𝐤𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐫𝐢𝐬𝐢𝐤𝐨 𝐬𝐚𝐥𝐮𝐫𝐚𝐧 𝐣𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐫𝐬𝐮𝐦𝐛𝐚𝐭:

• Paras kolesterol yang tinggi
• Tekanan darah tinggi
• Diabetes yang tidak terkawal
• Merokok atau penggunaan produk tembakau
• Berat badan berlebihan
• Kurang melakukan aktiviti fizikal
• Pemakanan tinggi lemak, gula dan garam
• Sejarah penyakit jantung dalam keluarga
• Tekanan emosi yang berpanjangan

"𝐁𝐢𝐛𝐢𝐭-𝐛𝐢𝐛𝐢𝐭 𝐦𝐚𝐧𝐢𝐬" 𝐬𝐞𝐫𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐣𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐫𝐚𝐦𝐚𝐢 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐚𝐦𝐛𝐢𝐥 𝐬𝐞𝐫𝐢𝐮𝐬:

⚠️ Sakit, tekanan atau rasa mencengkam pada dada
⚠️ Sakit merebak ke lengan, bahu, rahang atau belakang
⚠️ Sesak nafas
⚠️ Berpeluh sejuk, pening atau hampir pengsan
⚠️ Loya, muntah atau ketidakselesaan pada bahagian perut
⚠️ Mudah letih secara luar biasa

Ada juga pesakit yang tidak mengalami simptom jelas sehingga serangan jantung berlaku. Oleh itu, jangan menunggu sehingga sakit menjadi terlalu kuat sebelum mendapatkan rawatan.

𝐀𝐍𝐃𝐀 𝐖𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐌𝐄𝐌𝐄𝐑𝐈𝐊𝐒𝐀 𝐉𝐀𝐍𝐓𝐔𝐍𝐆 𝐀𝐍𝐃𝐀. 𝐓𝐔𝐍𝐆𝐆𝐔 𝐀𝐏𝐀 𝐋𝐀𝐆𝐈, 𝐓𝐔𝐀𝐍-𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐔𝐀𝐍-𝐏𝐔𝐀𝐍?

Sekiranya anda mempunyai faktor risiko atau sejarah penyakit jantung dalam keluarga, dapatkan nasihat doktor dan jalani pemeriksaan yang bersesuaian. Pemeriksaan awal boleh membantu mengenal pasti risiko serta menentukan langkah rawatan yang diperlukan.

𝐃𝐚𝐩𝐚𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐦𝐞𝐫𝐢𝐤𝐬𝐚𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐤𝐨𝐧𝐬𝐮𝐥𝐭𝐚𝐬𝐢 𝐛𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐃𝐫. 𝐀𝐳𝐞𝐫𝐢𝐧 𝐛𝐢𝐧 𝐎𝐭𝐡𝐦𝐚𝐧, 𝐊𝐨𝐧𝐬𝐮𝐥𝐭𝐚𝐧 𝐊𝐚𝐫𝐝𝐢𝐨𝐥𝐨𝐠𝐢 𝐝𝐢 𝐊𝐥𝐢𝐧𝐢𝐤 𝐏𝐚𝐤𝐚𝐫 𝐏𝐫𝐢𝐦𝐞𝐫 𝐂𝐡𝐞𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐊𝐞𝐥𝐚𝐧𝐭𝐚𝐧.

📞 𝟎𝟏𝟗-𝟗𝟓𝟖 𝟐𝟗𝟑𝟗

Jika mengalami sakit dada secara tiba-tiba, sesak nafas teruk, berpeluh sejuk atau hampir pengsan, hubungi 999 atau terus sahaja ke Jabatan Kecemasan. Jangan memandu sendiri dan jangan menunggu simptom reda.

𝑱𝒂𝒏𝒈𝒂𝒏 𝒕𝒖𝒏𝒈𝒈𝒖 𝒋𝒂𝒏𝒕𝒖𝒏𝒈 𝒎𝒆𝒎𝒃𝒆𝒓𝒊𝒌𝒂𝒏 𝒂𝒎𝒂𝒓𝒂𝒏 𝒕𝒆𝒓𝒂𝒌𝒉𝒊𝒓. 𝑷𝒆𝒓𝒊𝒌𝒔𝒂 𝒉𝒂𝒓𝒊 𝒊𝒏𝒊 𝒅𝒆𝒎𝒊 𝒊𝒏𝒔𝒂𝒏 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒎𝒆𝒏𝒚𝒂𝒚𝒂𝒏𝒈𝒊 𝒂𝒏𝒅𝒂.

Segera Bertindak Sekarang!

08/08/2026

Ada wire atau urinary catheter yang masih terpasang?
Tak pasti bila dan di mana nak keluarkan?
Jangan cuba keluarkan sendiri!
Kami menyediakan servis pembuangan urinary catheter/wire di Klinik Primer Cherang Tendong

05/08/2026

Cikman telah kembali ke rahmatullah jam 5.15 petang hari ini.
Innalillaahiwainnailaihiraajiuun ...
Al Fatihah ‎.
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم ‎ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ ‎مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين Semoga arwah ditempatkan di kalangan org org yg beriman dn beramal soleh... Aamii

04/08/2026

Meal Replacement TERBAIK & SELAMAT ✌️🥰
✅ Bantu kenyangkan perut
✅ Tahan lapar
✅ Bantu penurunan Berat badan
✅ rendah kalori

02/08/2026

Susah untuk datang ke klinik ? Hubungi Klinik Kami 013-8884734 ✅ untuk dapatkan PERKHIDMATAN HOUSECALL .
Team Kami sedia membantu anda 🥰
✅ Jimat masa Dan tenaga
✅ Memberi keselesaan kpd pesakit
✅Memberi Memudahkan kpd pesakit

01/08/2026

Address

PT 673-C , Kg Kasar (DEPAN MASJID KASAR)
Pasir Mas
17000

Telephone

+60138884734

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Primer Cherang Clinic Tendong posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Primer Cherang Clinic Tendong:

Share